Retorik pemikiran Melayu spt retorik Asmah Hj Omar. Cth retorik lain dlm penulisan Melayu? | Antara buku-buku berkaitan retorik yang boleh dijadikan rujukan ialah: - Retorik dan Pengajaran Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar
Tahun Terbit: 1997,Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Retorik dalam pengajaran Bahasa Melayu, termasuk teknik komunikasi yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. - Retorik Melayu: Suatu Pengenalan oleh Mohd. Ali Hassan
Tahun Terbit: 2001, Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Pengenalan tentang retorik dalam budaya Melayu, membincangkan teknik- teknik berkomunikasi dalam konteks sosial dan budaya Melayu. - Retorik dan Estetika dalam Peribahasa Melayu oleh Zawawi Ismail
Tahun Terbit: 2005, Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Peribahasa Melayu sebagai salah satu bentuk retorik, serta bagaimana ia digunakan untuk menyampaikan mesej moral dan sosial dalam masyarakat Melayu. | Lain-lain | 13.02.2025 |
Retorik merupakan penggunaan atau keupayaan menggunakan bahasa secara efektif. Kajian retorik merupakan satu kajian subliguistik dalam bahasa melayu. Soalan, berapa banyak teori retorik yang ada? yang saya ketahui dua, teori retorik klasik aristotle dan teori retorik moden enos dan brown? boleh terangkan teori retorik yang lain? terima kasih. | Teori-teori retorik melibatkan pelbagai pendekatan untuk memahami cara komunikasi digunakan untuk mempengaruhi pendengar. Teori klasik seperti yang dibincangkan oleh Aristotle memfokuskan tiga elemen utama: ethos (kredibiliti pembicara), pathos (emosi pendengar), dan logos (logik hujah). Teori retorik yang diperkenalkan oleh Chaim Perelman, menekankan pembentukan konsensus antara pembicara dan pendengar. Kenneth Burke, melalui konsep "identifikasi," melihat retorik sebagai cara untuk membentuk hubungan sosial dan identiti. Selain itu, teori kritikal mengkaji bagaimana retorik digunakan dalam konteks sosial seperti ras dan agama. Untuk bacaan lanjut, buku-buku berikut boleh dijadikan rujukan: - Rhetoric oleh Aristotle – asas teori retorik klasik.
- The New Rhetoric: A Treatise on Argumentation - Chaim Perelman & Lucie Olbrechts-Tyteca – teori argumentasi moden.
- A Rhetoric of Motives oleh Kenneth Burke – identifikasi dalam retorik.
- Rhetoric in Popular Culture oleh Barry Brummett – aplikasi retorik dalam media dan budaya popular.
- Rhetorical Criticism: Exploration and Practice oleh Sonja K. Foss – panduan dalam menganalisis wacana dan teks retorik.
Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 13.11.2024 |
1.Apakah definisi retorik penceritaan? 2.Apakah tujuan retorik penceritaan? 3.Apakah ciri-ciri retorik penceritaan? 4.Apakah aspek penting retorik penceritaan? | Saudara, 1. Retorik Penceritaan atau naratif ialah suatu bentuk penyampaian melalui cerita sama ada dalam bentuk penulisan atau lisan. dalam bentuk penulisan, retorik ini meliputi pelbagai jenis seperti cerpen, novel,drama, biografi dll. 2. Retorik melibatkan seni penggunaan bahasa yang melibatkan penyampaian idea yang menarik dan berkesan dengan tujuan untuk memujuk, mempengaruhi, meyakinkan pembaca / pendengar tentang sesuatu perkara (Nik Safiah & Wan Malini). 3. Ciri-ciri retorik penceritaan ialah a. retorik bentuk ini mempunyai bahagian pendahuluan, perkembangan cerita, konflik dan peleraian, b. gaya bahasa yang digunakan bersifat imajinatif, menggunakan bahasa sastera seperti imejan, perlambangan, metafora, persenofikasi dll. c. terdapat sedikit kebebasan tatabagasa kerana bersifat ekspresi. 4. aspek-aspek penting dalam retorika; pemerian, pemujukan, penerangan, penceritaan, pendedahan dan penghujahan. sekian, terima kasih. | Sastera | 31.01.2011 |
apakah bentuk dan gaya retorik? Apakah Retorik Lisan dan Penulisan dalam pelbagai genre? | Gaya boleh mambawa maksud cara menulis/mengarang atau bertutur dengan menggunakan kata-kata dan penyusunan ayat yang sesuai. Retorik (linguistik) merupakan kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Boleh juga merujuk seni menggunkan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato. Boleh juga merujuk bahasa yang dibuat-buat atau dibesar-besarkan - bahasa retorik. | Lain-lain | 29.08.2006 |
definisi retorik | Retorik bermaksud kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dlm penulisan atau pertuturan. | Makna | 06.02.2009 |
Apakah definisi retorik penceritaan? | Retorik bermaksud kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Retorik juga merupakan seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar atau seni berpidato. Terima kasih. | Makna | 31.01.2011 |
bagamanakah penggunaan retorik dalam perbankan? | Menurut Kamus Dewan, Retorik ialah kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Retorik juga dikaitkan dengan seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar atau seni berpidato. (Maklumat lanjut mengenai retorik boleh diperoleh melalui Kamus Dewan Edisi Keempat Terbitan DBP atau Buku Teknik Pengucapan Awam karya Abdul Muati@Zamri Haji Ahmad atau Seni Berpidato karya Rahmat Ismail) Retorik dalam bidang perbankan biasanya dikaitkan dengan cara memujuk khususnya untuk pekerja di sektor perbankan. Contohnya seperti cara memujuk supaya khalayak mendaftar untuk kad kredit. Terima kasih. | Makna | 01.09.2006 |
retorik gaya bahasa perbandingan dan perulangan | Gaya bahasa perbandingan meliputi beberapa aspek, iaitu; 1. Gaya metafora-gabungan dua hal yang berbeza dan membentuk suatu pengertian yang baharu. 2. Gaya alegori- cerita yang digunakan sebagai lambang yang digunakan untuk pendidikan. 3. Gaya personifikasi- gaya bahasa yang membuat benda mati seolah-olah hidup dan memiliki sifat-sifat manusia. 4. Gaya perumpamaan- suatu perbandingan dua hal yang berbeza, namun dinyatakan sama. 5. Gaya antilesis- gaya bahasa yang membandingkan dua hal yang berlawanan. Manakala bahasa perulangan ialah gaya bahasa tulisan yang digunakan untuk menunjukkan saling atau sesuatu yang dilakukan oleh dua pihak atau berbalas-balas, sesuatu yang teramat, paling, tiruan atau waktu. | Lain-lain | 03.10.2006 |
apakah definisi retorik | retorik membawa maksud, 1.kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan; 2. seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar/ seni berpidato; 3. pertuturan atau tulisan yang menggunakan bahasa atau kata-kata yang indah atau muluk-muluk untuk mempengaruhi pemikiran pendengar. | Istilah | 09.02.2011 |
Apakah maksud penulisan yang retorik | Penulisan yang retorik merujuk kepada teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan . Penulisan ini melibatkan seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pembaca. | Lain-lain | 13.10.2015 |