| Assalamualaikum, mohon pandangan untuk translate perkataan "Ecosystem Restoration" dengan tepat dalam bahasa melayu | Kami mencadangkan "ecosystem restoration" diterjemahkan sebagai "pemulihan ekosistem" atau "restorasi ekosistem". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.03.2021 |
| Mohon bantuan untuk terjemahan bahasa melayu yang sesuai dan bermakna bagi perkataan accelerating land restoration, drought resilience & desertification progress sebagai tema hari alam sekitar sedunia 2024 | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 10.01.2024 |
| Apakah istilah peterjemahan yang paling sesuai dalam BM untuk "conservation" pada ayat berikut: Care or treatment that do not lead to a recovery, conservation of your condition or restoration to your previous state of health. | Perkataan ‘conversation’ diterjemahkan sebagai ‘pemuliharaan’. Mengikut konteks ayat yang dikemukakan subjeknya ialah manusia, kita tidak menggunakan ‘pemuliharaan’ tetapi ‘pemulihan’. Pada pendapat kami, istilah bahasa Inggeris ‘rehabilitation’ bukannya ‘conservation’. | Istilah | 26.01.2015 |