salam, mana satukah terjemahan yang betul untuk frasa 'review team'. ayat contoh: accepted by Hamzah from the review team. 1-pasukan semakan 2-pasukan penyemak? Terima kasih | Terjemahan yang betul bagi 'review team' ialah pasukan penyemak. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.03.2021 |
Bolehkah saya tahu istilah "round robin format", "peer review" dan "double-blind peer review" dalam istilah BM? | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: i. round robin format - format pusingan robin (dalam bidang Sukan, istilah bahasa Melayu yang digunakan untuk "round robin" ialah tanding padan gilir) ii. peer review - kajian semula setara/tinjauan semula setara iii. double-blind peer review - kajian semula setara dua pihak/tinjauan semula setara dua pihak (istilah bahasa Melayu yang lain untuk "double-blind" ialah dwibuta dan buta duaan)
| Istilah | 28.11.2016 |
maksud literature review | literature review: sorotan kajian, sorotan bahan. | Makna | 20.08.2009 |
Saya ingin bertanya apakah terjemahan terbaik untuk istilah 'peer review'? | Untuk makluman, belum ada istilah khusus bahasa Melayu untuk peer review. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk peer, iaitu sebaya, setara, rakan, rakan sebaya, rakan sekerja, dan sejawat. Istilah untuk review pula ialah kajian semula, semakan, ulasan dan tinjauan. Oleh itu, tuan boleh memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan. | Istilah | 07.01.2013 |
Apakah terjemahan bagi perkataan "review stand" atau "reviewing stand" iaitu "a stand from which a parade or military force can be reviewed". Saya sertakan gambar supaya lebih jelas maksudnya. Terima kasih. | Untik makluman tidak terdapat istilah khusus untuk "review stand" atau "reviewing stand" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu untuk "stand" ialah pentas atau astaka dan padanan bahasa Melayu untuk "review" ialah tinjauan atau pemeriksaan barisan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pentas tinjauan atau pentas pemeriksaan barisan. | Istilah | 25.04.2016 |
Assalamualaikum, apakah terjemahan bagi "UKM Law Review". Terima kasih. | Apakah yang dimaksudkan dengan UKM Law? Adakah undang-undang/peraturan/dasar UKM atau UKM dalam frasa ini sebagai pelaku yang melakukan "review" tersebut. Cadangan kami kajian semula undang-undang/peraturan UKM atau kajian semula undang-undang/peraturan oleh UKM bergantung pada konteks penggunaan/makna frasa tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.02.2021 |
APAKAH AYAT YANG SESUAI BAGI TERJEMAHAN 'SHAH ALAM VOLUNTARY LOCAL REVIEW 2021'. ADAKAH ULASAN SUKARELA TEMPATAN SHAH ALAM 2021 ATAU SHAH ALAM ULASAN SUKARELA TEMPATAN 2021 | Kami mencadangkan Shah Alam Voluntary Local Review 2021 diterjemahkan sebagai "Ulasan Sukarela Tempatan Shah Alam 2021" atau "Kajian Semula Sukarela Tempatan Shah Alam 2021". Namun, kedua-dua padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.01.2022 |
Assalam... 1. Mohon perbetulkan...selesai tugas atau tugas selesai? 2. Maksud 'review'? | 1. Sila berikan konteks penggunaan perkataan "tugas selesai" atau "selesai tugas" untuk kami menentukan kesesuaian perkataan tersebut. 2. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "review' bermaksud 1. mengkaji semula 2. meninjau semula 3. memeriksa barisan 4. mengulas, membuat /ulasan, resensi | Makna | 14.01.2017 |
Assalamualaikum, Mohon bantuan terjemahan yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk tajuk jurnal berikut, The Journal of Malaysia History Review Sekian, terima kasih | Pihak kami mencadangkan: Jurnal Ulasan Sejarah Malaysia Namun begitu, "review" juga bermaksud "kajian semula". Sila sesuaikan mengikut konteks jurnal tersebut.
| Penyemakan dan penterjemahan | 28.11.2017 |
Apakah istilah Bahasa melayu bagi "Review Committee" ? | Istilah bahasa Melayunya ialah Jawatankuasa Kajian Semula. | Istilah | 06.05.2009 |