Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rias] | رياس

Definisi : hati batang pisang: maka baginda pun mengerahkan rakyat berkotakan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rias] | رياس

Definisi : Jk hias; kaca ~ cermin utk berhias; kamar (ruang) ~ bilik tempat berhias diri; tukang ~ tukang menghias (pengantin); berias berhias (diri), berdandan, bersolek; merias menghiasi; ~ mata menghiasi mata (dgn celak dll); ~ rambut mengandam rambut; riasan hiasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rias] | رياس

Definisi : berkaitan dgn cara atau hal menghias diri. kaca ~ cermin utk berhias; kamar (ruang) ~ bilik tempat berhias diri; tukang ~ tukang menghias (pengantin). berias berhias (diri); bersolek: Ayu memang pandai ~. merias membuat (diri, anggota badan dsb) kelihatan cantik dan menarik; menghias; ~ mata menghias atau menyolek mata (dgn celak dll) supaya kelihatan cantik dan menarik; ~ rambut mengandam atau mendandan rambut. riasan hasil merias; solekan: ~nya begitu menarik sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rias


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tajuk promosi kami ialah 'Riasan Kuku Bergaya'. Adakah betul penggunaan bahasa di atas?Promosi Riasan Kuku Bergaya adalah salah. Cadangan kami ialah Promosi Rias Kuku.Tatabahasa13.03.2013
Assalamualaikum/Salam sejahtera, Saya mahu bertanya terjemahan untuk 1. Sugaring (perkhidmatan dalam bidang kecantikan dimana gula, lemon dan air digunakan untuk perbuatan serupa seperti melilin bagi menanggalkan rambut) 2. Manicure service - lebih sesuai guna perkhidmatan merias kuku atau manikur?Terjemahan dalam bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
1. Sugaring = Menanggalkan Bulu dengan Menggunakan Gula   
2. Manicure service = Perkhidmatan Rias Kuku
Makna28.11.2020

Kembali ke atas