Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj 1. not bending, tegar: a ~ bar, batang yg tegar; 2. stiff, kaku, kejang: he was ~ with shock, dia kaku krn terkejut; 3. inflexible, strict, tegar: he has ~ views on the upbringing of children, dia mempunyai pandangan yg tegar ttg mendidik anak; ~ rules, peraturan-peraturan yg tegar; /i>a ~ disciplinarian, pendisiplin yg tegar. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rigid


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai perkataan "rigid". Adakah perkataan ini terdapat di dalam kamus bahasa?. Ayat yang ingin dibina. "Peraturan yang dikuatkuasa tidak rigid dan ia adalah tertakluk kepada budi bicara pegawai dan warga yang bertugas".

Perkataan rigid tidak ada dalam Kamus Dewan.  DBP tidak menggunakan perkataan "rigid" dalam bahasa Melayu  sebaliknya menggunakan "tegar". Maksud "tegar" dalam Kamus Dewan1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras; bertegar berkeras (berdegil dll), berkeras hati; menegarkan menjadikan (menyebabkan) tegar, mengeraskan; ketegaran kekerasan hati, kedegilan: kega­gal­an dan kelambatan mencapai perda­maian selalu dikaitkan dgn ~ kerajaan Barat. 

Tatabahasa17.07.2018
Asallammualaikum, antara pertanyaan saya adalah bagaiman untuk menyediakan laporan, minit mesyuarat yang baik dan tepat..setahu saya ia tidak rigid namun mungkin saya dapat sedikit panduan unuk buat yang terbaik....

Puan Rosilawati,

Untuk menyediakan laporan, minit mesyuarat yang baik dan berkesan beberapa langkah perlu diberi perhatian seperti prinsip asas penulisan, format penulisan dan  penggunaan bahasa dalam penulisan tersebut.  Buku Bahasa Laporan yang ditulis oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar  boleh dijadikan rujukan.   

Lain-lain11.03.2010

Kembali ke atas