| Apa terjemahan 'boat-ride'? Contoh penggunaan; We are going on a boat ride. | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi boat-ride dalam bahasa Melayu berdasarkan contoh ayat yang diberikan ialah "menaiki bot". | Penyemakan dan penterjemahan | 09.09.2022 |
| Park and ride ; dalam bahasa Melayunya apa ? Di Putrajaya digunakan perkataan Park and Ride, macam tak ada perkataan bahasa Melayu | Saudara Abm, Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka ada memberikan cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut kepada pihak Perbadanan Putrajaya. Walau bagaimanapun, cadangan padanan tersebut masih dalam pertimbangan pihak berkenaan. Harap maklum. Terima kasih. | Istilah | 27.06.2009 |
| istilah - istilah berikut dalam BM : 1. Pagar anti-climb 2. Wash bay (di tapak pembinaan) 3. Focal point 4. Ramp 5. Park and Ride 6. Smart Parking 7. Waste to Wealth 8. Electricity Smart Metering 9. Smart Bin 10. Rubble Pitching Wall | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah anti climb fence ialah pagar anti panjat, wash bay ialah ruang cuci, focal point ialah titik fokus, ramp ialah tanjakan, park and ride ialah pandu dan rantau, smart parking ialah tempat letak kereta pintar, waste to wealth ialah sisa ke sumber, electricity smart metering ialah permeteran pintar elektrik, smart bin ialah tong pintar, dan rubble pitching wall ialah tembok mengunjam batu. Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 23.07.2023 |
| Mengikut saranan nasihat yang terdahulu, "untuk" boleh digunakan pada pangkal ayat, tapi semua contoh yang diberikan sama iaitu "Untuk makluman…" Bagi terjemahan ayat bahasa Inggeris di bawah, bolehkah "untuk" digunakan di pangkal ayat atau ayat tersebut perlu diubah susunannya? To stay aloft and travel long distances, he must learn to ride the wind. Terjemahan yang sesuai: 1) Kondor perlu belajar meluncur angin untuk kekal terapung dan mengembara jauh. 2) Untuk kekal terapung dan mengembara jauh, kondor perlu belajar meluncur angin. Adakah ayat (2) salah dari segi tatabahasa? Terima kasih. | 1. Kondor perlu belajar meluncur angin untuk kekal terapung dan mengembara jauh. 2. Untuk kekal terapung dan mengembara jauh, kondor perlu belajar meluncur angin. Kedua-dua ayat ini betul, ayat pertama susunan biasa dan ayat kedua susunan songsang. Perkataan "untuk" pada pangkal ayat, lazimnya digunakan dalam susunan songsang. | Tatabahasa | 02.02.2022 |