Yang mana satukah betul jika ditulis dalam ayat. 4 ribu pelajar, Empat ribu pelajar atau 4,000 pelajar? | Frasa yang gramatis ialah seramai empat ribu orang pelajar. | Tatabahasa | 06.12.2012 |
beribu-ribu penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu. (adakah beribu-ribu salah?) | Penggunaan 'beribu-ribu" dalam ayat tersebut kurang tepat kerana tiada penjodoh bilangan. Ayat yang tepat ialah Beribu-ribu orang penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu atau Ribuan penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu. | Tatabahasa | 20.02.2011 |
'beribu-ribu orang rakyat' dengan 'beribu-ribu rakyat' antara dua tersebut yang manakah yang betul? | Frasa yang baku ialah beribu-ribu rakyat. | Tatabahasa | 07.05.2009 |
Munsyi Gaji seorang guru baru ialah dua ribu atas. atau Gaji seorang guru baru ialah dua ribu ke atas. TK | Gaji seorang guru baru ialah dua ribu ke atas. | Tatabahasa | 16.07.2012 |
yang betul mengenai RM5,066.00 dalam perkataan. RM Lima Ribu Enam Puluh Enam sahaja atau RM Lima Ribu dan Enam Puluh Enam sahaja. | Cara penulisan yang betul untuk RM5,066.00 ialah (Ringgit Malaysia: Lima Ribu dan Enam Puluh Enam sahaja). | Tatabahasa | 27.12.2006 |
apakah maksud 70 ribu hijab? | Frasa 70 ribu hijab tidak ada dalam pangkalan data kami. Frasa ini diambil daripada hadis, tuan/puan perlu merujuk kepada pakar hadis untuk mendapat maksud yang lebih tepat. | Makna | 27.12.2012 |
Dalam entri “ribu” KD4 menulis begini: 1000, 4000. Dalam entri “juta” KD4 menulis begini: 1 000 000. Lazimnya saya menulis begini: 1,000,000. Manakah yang persis (a) 1000000 (berdasarkan entri ribu) (b) 1 000 000 (berdasarkan entri juta) (c) 1,000,000 (kelaziman saya) (d) 1, 000, 000 (kemungkinan ada)? | Berdasarkan sistem matrik, entri ribu dan juta ditulis sebegini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. 1000 - 9000 (tidak ada jarak) 1 000 000 (dijarakkan dan tidak diletakkan sebarang tanda koma) Terima kasih. | Lain-lain | 02.02.2009 |
Encik, "beribu penduduk" atau "beribu-ribu penduduk" yang betul? Terima kasih. | beribu-ribu penduduk | Lain-lain | 29.03.2009 |
Adakah kata bilangan ini betul? 1. Beribu-ribu penyokong telah membanjiri stadium. | Ayat "Beribu-ribu penyokong telah membanjiri stadium." adalah betul. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
Minta menjelaskan jawapan yang betul bagi soalan di bawa ini. Jawapan ribuan atau beribu-ribu betul jawapannya? Stadium itu dibanjiri oleh _________ penonton untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak. A. ribuan B. beribu C. beribu-ribu D. beribu-beribu Sekian, terima kasih. Vijay | Saudara, Kedua-dua perkataan ribuan dan beribu-ribu boleh digunakan. | Tatabahasa | 26.02.2010 |