Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rin.ci] | رينچي

Definisi : ; merinci 1. memecahkan (membahagi-bahagikan) kecil-kecil, menghuraikan kecil-kecil; soal yg rumit itu telah dapat dirinci telah dapat dipecahkan; 2. menerangkan (memperkatakan, merancang, dll) dgn me­nyebut bahagian yg kecil-kecil, menerangkan dll sampai kpd perkara-perkara yg sekecil-kecilnya, memperincikan: ~ masalah negara; perincian 1. pembahagian (pemecahan) dlm bahagian yg kecil-kecil, perincisan: jadual yg menunjukkan ~ perolehan dan per­be­lanjaan dlm setahun; 2. huraian (tafsiran) sesuatu rancangan dll: ~ rancangan pem­bangunan yg diterima oleh kabinet; perinci orang yg merinci, alat utk merinci; jawatankuasa ~ jawatankuasa perancang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rin.ci] | رينچي

Definisi : ; merinci 1 memecahkan atau membahagi-bahagikan sesuatu kecil-kecil. 2 menerangkan atau menjelaskan satu per satu. memperincikan men­jadikan sesuatu dpt dirinci. terperinci telah diperincikan atau telah dihuraikan sepenuh-penuhnya. perincian 1 pembahagian kpd beberapa bahagian yg kecil. 2 huraian atau tafsiran ttg sesuatu. pemerincian perbuatan atau hal memperincikan. perinci alat utk merinci; orang yg merinci. pemerinci orang yg memperincikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rinci


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
soalan 1.Huraikan definisi morfologi secara rinci. 2.Huraikan morfem bebas dan morfem terikat secara rinci. 3.Huraikan maksud sintaksis secara rinci.Morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan; morfem ialah satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi ter­tentu: contohnya perkataan perumahan terdiri daripada satu morfem bebas iaitu perkataan rumah dan dua morfem terikat iaitu pe(r)- dan -an; dan sintaksis ialah kajian tentang susunan kata dalam ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa29.04.2012
rinciSila kemukakan soalan tuan dengan jelas. Jika untuk mendapatkan maksud rinci, tuan boleh memanfaatkan laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Lain-lain24.01.2017
Mohon jelaskan secara rinci tentang perbezaan serta fungsi kata 'ialah' dan 'adalah' dalam ayat.Berikan contoh- contoh ayatnya sekali.Terima kasih."Ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, contohnya "punca kemalangan itu ialah kecuaian". "Adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, contohnya; "hadiah itu adalah utk murid terpandai".Tatabahasa20.06.2009
Apakah itu budaya tinggi dan budaya rendah? dan sumber rujukan mana yang boleh saya rujuk untuk mendapatkan penjelasan lanjutTidak ada maklumat yang rinci tentang budaya tinggi dan budaya rendah dalam pangkalan data kami. Budaya tinggi lazimnya diakitkan dengan budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; manakala budaya rendah dikaitkan dengan  pengamalan yang kurang baik dan tidak maju.Makna24.03.2015
Ramo Omran Sep 7th, 1:02pm BAHASA MELAYU KETINGGALAN DAN TERSISIH DINEGARA SENDIRI.Terima kasih atas pandangan yang dilontarkan. Untuk mencari jawapannya perlu diteliti dan dibincangkan dengan lebih rinci.Lain-lain07.09.2015
adakah waktu/masa, lapang/rehat,alat/bahan, identiti/imej, pangkal/hujung, utama/dominan termasuk dalam sinonim kontkes, laras sosial atau kolokasi??Contoh-contoh yang tuan berikan ada yang merupakan sinonim dan ada juga antonim, kesemua kata ini juga berkait boleh berkolokasi dalam ayat tertentu. Tidak ada maklumat yang rinci berkaitan tajuk dan contoh ini dalam pangkalan data kami.Tatabahasa19.03.2015
Adakah 'mu, ku, dan kau' bersifat enklitik dan proklitik? Seperti contoh 'Muambil air dalam teko itu lalu tuangkan ke dalam kolemu.' atau 'Kutamparnya dengan kuat walaupun hatiku merasakan perbuatan itu salah.' atau 'Kaumembencinya untuk apa? Adakah otakkau tidak mampu berfikir lagi?'Perkataan "mu", "ku" dan "kau" bersifat enklitik dan proklitik. Contoh enklitik, "muambil" dan "kautampar" dan contoh proklitik "membencinya" dan "hatimu". Untuk maklumat yang lebih rinci, sila rujuk buku Linguistik yang berkaitan seperti Sintaksis: Enklitik Nya, tulisan Fazal Mohamed Mohamed Sultan.Lain-lain10.10.2018
Assalamualaikum pihak DBP. Saya ada satu kemusykilan yang hendak diujarkan. Adakah kata akar dalam bahasa Melayu masih lagi produktif pada masa kini? Terima Kasih.Kata akar atau dalam Tatabahasa Dewan disebut kata tunggal merupakan bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Tidak ada maklumat rinci dalam pangkalan data kami tentang kata tunggal. Jumlah kata dalam Kamus Dewan memasukkan kata tunggal, kata majmuk dan kata terbitan. Oleh itu, pelajar yang berminat bolehlah membuat kerja rumah dan meneliti kamus dan kertas kerja yang berkaitan (jika ada). Tatabahasa15.07.2018
Assalamualaikum. Says ingin tahu tentang Bahasa Melayu Dalam perniagaan? Terima kasihBahasa Melayu juga menjadi bahasa pentadbiran, bahasa ilmu, bahasa teknologi maklumat, bahasa dalam bidang ekonomi, undang-undang dan perniagaan. Dalam usaha memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia, pihak kerajaan terus melaksanakan program pemerkasaan bahasa Melayu dalam semua aspek kehidupan agar wujud sikap megah bahasa dan jati diri. Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan maklumat di perpustakaan, ruang yang terhad ini tidak dapat memberikan maklumat yang rinci tentang tajuk tugasan.Lain-lain27.11.2015
1) maksud sudut pandangan dalam sastera melayu. 2) plot sastera melayu
1. Tidak ada maklumat khusus tentang sudut pandangan dalam pangkalan data kami, secara amnya sudut pandangan ialah penilaian seseorang terhadap sesuatu perkara. jika dalam konteks ini penilaian seseorang tokoh tentang sesuatu isu dalam dunia sastera.
2. Plot ialah jalan atau jalinan sesuatu cerita. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih rinci, sila rujuk buku tentang diskusi dan kritikan sastera.
Sastera02.05.2014
123

Kembali ke atas