Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.su.mé] | ريسومي

Definisi : (résumé) 1. IB ringkasan (ikhtisar); 2. keterangan ringkas tentang maklumat diri, pendidikan, pengalaman kerjaya, dsb se­seorang, biasanya disertakan utk memohon sesuatu pekerjaan; meresumekan meringkaskan, meng­ikhtisar­­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.su.mé] | ريسومي

Definisi : /résumé/ keterangan atau maklumat ringkas ttg diri, pendidikan, pengalaman kerjaya dsb seseorang, biasanya disertakan semasa memohon sesuatu pekerjaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata resume


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin mencari istilah dalam Bahasa Malaysia bagi perkataan "resume" (Bahasa Inggeris). "Resume" ialah suatu dokumen serupa C.V. yang dikemukakan seseorang yang sedang mencari kerja.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, resume ialah keterangan ringkas tentang maklumat diri, pendidikan, pengalaman kerjaya. Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keemapat.Istilah25.03.2009
saya tidak tahu bagaimana hendak menghasilkan satu "resume" untuk saya sambung belajar ke IPTA dan mendapatkan tajaan biasiswa dari syarikat korporat sebagai contoh petronas dan MISC. saya juga memerlukan contoh "resume" seperti ini.... segera..... tolong.

Format menyediakan resume ada berbagai-bagai dan formatnya bergantung kepada tujuan dan siapakah penerimanya. Pada umumnya, format resume adalah seperti berikut :

    i. Nama

   ii. Pengalaman : persatuan, kerjaya, karya, luar negara

   iii. Pendidikan

   iv. Bahasa

   v. Kegiatan

  vi. Alamat

  vii. Profil : anugerah, sumbangan.

 

Lain-lain17.03.2008
Saya ingin bertanya sama ada kata "titip" boleh digunakan untuk menterjemahkan kata "drop", contohnya dalam ayat ini "Drop your resume here". Ini dalam Genre Teknologi Maklumat, dan berkaitan dengan laman sesawang untuk bidang HR yang meminta pemohon pekerjaan "drop" resume mereka supaya dapat dilihat oleh pegawai HR yang bertanggungjawab untuk tindakan seterusnyaCadangan kami ialah Lampirkan resume anda di sini.Penyemakan dan penterjemahan09.03.2020
Assalamualaikum. Saya merupakan pelajar jurusan Bahasa Arab, ingin memohon untuk membuat latihan industri di DBP. kepada siapa saya boleh rujuk untuk menghantar resume dan surat permohonan rasmi?Waalalaikumussalam.
Puan boleh menghantar surat permohonan kepada Ketua Akademi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.  Sertakan resume bersama-sama surat tersebut.
Lain-lain09.01.2017
saya ingin bertanyakan alamat jika ingin menghantar resume bagi jawatan yang mungkin ditawarkan. Terima KasihSila hubungi Bahagian Personel, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain02.02.2012
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Tuan/Puan, Di sini terdapat satu pertanyaan yang ingin diutarakan kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Saya merupakan pelajar jurusan komunikasi dan pengajian media (Penerbitan) dan bakal tamat pengajian pada tahun ini. Selepas itu, saya berminat untuk menyambung kerjaya dalam bidang penerbitan dan DBP adalah salah satu peluang kerjaya saya. Soalan saya, adakah terdapat email rasmi untuk menghantar resume ataupun resume hanya boleh dihantar sekiranya terdapat kekosongan jawatan di DBP Kerjasama pihak DBP saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.DBP akan menyiarkan iklan jawatan kosong dari semasa ke semasa. Untuk itu, sekiranya tuan berminat, tuan bolehlah melayari laman web DBP atau melihat iklan yang disiarkan dalam akhbar utama berbahasa Malaysia yang disiarkan dari semasa ke semasa. Permohonan ke jawatan kosong di DBP perlu dibuat melalui SPA.Lain-lain06.05.2015
Wan ShahirahView Profile Actions TUES 17:50 Wan Shahirah Wan salam boleh tak saya nak minta email DBP untuk hantar resume latihan industriUntuk pertanyaan mengenai tentang latihan industri boleh hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui talian 03-21479693 (Azhar bin Mohamad Dora).Lain-lain15.11.2016
greetings sir/madam is there any job vacant in your company as management staff?here is an attachment of my resume for your view and perusal. thank you.

Kekosongan jawatan di DBP akan diiklan dalam akhbar harian nasional ataupun laman web DBP. Sila rujuk kedua-dua media berkenaan.

Lain-lain23.12.2010
Assalamualaikum tuan/puan, saya daripada jurusan Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif) Dengan Kepujian dari Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), saya ingin menanyakan satu perkara. Adakah diterima untuk memohon latihan industri/praktikal di Dewan Bahasa dan Pustaka?Waalaikumussalam. Tuan/puan boleh menghantar surat permohonan berserta resume kepada Ketua Akademi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain12.01.2017
Assalamualaikum.. Adakah DBP terima pelajar untuk praktikal bahasa arab ? Sebaran respon amat dihargai.. Terima kasihWaalaikumussalam.
Puan, soalan puan kurang jelas. Dewan Bahasa tidak ada menyediakan latihan bahasa Arab untuk pelajar luar.  Akan tetapi jika soalan puan itu bermaksud adakah DBP menerima pelajar bidang bahasa Arab untuk menjalankan latihan industri (prkatikal) di DBP, pihak puan boleh mengemukakan permohonan dengan menghantar surat berserta resume kepada Ketua Akademi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau memohon melalui e-mel kepada pegawai yang menguruskan pengambilan pelajar praktikal, iaitu
norhizan@dbp.gov.my.  Sertakan sekali surat permohonan dan resume. 
Lain-lain04.01.2017
12

Kembali ke atas