Practice medicine residency program | bertugas sebagai doktor Kursus Latihan dalam bidang ginekologi | Lain-lain | 18.04.2007 |
Salam 1 Malaysia, Saya ingin bertanya jika perkataan 'Residensi' wujud sebagai ganti nama Bahasa Inggeris 'Residency'? Perkataan tersebut banyak dilihat di pangsapuri-pangsapuri di Malaysia. Sekian. Terima kasih. | Untuk makluman, perkataan "Residensi" boleh digunakan untuk penamaan bangunan atau taman. Walau bagaimanapun, perkataan "Residensi" mesti diletakkan di depan, contohnya Residensi Tunas. Tunas Residensi adalah salah kerana mengikut bentuk bahasa Inngeris, iaitu "Tunas Residency". | Tatabahasa | 19.06.2015 |
Apakah istilah "Attending Physician" dalam Bahasa Melayu? "In the United States and Canada, an attending physician (also known as an attending, rendering doc, or staff physician) is a physician (M.D. or D.O.) who has completed residency and practices medicine in a clinic or hospital, in the specialty learned during residency.[1] An attending physician typically supervises[2] fellows, residents, medical students, and other practitioners. Attending physicians may also maintain professorships at an affiliated medical school." | Terjemahan bagi physician ialah doktor, pelatih perubatan atau pakar perubatan. Cadangan terjemahan bagi Attending Physician ialah "Pakar Perubatan Bertugas" | Makna | 21.03.2022 |
Saya ingin bertanya jika boleh menggunakkan perkataan residensi bagi menggantikan perkataan bahasa inggeris ‘Residency’? seperti menamakan nama pangsapuri | Perkataan RESIDENSI hanya digunakan dalam penamaan bangunan sahaja. Contohnya RESIDENSI MUTIARA, RESIDENSI KEMBOJA dan sebagainya. Bagi residensi dalam ayat hendaklah menggunakan perkataan kediaman. | Lain-lain | 25.04.2021 |
maksud residensi dalam bahasa melayu | Perkataan residensi tiada dalam bahasa Melayu. Jika saudara maksudkan residency dalam bahasa Inggeris, padanannya dalam bahasa Melayu ialah kediaman, tidak dieja sebagai residensi. | Istilah | 29.01.2010 |
maksud perkataan RESIDENSI | Untuk makluman tidak terdapat perkataan 'residensi' dalam bahasa Melayu. Perkataan residency diterjemahkan kepada kediaman dalam bahasa Melayu. | Istilah | 08.09.2011 |
nak tahu maksud 'RESIDENSI' | Perkataan residensi tiada dalam bahasa Melayu. Jika saudara maksudkan residency dalam bahasa Inggeris, padanannya dalam bahasa Melayu ialah kediaman, tidak diterjemahkan menjadi residensi. | Makna | 30.11.2010 |
Jabatan kerap menerima permohonan daripada pemaju untuk menggunakan perkataan 'Residensi' dalam urusan penamaan nama taman/bangunan. Adakah perkataan ini boleh/sesuai digunakan bagi pembangunan berstrata atau bukan berstrata. Sebagi contoh, 'Tunas Residensi' yang berasaskan kepada nama syarikat/pemaju. | Untuk makluman, perkataan "Residensi" boleh digunakan untuk penamaan bangunan atau taman. Walau bagaimanapun, perkataan "Residensi" mesti diletakkan di depan, contohnya Residensi Tunas. Tunas Residensi adalah salah kerana mengikut bentuk bahasa Inngeris, iaitu "Tunas Residency". | Lain-lain | 11.06.2013 |