Semakan untuk billboard lepas ke tidak ya? respond asap | Teks yang betul, "Lebih daripada 500 Rekaan Terbaru". Sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 15.02.2017 |
Sy dh bayar untuk novel korban kasih tapi no respond | Salam sejahtera, Semakan pembelian buku. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman, puan boleh menghantar pesanan mesej melalui Facebook DBPNiaga dan kemukakan info pembelian untuk semakan. Atau menghubungi talian seperti yang berikut: Anjung DBP- 03-2147 9597/03-2147 9598 Kompleks DBP Hulu Kelang - 03-41010028 / 019-2141956 Atau klik pautan ini, https:3a//dbpniaga.my// | Lain-lain | 29.05.2020 |
Salbiah Seliman RAB 6.28 PTG Terima kasih atas respond tuan. Tetapi kalau adaalamat email saya lebih suka menggunakan email daripada hardcopy. Alamat hardcopy tu saya dah tahu tuan. Kalau boleh saya nak email address. Terima kasih. | DBP menerbitkan 11 majalah, iaitu Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Bahasa, Dewan Tamadun Islam, Dewan Sastera, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Dewan Ekonomi, Dewan Kosmik, Tunas Cipta dan Pelita Bahasa. Pada halaman kulit majalah-majalah tersebut ada e-mel seperti yang tuan maksudkan. Tuan juga boleh bersahabat dengan semua majalah tersebut melalui facebook ini. Moga maklumat ini dapat membantu pihak tuan. Terima kasih. | Lain-lain | 17.05.2017 |
Salam sejahtera, saya dah menujukan soalan pada Jumaaat yang lepas, tetapi tiada respond. Nak tanya ayat berikut adakah betul. 1. Kami sudah belajar sampai setengah waktu kelas, dia baru datang. ( "lesson" ialah waktu kelas, macam mana jika "half lesson", boleh guna "setengah waktu kelas"?) 2. Petang masih ada dua buah pertandingan. (penjodoh bilangan untuk pertandingan) 3. Bilakah saya boleh merasa masakan yang awak buatkan? 4. Kami naik ke atas kapal pada pukul 7.30. 5. Dia sangat pandai tetapi tidak berusaha belajar. (atau tidak belajar dengan berusaha?) 6. Dia merancang pergi ke Singapore hari esok. (merancang atau berancang?) Amat terima kasih jawapan anda! | Ayat yang betul ialah: 1. Kami sudah belajar separuh waktu kelas, dia baru datang. / Dia datang semasa kami sudah belajar separuh waktu kelas. 2. Petang ini masih ada dua pertandingan. 3. Bilakah saya boleh merasa masakan awak? 4. Kami menaiki kapal pada pukul 7.30 pagi /malam. 5. Dia sebenarnya sangat pandai tetapi malas belajar. 6. Dia merancang untuk pergi ke Singapura hari esok. | Tatabahasa | 19.06.2019 |
Donquixote D'artagnan SEL 4.29 PTG mohon buat penambah baikan...pada sistem dbp sah bahasa..bila ada kslhan ejaan, mohon respond hasil dri pmbtulan tu dibuat dengan cepat.. | Kami ambil maklum cadangan tuan dan pada masa yang sama kami berusaha menambah baik mutu perkhidmatan yang diberikan. | Lain-lain | 11.07.2017 |
Halif Nassir knp ke6-6 nom sy call xdangkt? mohon buat penambah baikan...pada sistem dbp sah bahasa..bila ada kslhan ejaan, mohon respond hasil dri pmbtulan tu dibuat dengan cepat.. dah byar pun masih lambat ke periksa pembetulan? Mohon phk dbp membuat penambah baikan bagi sistem pemeriksaan bahasa. Tambahan pula sekrang merupakan sistem yang berbayar id sy halif.nassir@gmail.com..tolomg periksa sistem dbpsahbahasa...sy sudah bt byran..tp still kena byr rm10 | Assalamualaikum En. Halif. Tuan boleh menyalurkan sebarang persoalan tentang pengesahan iklan ke makluman@dbpsahbahasa.my. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 19.07.2017 |