Saya ingin tahu mengenai penulisan resensi novel . Adakah buku terbaru terbitan DBP saja yang boleh dibuat resensi di majalah kumpulan Dewan ? Kalau yang resensi novel bukan terbitan DBP dimana saluran yang sesuai dikirimkan ? | Salam, Puan. Pada asasnya, hanya resensi buku terbitan DBP yang disiarkan dalam majalah terbitan DBP. Walau bagaimanapun, resensi buku penerbit lain, terutamanya yang berkaitan dengan bidang ekonomi dan budaya ada juga disiarkan mengikut keperluan. Berkaitan dengan resensi novel yang bukan terbitan DBP, saya cadangkan puan kemukakannya kepada akhbar ataupun penerbit majalah yang lain. | Lain-lain | 08.06.2012 |
Resensi mengikut kamus dewan - pertimbangan atau pembicaraan buku dll. Adakah betul dari segi bahasa jika saya menganjurkan satu program keilmuan dan menamakan program tersebut "Resensi Ilmu" . tk | Penamaan program “Resensi Ilmu” kurang tepat. Perkataan “dan lain-lain” dalam maksud resensi merujuk kepada bahan-bahan yang setaraf dengan buku, seperti novel, majalah, makalah, dan jurnal. Program yang selalu dibuat ialah “Resensi Buku”. Bagi program keilmuan dicadangkan “Wacana” yang merujuk kepada perbincangan atau pertukaran idea secara lisan yang bersifat intelektual. | Lain-lain | 19.02.2014 |
Assalam... 1. Mohon perbetulkan...selesai tugas atau tugas selesai? 2. Maksud 'review'? | 1. Sila berikan konteks penggunaan perkataan "tugas selesai" atau "selesai tugas" untuk kami menentukan kesesuaian perkataan tersebut. 2. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "review' bermaksud 1. mengkaji semula 2. meninjau semula 3. memeriksa barisan 4. mengulas, membuat /ulasan, resensi | Makna | 14.01.2017 |