1.Yang manakah betul-mengajar kami mata pelajaran Sejarah ATAU mengajari kami mata pelajaran Sejarah. 2. Sila berikan satu contoh yang dapat membezakan 'merindui' dengan 'meridukan' 3. Ayat Aktif-Salim menulis karangan ini dengan baik Ayat Pasif-Karangan ini ditulis oleh Salim dengan baik -Karangan ini ditulis dengan baik oleh Salim (Yang manakah betul ayat pasif di atas) | Ayat yang betul ialah, 1. Mengajari kami mata pelajaran Sejarah - mengajari bermaksud mengajar seseorang (sesuatu ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya), melatih (seseorang): contoh, guru yang mengajari murid-murid darjah 5 ilmu alam dan sejarah. 2. Merindui bermaksud mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk bertemu dengan seseorang atau mendapatkan sesuatu dan sebagainya, yang sentiasa berada dalam ingatan, kenangan dan sebagainya: contohnya, orang tua itu merindui anak cucunya, manakala merindukan bermaksud membangkitkan rasa rindu, mendatangkan rindu, menjadikan rindu: contohnya, nyanyian yang merawankan dan merindukan hati. 3. Karangan ini ditulis oleh Salim dengan baik dan Karangan ini ditulis dengan baik oleh Salim, kedua-dua ayat ini boleh menjadi ayat pasif. | Tatabahasa | 11.03.2010 |
Salam sejahtera Tuan/ Puan, Saya ingin bertanya tentang penggunaan men kan atau me ... an - boleh diikuti dgn kata ' akan ' ? Contohnya : 1. Dia rindukan akan ibunya. (Sepatutnya kata adjektif emosi tidak boleh diletakkan " kan " pada penghujungnya - Dia rindu akan ibunya.) 2. Bagaimana pula dengan ayat : Dia amat merindukan akan ibunya ? (kata adjektif emosi sudah bertukar menjadi kata kerja transitif ' merindukan ' ). Bagaimanakah caranya untuk membetulkan ayat tersebut ? a. Dia amat rindu akan ibunya ? b. Dia amat merindui akan ibunya ? c. Dia amat merindui ibunya ? *** d. Dia amat merindukan ibunya ? e. Dia amat merindu akan ibunya ? atau ada jawapan lain yang lebih tepat ? *** 'men ... an ' perlu diikuti dengan objek tidak hidup, betul ? Cthnya : ... menghadiahkan sepucuk surat kepada ibunya. ... merindukan masakan ibunya. manakala ' men ... i ' perlu diikuti dgn objek hidup : ... merindui ibunya ... menasihati pelajarnya Terima kasih & maaf kerana mengganggu. ChoyHH ( choy862003@yahoo.com) | 1. Ayat yang betul ialah Dia rindu akan ibunya. 2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 194, di bawah subtajuk (c) Jenis Kata Kerja yang terbentuk (dengan Apitan meN-...-kan), binaan ayat yang menerima kata kerja berapitan meN-...-kan adalah: subjek + kata kerja (meN-...-kan) + objek. Sama juga binaan ayat untuk kata kerja berapitan meN-...-i. Oleh itu, binaan ayat, Dia amat merindukan akan ibunya adalah salah. Ayat yang betul ialah: a. Dia amat rindu akan ibunya. b. Dia amat merindui ibunya dan c. Dia amat merindukan ibunya. Perkataan merindukan dan merindui bermaksud rindu akan dan boleh diikuti dengan objek bernyawa. Kesimpulannya, tidak semua aspek tatabahasa bahasa Melayu dapat dipastikan betul atau salah melalui rumus. | Tatabahasa | 14.02.2011 |
1.Adik sangat sukakan kucing itu.(Adakah ayat itu salah_) 2.Orang Jepun suka makan makanan yang masih mentah.(Adakah ayat itu salah) 3.Saya jarang datang ke rumahnya sejak dia mendirikan rumah tangga dua bulan lepas.(Apkah kesalahannya) 4. Apakah perbezaan "mengajarkan" dan ' mengajar" 5. Budak itu menangis kerana mahukan aiskrim yang dijual oleh penjual aiskrim.(Apakah kesalahannya) 6. Berita itu telah termuat dalam surat khabar.(apakah kesalahannya) 7. Dia menyayangi anaknya.(adakah ayat itu salah) 8. Apakah perbezaan "merindui" dan merindukan Ribuan terima kasih. | 1. Adik sangat sukakan kucing itu. - salah, imbuhan kan di situ untuk ayat perintah seperti bukakan pintu itu. 2. Orang Jepun suka makan makanan yang masih mentah. - betul, suka dalam ayat ini berfungsi sebaai kata bantu. 3. Saya jarang datang ke rumahnya sejak dia mendirikan rumah tangga dua bulan lepas. - salah, perkatan jarang bermaksud tidak kedap tenunannya. 4. Mengajarkan bermaksud mengajar sesuatu kepada seseorang; ia menajarkan cara-cara mengendalikan mesin tersebut, manakala "mengajar" bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dsb) kpd orang lain. 5. Budak itu menangis kerana mahukan aiskrim yang dijual oleh penjual aiskrim. - tidak salah. 6. Berita itu telah termuat dalam surat khabar. - tidak salah 7. Dia menyayangi anaknya. - tidak salah. 8. Merindui bermaksud mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk bertemu dengan seseorang atau mendapatkan sesuatu, manakala merindukan bermaksud membangkitkan rasa rindu. | Tatabahasa | 07.10.2009 |