| Assalam Apakah perkataan dalam bahasa Melayu bagi perkataan 'retain' iaitu data yang dihantar dari sekolah ke pejabat/institusi? Terima kasih. | Retain boleh diterjemahkan kepada kekal/mengekalkan bergantung pada konteks yang digunakan. Sila lihat retain&d=69812&#LIHATSINI">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=retain&d=69812&#LIHATSINI untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 07.10.2019 |
| Terdapat tuntutan dari ahli-ahli untuk mencari istilah yang sebenar untuk Occupational Therapy. Buat masa kini Jawatan: Jurupulih Carakerja, Diploma/IJazah Jurupulih Carakerja, Kolej/fakulti Jurupulih Carakerja Adakah istilah yang digunakan ini bertepatan? Sekiranya ditukar kpd Terapi Carakerja bagaimana istilah ini boleh diguna untuk Kolej pengajian, Diploma/ijazah, dan nama jawatan. Bolehkah kami retain perkataan Occupational Therapy(Okupational Terapi??seperti Fisioterapi) dengan tidak dialih bahasa dalam semua keadaan diatas. Sekian terima kasih saya amat menghargai nasihat tuan | Istilah bahasa Inggeris yang betul ialah "occupational therapist" dan padanannya ialah jurupulih pekerjaan. | Istilah | 26.11.2009 |
| Pihak kami banyak menggunakan istilah "reten" yang mengambarkan kutipan data (data collection) daripada maklumat - maklumat kesihatan. sebagai contoh kehadiran pesakit di klinik, pesakit yang demam, pesakit yang mempunyai bacaan tekanan darah tinggi lebih 140/90 dan macam - macam lagi. Jadi saya ingin bertanya adakah terdapat istilah ini. dalam bahasa inggeris juga tiada sepanjang carian saya. Istilah ini amat meluas digunakan dalam garispanduan yang Kementerian Kesihatan Malaysia keluarkan. Justeru mohon panduan daripada pihak tuan sama ada istilah ini ada atau ada istilah lain yang wajar digunakan. namun perubahan mungkin sukar kerana istilah ini telah bertunjang didalam komuniti KKM. sekian, terima kasih | Untuk makluman pihak tuan, semakan dalam pangkalan data DBP tidak menemukan perkataan ini. Perkataan reten berkemungkinan terbentuk daripada serapan perkataan bahasa Inggeris retain melalui kaedah penyesuaian ejaan, seperti pola perkataan captain - kapten. Namun demikian, berdasarkan konteks penggunaan dalam bidang perubatan, konsep yang lebih tepat adalah merujuk kepada perkataan retention. Walau bagaimanapun, padanan bagi istilah retention dalam bahasa Melayu ialah simpanan; penyimpanan; penahanan; retensi, bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang Perubatan. Pihak kami juga telah mendapatkan maklum balas daripada pakar bidang perubatan.
| Lain-lain | 29.08.2025 |