boleh e-mailkan saya contoh karangan fakta berkaitan persekitaran bebas rokok ? | Sila rujuk bahan inji :1. Larangan merokok di sekolah :apa sumbangan kita ? Hasan Baseri Budiman Dewan Masyarakat 01/08/1997 2. Kesan dan bahaya merokok Dewan Masyarakat 01/10/1998 3. Implikasi larangan merokok Abdul Ghani Awang Dewan Masyarakat 01/10/1994 4. Menghapuskan tabiat merokok Siti Khalijah Mahamud Dewan Siswa 01/01/1995 . 5.Kempen Antimerokok Ismail Restu Dewan Sastera 01/04/2004 | Lain-lain | 28.07.2007 |
Salam sejahtera tuan/puan, Minta khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang persoalan berikut: 1. Perang Dunia Kedua @ Perang Dunia II (yang mana satu betul?) 2. 10 tahun kemudian..... @ Sepuluh tahun kemudian.... (yang mana satu betul?) 3. Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'shrine' dalam Kamus Dewan ialah tempat suci/keramat/tokong/topekong...apakah padanan ini sesuai untuk 'Yasukuni Shrine' di Jepun? Terima kasih. | Berikut merupakan jawapan bagi tiga (3) pertanyaan yang dikemukakan: 1. Perang Dunia Kedua 2. Selepas 10 tahun 3. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tempat keramat merupakan tempat yang suci dan (dipercayai) dapat mendatangkan hikmat; banyak orang yang pergi ke tempat keramat untuk meminta sesuatu dan bernazar; minta keramat sama dengan minta berkat (restu) dari tempat yang keramat. | Lain-lain | 16.06.2019 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanyakan penggunaan tanda baca yang sesuai bagi ayat terjemahan al-Quran. Soalan 1 Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman, sesungguhnya bumi-Ku adalah luas, maka ikhlaskanlah ibadatmu kepada-Ku! Atau Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman, sesungguhnya bumi-Ku adalah luas! Maka, ikhlaskanlah ibadatmu kepada-Ku. Soalan 2 Wahai sekalian manusia, tidakkah kalian bersyukur dengan kurniaan daripada Tuhan kalian? Atau Wahai sekalian manusia, tidakkah kalian bersyukur dengan kurniaan daripada Tuhan kalian! Soalan 3 Biasanya, ayat terjemahan al-Quran sangat panjang dan isi ayat agak meleret sehingga peletakan tanda baca menjadi sangat mengelirukan. Bolehkan pihak DBP ulaskan perkara ini dan berikan contoh bagaimana kami dapat menyelaraskan penggunaan tanda baca dalam kitab terjemahan al-Quran kami? Terima kasih. | Penggunaan tanda baca yang tepat bagi ayat terjemahan al-Quran tersebut ialah: 1. Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman, sesungguhnya bumi-Ku adalah luas, maka ikhlaskanlah ibadatmu kepada-Ku! 2. Wahai sekalian manusia, tidakkah kalian bersyukur dengan kurniaan daripada Tuhan kalian? Manakala untuk soalan ketiga, penerbitan bahan yang mengandungi terjemahan ayat al-Quran, pihak kami akan merujuk kepada terjemahan al-Quran Pimpinan al-Rahman. Walau bagaimanapun, pihak puan boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Yayasan Restu berkaitan hal ini. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 02.10.2020 |