| Tuan'Puan; Apakah padanan yang sesuai bagi "restricted" - "dilarang" dalam ayat di bawah: Sumber: Your samples will not be used in restricted human biomedical research involving human-animal combinations. Sasaran: Sampel anda tidak akan digunakan dalam penyelidikan bioperubatan manusia yang dilarang yang melibatkan gabungan manusia dan haiwan. Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. | Cadangan ayat "Sampel anda tidak akan digunakan dalam penyelidikan bioperubatan manusia yang dilarang melibatkan gabungan manusia dan haiwan" adalah betul dalam penggunaan bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.06.2021 |
| Apakah istilah bahasa melayu untuk "restricted audience"? | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan “restricted audience” ialah khalayak terhad. | Istilah | 06.08.2022 |