Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rés.pon.den] | ريسڤوندن

Definisi : (résponden) 1. orang yg mem­berikan maklumat (menjawab soalan-soalan yg dikemukakan dsb) dlm sesuatu kegiatan kaji selidik: kerja menemu bual memer­lukan kemahiran, membuat penyelidikan, dan meng­­­adakan hubungan mesra dgn ~ atau pe­ngisah; 2. orang atau pihak yg didakwa dlm aduan atau rayuan yg dikemuka-kan ke mah­kamah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata responden


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Saya menemu bual beberapa orang responden" Adakah "..orang" dalam ayat di atas dianggap sebagai lewah kerana responden itu sendiri sudah merujuk kepada manusia?

Saudara,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, responden membawa maksud orang yang mem­berikan maklumat (menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dsb) dalam sesuatu kegiatan kaji selidik: kerja menemu bual memer­lukan kemahiran, membuat penyelidikan, dan meng­­­adakan hubungan mesra dengan responden atau pe­ngisah; 2. orang atau pihak yang didakwa dalam aduan atau rayuan yang dikemukakan ke mah­kamah.

Oleh itu, memadai sekiranya saudara hanya menggunakan responden sahaja dalam konteks ayat tersebut kerana responden merujuk kepada orang yang memberikan maklumat.

Tatabahasa05.08.2012
Adakah ayat berikut ini baku? Jika tidak baku, mohon tuan suntingkan. 'Penilaian responden kepada keempat-empat aspek tersebut adalah antara 4.07 hingga 4.30 pada skala kepuasan 1 (sangat tidak memuaskan) hingga 5 (sangat memuaskan).'Penilaian responden ke atas/terhadap keempat-empat aspek tersebut adalah antara 4.07 hingga 4.30 pada skala kepuasan1(sangat tidak memuaskan) hingga 5(sangat memuaskan). Tatabahasa13.05.2008
Saya sedang membuat kajian mengenai information seeking behaviour di kalangan pelajar tahun akhir yang menuntut di IPTA. Responden kajian ini adalah pelajar tahun akhir yang sedang melakukan penyelidikan bagi projek tahun akhir. Diharap pihak tuan dapat membantu saya dalam dua persoalan: 1. Pensyarah saya yang berpengalaman dalam bidang information seeking behaviour menyatakan istilah "tingkah laku pencarian maklumat" adalah lebih sesuai digunakan berbanding "tingkah laku mendapatkan maklumat" bagi menterjemahkan istilah information seeking behaviour. Bolehkah saya menggunakan istilah "tingkah laku pencarian maklumat" bagi menterjemahkan istilah information seeking behaviour dalam kajian saya? 2. Apakah tajuk (a atau b) yang sesuai digunakan bagi kajian yang saya lakukan? Saya tidak pasti sama ada kata penghubung “yang” atau “dalam” yang sesuai digunakan. a. Tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar yang melaksanakan penyelidikan. b. Tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar dalam melaksanakan penyelidikan. Jika kedua-dua tajuk kurang sesuai, diharap pihak tuan dapat memberikan tajuk yang sesuai dari segi bahasa melayu. Terima kasih di atas kerjasama pihak tuan.

1. Istilah tingkah laku pencarian maklumat" sesuai sebagai padanan istilah information seeking behaviour.

2. Tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar dalam melaksanakan penyelidikan. - Frasa ini yang lebih sesuai

Tatabahasa16.10.2008
Saya sedang membuat kajian berkaitan penilaian kurikulum. Saya menggunakan 'participants-oriented approach'. 'Participants' dalam konteks kajian saya ialah mereka yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum iaitu pengajar, pelajar dan pentadbir. Pertanyaan saya ialah bolehkan saya terjemahkan 'participants' kepada 'partisipan'. Sekiranya ia diterjemahkan 'participants' kepasa 'peserta' ia akan membawa maksud yang lain. Peserta bermaksud mereka yang mengikut kursus atau program. Sekiranya saya menggunakan perkataan peserta, konteks kajian saya telah berubah. Mohon pandangan tuan. Terima kasih.Istilah "partisipan" tidak terdapat dalam bahasa Melayu dan tidak boleh digunakan. Pada pandangan kami, istilah yang sesuai dalam konteks ini ialah responden. Dalam Kamus Dewan edisi keempat, "responden" bermaksud orang yang memberikan maklumat (menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dan sebagainya) dalam sesuatu kegiatan kaji selidik.Istilah13.02.2013

Kembali ke atas