ayat asal bagi majmuk gabungan bagi ayat Ipoh ialah ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan | - Ipoh ialah ibu negeri Perak Darul Ridzuan.
- Ipoh ialah pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan.
| Tatabahasa | 12.09.2021 |
Bagaimanakah ayat asal bagi majmuk gabungan bagi ayat Ipoh ialah ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan | - Ipoh ialah ibu negeri Perak Darul Ridzuan.
- Ipoh ialah pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan.
| Tatabahasa | 12.09.2021 |
Salam DBP, Adakah perkataan 'terletak' kata kerja dalam ayat berikut: Bandar Raya Ipoh terletak di Perak Darul Ridzuan. Apakah pola ayat yang betul? FN+FK atau FN+FS? | Pola ayat Bandar Raya Ipoh terletak di Perak Darul Ridzuan ialah FN+FK. | Tatabahasa | 17.09.2014 |
Assalamualaikum tuan/puan, Saya Rita Ridzuan, pelajar siswazah dari USIM, ingin bertanya mengenai manuskrip melayu yang dibawah seliaan pihak DBP. Mengikut carian saya di mymanuskrip, Kitab Ilmu Perubatan MS 33 oleh Muhammad Salleh bin Ahmad Panjang di bawah seliaan Dewan Bahasa dan Pustaka dan telah digital dan diletak di mymanuskrip. Pertanyaan saya, 1. Adakah manuskrip ini terdapat dalam bentuk fizikal dan boleh diakses untuk pengkaji membuat kajian? 2. Selain di laman sesawang mymanuskrip, di mana lagi saya boleh akses Kitab Ilmu Perubatan MS 33 ini? Disebabkan bila saya nak akses lagi sekali di laman mymanuskrip, tak dapat. 3. Saya ingin kepastian, adakah manuskrip MS 33 ini merupakan salinan tunggal yang ada di DBP? 4. Ada tak nombor atau email staff DBP yang selia bahagian manuskrip melayu yang boleh saya hubungi terus jika ada persoalan. Segala kerjasama dan bantuan dari pihak tuan/puan,saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. | Salam sejahtera, Maklumat Pegawai berkaitan Manuskrip Dewan Bahasa dan Pustaka Bersama-sama ini dilampirkan maklumat pegawai DBP yang menguruskan manuskrip DBP: Nama: Encik Mohd Hapizan bin Abdullah, Bahagian: Pusat Dokumentasi Melayu, Telefon: 03-2147 9662 E-mel: mohdhapizan@dbp.gov.my Sekian, terima kasih.
| Lain-lain | 30.08.2021 |
Di dalam bahasa Raja/Kesultanan apa kah makna KERABAT dan WARIS?Khas bagi negeri Perak Darul Ridzuan. | Menurut kamus Dewan, perkataan kerabat bermaksud kaum, kaum keluarga atau saudara mara, manakala berkerabat bermaksud ada hubungan keluarga; bersaudara-mara; atau berkeluarga. Waris pula bermaksud orang yang berhak menerima pusaka orang yang telah meninggal, penjaga atau wali (kanak-kanak). Saudara hendaklah merujuk kerajaan negeri Perak untuk mengetahui makna waris dan kerabat bagi kerajaan negeri Perak. | Makna | 01.06.2010 |