Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rial] | ريال

Definisi : 1. = ~ batu sl sj mata wang: baginda bertitah menyuruh ambil tiga ~ batu di­berikan kpd tok mudim; 2. wang: maka oleh Bendahara apabila Tun Biajid bersalam, di­suruhnya ikut pd seorang hambanya iring jauh-jauh membawa ~; 3. ukuran berat yg besarnya tahil (kira-kira 20 gram): emas tiga ~; 4. Kl ringgit; 5. unit mata wang utama Iran dan Oman; bak kambing rega se~ prb perihal orang yg tidak senonoh kelakuannya (tidak tentu ke­dudukannya, bercakap ke sana sini dgn cakap yg tidak ada ertinya); jikalau tiada ~ di pinggang, saudara yg rapat menjadi reng­gang prb jikalau sudah miskin, orang pun tidak menyukai kita lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rial] | ريال

Definisi : 1 mata wang yg digunakan di Arab Saudi, Iran dan Oman. 2 mata wang yg digunakan pd zaman dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rial

Puisi
 

Orang belayar di atas layar,
     Orang berjudi di atas rimbat;
Hutang rial boleh dibayar,
     Hutang budi bertambah rimbat.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Hilang rona kerana penyakit,
     hilang bangsa tidak berwang.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam Antologi T5 Prosa Pelayaran yang penuh peristiwa, kenapa Awang Sulung Merah Muda menyamar sebagai budak hitam dalam geliung Tuan Puteri DAyang Seri Jawa? Kenapa Awang Sulung boleh berhutang rial batu? Siapakah Tuan Puteri Dayang Nuramah? dan siapakah Datin Batin Alam? Kenapa lanun dalam prosa tu takut akan Awang Sulung dan mengatakan bahawa Awang Sulung ialah penghulu mereka? Adakah awang Sulung itu lanun juga?

Untuk makluman saudara khidmat nasihat sastera termasuklah pertanyaan tentang kegiatan sastera, hadiah, anugerah dan sayembara; pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan; pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja; carian pantun dan biodata penulis/penyair dan penyemakan bahasa Melayu klasik. Walau bagaimanapun untuk mendapatkan maklumat terperinci kandungan sesebuah teks sastera, saudara perlu membaca dan menghayati karya tersebut.

Sastera17.02.2011
Pembaca berita RTM menyebut RM20.00 begini: Ringgit Malaysia dua puluh ringgit. Bukankah sebutan yang tepat ialah dua puluh ringgit (tanpa Ringgit Malaysia)? Hal ini sama seperti kita menyebut dua puluh bath, dua puluh rupiah dan dua puluh rial. Mohon penjelasan.

Dalam penulisan, yang betul ialah  ( Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ringgit Sahaja) tetapi dalam pertuturan, lazimnya disebut  dua puluh ringgit. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bank Negara  Malaysia atau Kementerian Kewangan.

Lain-lain19.09.2009
Apakah perbezaan antara tersebut dan terbabit? Selalunya wartawan akan menggunakan perkataan terbabit, sedangkan saya rasa perkataan tersebut lagi halus/lembut.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud terbabit ialah:
terlibat, tersangkut (dlm sesuatu perkara), terseret: apabila Britain berperang dengan Jerman, negara-negara lain pun terbabit sama; Terbabit dalam persengketaan orang lain;

Tersebut:
1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya;

Makna19.05.2014

Kembali ke atas