Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rindu (kata kerja)
Bersinonim dengan kepingin, ingin sekali, kangen, teringin berjumpa;,
Kata Terbitan : merindui,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Tuan/ Puan, Saya ingin bertanya tentang penggunaan men kan atau me ... an - boleh diikuti dgn kata ' akan ' ? Contohnya : 1. Dia rindukan akan ibunya. (Sepatutnya kata adjektif emosi tidak boleh diletakkan " kan " pada penghujungnya - Dia rindu akan ibunya.) 2. Bagaimana pula dengan ayat : Dia amat merindukan akan ibunya ? (kata adjektif emosi sudah bertukar menjadi kata kerja transitif ' merindukan ' ). Bagaimanakah caranya untuk membetulkan ayat tersebut ? a. Dia amat rindu akan ibunya ? b. Dia amat merindui akan ibunya ? c. Dia amat merindui ibunya ? *** d. Dia amat merindukan ibunya ? e. Dia amat merindu akan ibunya ? atau ada jawapan lain yang lebih tepat ? *** 'men ... an ' perlu diikuti dengan objek tidak hidup, betul ? Cthnya : ... menghadiahkan sepucuk surat kepada ibunya. ... merindukan masakan ibunya. manakala ' men ... i ' perlu diikuti dgn objek hidup : ... merindui ibunya ... menasihati pelajarnya Terima kasih & maaf kerana mengganggu. ChoyHH ( choy862003@yahoo.com)

1. Ayat yang betul ialah Dia rindu akan ibunya.

2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 194, di bawah subtajuk (c) Jenis Kata Kerja yang terbentuk (dengan Apitan meN-...-kan), binaan ayat yang menerima kata kerja berapitan meN-...-kan adalah: subjek + kata kerja (meN-...-kan) + objek. Sama juga binaan ayat untuk kata kerja berapitan meN-...-i. Oleh itu, binaan ayat, Dia amat merindukan akan ibunya adalah salah. Ayat yang betul ialah: a. Dia amat rindu akan ibunya.  b. Dia amat merindui ibunya  dan c. Dia amat merindukan ibunya. Perkataan merindukan dan merindui bermaksud rindu akan dan boleh diikuti dengan objek bernyawa. Kesimpulannya, tidak semua aspek tatabahasa bahasa Melayu dapat dipastikan betul atau salah melalui rumus.

Tatabahasa14.02.2011
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada tokoh DBP yang berpengalaman dan dihormati. Guru saya pernah mengatakan bahawa perkataan "merindui" tidak wujud dalam kosa kata, perkataan "merindukan" barulah betul. Adakah pernyataan guru saya ini betul?Perkataan merindui terbentuk hasil gabungan apitan meN-...-i dengan rindu. Perkataan merindukan terbentuk hasil gabungan gabungan apitan meN-...-kan dengan rindu. Kedua-dua perkataan itu betul dan untuk maklumat lanjut tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 191 dan 202.Tatabahasa28.04.2014
kesalahan penggunaan kata sendi akan dan imbuhan –kan dalam ayat bahasa MelayuKata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Contohnya: 
1. Wanita itu amat rindu akan anaknya.
2. Semua rakyat mesti sayang akan negara tempat tumpah darahnya.
 

Kesalahan penggunaan kata sendi nama akan adalah seperti yang berikut:
1. Wanita itu amat rindukan anaknya.
2. Semua rakyat mesti sayangkan negara tempat tumpah darahnya.


Untuk maklumat lanjut tentang akhiran -kan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 183 -186 
Tatabahasa23.03.2012
Salam. Saya ingin bertanya tentang perkataan di bawah; Akan dikau dalam kenanganku selama-lamanya. Adakah ayat ini betul? Terima kasihSalam sejahtera,

Penggunaan kata sendi "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Contoh: Wanita itu amat rindu akan anaknya. Selain itu, ada kecenderungan dalam kalangan penutur untuk menggunakan kan sebagai kelainan pada kata sendi nama akan. Contoh: Wanita itu amat rindukan anaknya.

Jadi, ayat yang betul "Aku akan kenang dikau selama-lamanya".

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa08.03.2019
1.Adik sangat sukakan kucing itu.(Adakah ayat itu salah_) 2.Orang Jepun suka makan makanan yang masih mentah.(Adakah ayat itu salah) 3.Saya jarang datang ke rumahnya sejak dia mendirikan rumah tangga dua bulan lepas.(Apkah kesalahannya) 4. Apakah perbezaan "mengajarkan" dan ' mengajar" 5. Budak itu menangis kerana mahukan aiskrim yang dijual oleh penjual aiskrim.(Apakah kesalahannya) 6. Berita itu telah termuat dalam surat khabar.(apakah kesalahannya) 7. Dia menyayangi anaknya.(adakah ayat itu salah) 8. Apakah perbezaan "merindui" dan merindukan Ribuan terima kasih.1. Adik sangat sukakan kucing itu. - salah, imbuhan kan di situ untuk ayat perintah seperti bukakan pintu itu.  2. Orang Jepun suka makan makanan yang masih mentah. - betul, suka dalam ayat ini berfungsi sebaai kata bantu.  3. Saya jarang datang ke rumahnya sejak dia mendirikan rumah tangga dua bulan lepas. - salah, perkatan jarang  bermaksud tidak kedap tenunannya.  4. Mengajarkan bermaksud mengajar sesuatu kepada seseorang; ia menajarkan cara-cara mengendalikan mesin tersebut, manakala "mengajar" bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dsb) kpd orang lain.   5. Budak itu menangis kerana mahukan aiskrim yang dijual oleh penjual aiskrim. - tidak salah.  6. Berita itu telah termuat dalam surat khabar. - tidak salah  7. Dia menyayangi anaknya. - tidak salah.  8. Merindui bermaksud  mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk bertemu dengan seseorang atau mendapatkan sesuatu, manakala merindukan bermaksud  membangkitkan rasa rindu.Tatabahasa07.10.2009

Kembali ke atas