Jom Ria | Jom Bersuka Ria | Tatabahasa | 18.09.2008 |
Taman Ria DisneyView Profile Actions 2:49PM Taman Ria Disney Taman Salam. Saya masih kurang faham dengan penggunaan 'dalam kalangan' dan 'di kalangan'. Menurut laman web DBP, kedua-duanya boleh diterima pakai. Namun ada juga komen yang mengatakan 'dalam kalangan' lebih tepat dari segi penggunaannya. Harap bantu. Terima kasih. | Frasa yang gramatis ialah "dalam kalangan" kerana kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian 'lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak', manakala kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat. Tatabahasa Dewan menerima frasa "dalam kalangan" sebagai gramatis kerana kata sendi nama di hadir sebelum tempat sedangkan kalangan ialah tempat/ruang yang abstrak. Moga ia membantu anda untuk memahaminya. | Tatabahasa | 16.06.2016 |
1. Ali dan Muthu bermain dengan riang-riang. Adakah ayat berkenaan betul ? Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah Ali dan Muthu bermain dengan riang ria. Mengikut Kamus Dewan, riang ria bermaksud riang gembira. | Tatabahasa | 18.10.2014 |
Tuan / Puan, Saya ingin mencari istilah Bahasa Melayu yang digunakan bagi perkataan-perkataan dibawah: 1. Rich Internet Applications (RIA) 2. Civil Engineer 3. Architect 4. Soil Analyst 5. Mechanical Engineer 6. Electrical Engineer 7. Pilot 8. Aeronautical Engineer 9. Television Technician 10. Lighting Equipment Operation 11. Glass Product Decorator Khidmat daripada pihak Tuan / Puan amat saya hargai. Terima Kasih. Salam hormat, Nur Shalihah binti Muhdi Kolej Olympia Johor Bahru | 1. Rich Internet Applications (RIA) - Aplikasi Internet Beraneka (cadangan) 2. Civil Engineer - Jurutera Awam 3. Architect - Arkitek 4. Soil Analyst - Juruanalisis Tanah 5. Mechanical Engineer - Jurutera Mekanikal 6. Electrical Engineer - Jurutera Elektrikal 7. Pilot - Juruterbang 8. Aeronautical Engineer - Jurutera Penerbangan 9. Television Technician - Juruteknik Television 10. Lighting Equipment Operation - Operasi peralatan lampu (cadangan) 11. Glass Product Decorator - Juruhias produk kaca (cadangan) | Istilah | 30.11.2011 |
kami telah mengemukakan permohonan nama pembangunan iaitu "Ophiria" tetapi tidak menggunakan Bahasa Melayu sepenuhmya. ophiria diambil dari nama Gunung Ledang iaitu "Mount Ophir". kemudian menggabungkan perkataan "ria" yang membawa maksud bergembira. Oleh itu kami meminta pandangan pihak tuan untuk penggabungan nama ini dan juga maksud mengikut kamus dewan. Terima Kasih | Perkataan ‘Ophiria’ merupakan campuran bahasa Inggeris (Mount Ophir) dengan bahasa Melayu (ria). Campuran perkataan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris/lain-lain tidak dibenarkan kerana merupakan bentuk yang menyalahi hukum tatabahasa bahasa Melayu. Tidak ada maksud mengikut Kamus Dewan yang berkaitan cadangan nama yang dikemukakan. | Tatabahasa | 11.11.2014 |
Tepatkah jika "fun run" diterjemahkan sebagai "larian suka-suka"? | Fun Run = Larian Ria | Makna | 02.10.2018 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "high five"? | Cadangan terjemahan yang boleh digunakan ialah tepuk ria. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.12.2018 |
Assalaamu'alaikum WBT, Tuan, saya ada kemusykilan, mengapa "bergelak ketawa" tidak boleh digunakan sedangkan "bersuka ria" pula boleh? Apa bezanya penggunaan imbuhan ber- dalam kedua-dua perkataan? Saya mohon pencerahan. Salam hormat, terima kasih | Dalam bahasa Melayu, tidak terdapat perkataan "bergelak". Perkataan yang ada ialah "tergelak" dan "gelak ketawa". "Tergelak" ialah kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya. Contoh kata kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek ialah "terjatuh". "tersenyum" dan "terduduk" | Tatabahasa | 28.09.2014 |
Saya ingin membuat pertanyaan berikut: 1) Penggunaan huruf besar atau huruf kecil Contoh ayat: Di Sarawak, tarian ngajat merupakan tarian bersuka ria dalam kalangan orang Ibanda dan tarian datun julut sebagai tarian menjemput tetamu dari suku kaum Orang Ulu. Soalan: ejaan tarian ngajat adakah dieja Tarian Ngajat - huruf besar kerana nama khas. Ejaan tarian datun julut adakah dieja Tarian Datun Julut kerana nama khas? 2) Ejaan nama-nama tarian yang ada di Malaysia seperti tarian asyik, tarian payung, tarian piring, tarian mak yong dan sebagainya adakah dieja dengan huruf besar? Kekeliruan berlaku kerana ada editor saya yang mengatakan ia adalah nama khas untuk tarian tersebut. Setelah saya rujuk kepada KD ke3 dalam sub tarian, ejaan adalah huruf kecil Sila beri jawapan selengkapnya dengan segera. Kerjasama pihak anda sangat diperlukan kerana saya telah cuba menelefon talian tertera tetapi tiada jawapan walaupun 10 minit deringan berbunyi. Terima kasih. | Setiap kata nama khas mestilah dieja dengan huruf besar. Contohnya, Tarian Ngajat, Datun Julut, Tarian Payung, Tarian Asyik, Tarian Piring, Tarian Mak Yong dan sebagainya. | Tatabahasa | 10.09.2008 |
saya ada beberapa perkataan yang ingin tanya tentang suku katanya. ialah, main, suatu, tuan, siapa, akhir, kesian, tiada, dia, setiap, keluar, semua, ria, kemudian, buah. minta reply asap. tq. | Main, sua - tu, tuan, sia-pa, a-khir. Untuk menyemak sebutan dan suku kata, sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan - Jawi. | Lain-lain | 07.05.2010 |