Hampir retak lantai kayu itu dek hentakan Arif. betulkah struktur ayat ini dan penggunaan "dek"? | Penggunaan perkataan dek dalam ayat betul. | Tatabahasa | 04.07.2013 |
Dinding rumah Pak Abu yang_____itu telah ditampal dengan simen. a. Retak b. Rekah sama ada kedua-dua jawapan ini diterima? | Rekah dan retak, kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 03.05.2014 |
Saya ingin bertanya bolehkah perkataan yang diringkaskan atau akronim dibenarkan semasa menulis surat rasmi. contohnya.. PEMBAIKAN CERMIN RETAK DI IBU PEJABAT KD PANGLIMA GARANG (KDPG) | Lazimnya akronim dibina bagi meringkaskan frasa/entiti yang akan diulang beberapa kali dalam suatu wacana. Contohnya Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Kebangsaan akan diringkaskan menjadi JMBK dan dalam ayat yang seterusnya JMBK yang digunakan. Dalam contoh yang diberikan, kami berpandangan "Ibu Pejabat KD Panglima Garang" sebagai satu entiti dan sekiranya ada keperluan untuk membuat ringkasan perlulah merangkumi keseluruhan kata dalam frasa tersebut. | Lain-lain | 23.09.2024 |
Merujuk kepada dua ayat berikut, yang mana betul ? (1) Bawang merah yang ditumbuk oleh ibu itu sudah retak. (2) Fikiran Ramli kecoh memikirkan beban hutangnya itu. | Pada pandangan kami kedua-dua ayat adalah salah. | Tatabahasa | 25.07.2014 |
Boleh saya dapatkan terjemahan untuk istilah "Crack Cocaine" secara khusus, yang berbeza daripada kokaina biasa? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah crack cocaine ialah kokain retak. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 14.04.2023 |
boleh tak kalau guna sobek untuk pinggan | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sobék bermaksud koyak (pakaian dll), cabik, carik, robek: kemejanya telah ~; tidak sesuai digunakan untuk pinggan. Untuk pinggan, lebih tepat digunakan perkataan pecah atau retak. | Istilah | 07.10.2009 |
siapakah pengarang novel tingkatan satu limpahan darah disungai semur?boleh berikan biodatanya? | Salam Sejahtera, Nama pengarang novel yang dimaksudkan ialah Zakaria Salleh. Biodata : Tarikh Lahir : 13 Mei 1944 Tempat Lahir : Taiping, Perak Kerjaya : - Pegawai ATM (bersara) - Pegawai Bentara di Parlimen Malaysia Karya : Novel-Malam Berapi di Kalabakan - Pahlawan Gubir - Biografi Seorang Jeneral (Tan Sri Abd. Hamid Bidin) - Limpahan Darah di Sungai Semur Novel Remaja : - Kerana Budi Hati Terpaut - Bosku Kekasihku - Sekeping Hati yang Retak Antologi Puisi : - Selagi Ombak Mengejar Pantai Antologi Cerpen : -Penyertaan Hadiah/Anugerah : - Peraduan Menulis Skrip Drama TV Berunsur Islam (Sagu hati) anjuran Pusat Islam | Lain-lain | 16.05.2007 |