Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ria/] | رياق

Definisi : 1. gerakan air yg mengombak (di permukaannya), gerakan air yg merupakan bulatan (kerana batu jatuh di air dll), ombak kecil: dia merenung ~-~ air tempat jatuhnya batu itu; angin laut bertiup sepoi-sepoi bahasa, pohon-pohon kelapa melambai-lambai ri­ang, ~-~ kecil berlari di gigi air; 2. getaran (gerakan) udara: ketika hari terang dan panas terik ternampaklah ~-~ udara; 3. ki gerak-geri yg menandakan ada sesuatu yg terkandung dlm hati, gelagat: maka Hitam terentap ke muka Deraman, sinar matanya tidak menim-bulkan ~; ada ~-~ yg me­nunjukkan kedua-dua orang itu mem­percayai kata-kataku; ~ gelombang ge­lombang radio; ~ ikan kocakan air yg disebabkan oleh ikan; ~ mua Kl a) gelombang kecil-kecil; b) tingkah laku yg kebudak-budakan (bersifat kebudak-budakan); ~-remiak beriak-riak (air); beriak, beriak-riak, meriak 1. bergerak-gerak mengombak (air, udara), berkocak-kocak (air): hatinya tidak berkocak sedikit pun menerima hukuman itu, ia tenang, se­tenang air danau yg tidak ~; udara yg tenang mulai bergetar-getar, beriak-riak, silau mata memandangnya; hanya sececah meriak, tatkala mendengar berita itu hanya sebentar geletar hatinya ketika mendengar berita itu; 2. ki ada gelagatnya (yg me­nunjukkan kan­dungan hatinya): perasaan benci ~ di muka­nya; ~ tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh prb perihal orang yg sombong dan besar cakap itu biasanya kosong (kepalanya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ria/] | رياق

Definisi : dahak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ria/] | رياق

Definisi : ark ® riyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ria/] | رياق

Definisi : 1 gerakan air yg mengombak (spt apabila batu jatuh ke air); ombak kecil. 2 gerakan atau getaran udara: Ketika hari terang dan panas terik, ternampaklah ~ udara. 3 ki gerak-geri yg menunjukkan perasaan hati; gelagat: Drpd ~nya, kami ketahui bahawa dia dlm ketakutan. beriak bergerak spt ombak (biasanya air, udara); berkocak: Air ~ belum tentu tidak dalam. beriak-riak bergerak-gerak spt ombak; berkocak-kocak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
riak (adjektif)
Bersinonim dengan angkuh, bongkak, congkak, pongah, sombong, bangga, takbur, tinggi diri, besar diri;,
Kata Terbitan : keriakan,

Puisi
 

Bila riak bilalah pasang,
     Bila melajak atas perahu;
Bila teriak abang datang,
     Silalah masuk kita bertemu.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kepada atau pada: a) Joanne melekat kembali kepada Aisha sambil menunjukkan riak wajah takut. b) Joanne melekat kembali pada Aisha sambil menunjukkan riak wajah takut.Joanne melekat kembali pada Aisha sambil menunjukkan riak wajah takut.Tatabahasa19.09.2011
Salam DBP, Saya ingin mengemukakan beberapa kekeliruan yang ingin saya tanyakan pada pihak DBP. 1. Sekiranya dua, tua dan yang berkenaan adalah satu suku kata, bagaimana pula dengan perkataan buah, riak, kuang, riang dan juga semua perkataan yang berkaitan? 2. Penjelasan yang bagaimana yang dapat menjelaskan perkara ini kepada orang yang bertanya kepada saya (contohnya suami dan anak saya sendiri?) Harapnya pihak DBP dapat membantu saya dalam hal ini. Terima kasih.Perkataan dua, tua, buah, riak, kuang, riang tergolong dalam satu suku kata. Semua perkataan tersebut dipenggal mengikut bunyi - dua (bukan du.a), tua (bukan tu.a), buah (bukan bu.ah), riak (bukan ri.ak), kuang (bukan ku.ang) dan riang (bukan ri.ang).Tatabahasa29.07.2010
Salam DBP, Saya ada beberapa kekeliruan yang ingin saya tanyakan pada pihak DBP. 1. Sekiranya dua, tua dan yang berkenaan adalah satu suku kata, bagaimana pula dengan perkataan buah, riak, kuang, riang dan juga semua perkataan yang berkaitan? 2. Penjelasan yang bagaimana yang dapat menjelaskan perkara ini kepada orang yang bertanya kepada saya (contohnya suami dan anak saya sendiri?) Harapnya pihak DBP dapat membantu saya dalam hal ini. Terima kasih.Sebutan buah ialah -buah-, -dua-, -riang-, -riak-. Untuk menyemak sebutan dan suku kata, sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi kedua.Tatabahasa29.07.2010
Novel “Salina” (A. Samad Said, 2003) – cth. hlm. 46 dan 90 Buku Ilmiah “Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden” (Othman Puteh dan Ramli Isin, 2003) – cth. hlm. 122, 123, dan 37 Antologi Sastera “Riak Kabus Danau Maninjau” (Hamzah Hamdani dan Abdullah Hussain, 1999) – cth. hlm. 48 dan 75 Karya di atas dirujuk bagi meninjau penggunaan elipsis (. . .) dan juga elipsis bernoktah (. . . .). Dalam karya ini, kedua-duanya digunakan mengikut fungsi tertentu. Menurut “Gaya Dewan”, tidak dinyatakan yang elipsis perlu diakhiri noktah, malah elipsis pada hujung ayat tidak disusuli noktah [rujuk hlm. 72 perenggan kedua (iii) dan ketiga (b)]. Soalan saya: 1. Atas wajaran apakah elipsis bernoktah (. . . .) ini diadakan dan kelihatan (mungkin) tidak mematuhi “Gaya Dewan”? Saya percaya karya DBP yang diterbitkan sebelum “Gaya Dewan” telah menggunakan elipsis bernoktah tetapi tidak kedapatan penggunaannya dalam “Gaya Dewan”. 2. Apakah perbezaan dari segi konteks penggunaan antara elipsis (. . .) dengan tiga titik (...)? Berdasarkan soalan yang pernah diajukan di PRPM, jawapan Khidmat Nasihat DBP pada 1.12.11 (tiada penggunaan 4 titik) bercanggah daripada amalan dalam karya DBP [ada penggunaan 4 titik, (elipsis bernoktah)] dan dalam jawapan 15.6.10, elipsis bernoktah ditulis sebagai “... .” dan bukan “. . ..” atau “. . . .”. Keputusan carian ini berdasarkan carian “.... elipsis” yang ditaip dalam kotak carian. Terima kasih atas penyelidikan teliti dan jawapan diberikan.Kami memohon maaf kekeliruan yang timbul. Setelah merujuk pihak yang pakar, tanda elipsis yang digunakan di akhir ayat perlu tanda noktah. Tanda elipsis ditulis seperti berikut "... .", yakni ada jarak selepas tanda elipsis.

Kami mengucapkan terima kasih kepada saudara atas kajian dan penyelidikan yang sangat prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu.
Tatabahasa19.06.2013
SAYA HENDAK MENCARI BIODATA PENULIS CERPEN "ISRAK"IAITU PENGARANG ERDA ROSLAN KHAIRI DAN JUGA CERPEN " BIARKAN SAMUDARA" PENGARANG RAIHANAH SALLEH. KEDUA-DUA CERPEN INI MERUPAKAN CERPEN YANG TERDAPAT DALAM BUKU KOMSAS TINGKATAN EMPAT IAITU ANTOLOGI HARGA REMAJA. UNTUK MAKLUMAN, BUKU INI MERUPAKAN KELUARAN DBP.PERTOLONGAN DARIPADA PIHAK DBP SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Biodata Raihanah Saleh adalah seperti yang berikut:

Raihanah Salleh dilahirkan pada 29 januari 1965 di Dungun, Terengganu. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Mida Pendidikan Bahasa  Malaysia dari Universiti Putra Malaysia dan kini mengajar di Sekolah Menengah Agama Khairiah Kuala Terengganu. Beliau amat meminati bidang penulisan dan banyak menghasilkan karya seperti cerpen, novel dan skrip drama radio. Cerpen beliau juga tersiar dalam antologi cerpen Riak Kabus Danau Maninjau, Talian Kasih, Wacana Hitam Putih, Sayang Sufi, Kasut Hitler dan Sesudah Senja. Beliau juga pernah menghasilkan novel remaja, Kotak Rahsia Ismah. Beliau turut aktif menyertai peraduan dan sayembara penulisan. Antara penghargaan yang diperolehnya ialah Hadiah Utama Peraduan Novel Kanak-Kanak anjuran Jabatan Alam Sekitar 1995, Hadiah Utama Cerpen Dewasa anjuran Utusan-Public Bank 1995, Hadiah Penghargaan Cerpen Esso-Gapena 1995, Hadiah Utama Cerpen Remaja anjuran Utusan-Public Bank 1996, Hadiah Penghargaan Cerpen dewasa anjuran Public Bank 1997, Hadiah Pertama Cerpen Hari Guru anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu 1996 dan 1997, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2000, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2001, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2002, Hadiah Penghargaan Skrip Drama Radio anjuran IKIM 2005 dan Hadiah Pertama Skrip Drama Radio anjuran RTM Perlis dan Jabatan Kesihatan Perlis 2008.

Biodata Erda Roslan Khairi pula tiada dalam simpanan kami, harap maaf.

Lain-lain31.07.2010

Kembali ke atas