manakah yang betul bagi tajuk sesebuah karangan ringkas 1. Bercuti Di Kampung / Bercuti Dikampung | Frasa /ejaan yang betul ialah Bercuti di Kampung. | Tatabahasa | 24.02.2010 |
Ulasan tentang sinopsis novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnom Ahmad. Ulasan Tentang watak Jeha dan Lahuma dalam novel tersebut | Sdr. yang bertanya, 1. Sinopsis ringkas novel tersebut ialah novel Ranjau Sepanjang Jalan mengisahkan kemiskinan keluarga petani di Banggul Derdap, Sik, Kedah yang diwakili oleh Lahuma bersama isterinya, Jeha dan anak-anaknya. bagi Lahuma dan keluarganya "mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah SWT. Itulah pegangan hidup Lahuma dan keluarganya. Lahuma sekeluarga terpaksa berhempas pulas bekerja di tengah bendang dengan melawan segala bencara yang merosakkan tanaman padi mereka. kematian Lahuma menambahkan lagi penderitaan Jeha dan anak-kanaknya untuk menyelamatkan padi mereka daripada bencana alam, sehingga Jeha menjadi gila. Tugas tersebut terpaksa ditanggung pula oleh anak mereka, Senah dan adik-adiknya. 2. Secara umumnya watak lahuma dan Jeha digambarkan mempunyai semangat waja sebagai mewakili masyarakat kaum tani yang bergitu gigih berusaha dengan jerih payah. Apa saja dugaan yang melanda mereka tetap mengharungi dengan segala usaha yang ada. bagi petani seperti mereka, hidup mati mereka semuanya bergantung kepada hasil padi. Pengangan hidup mekera apa saja kurniaan Allah, "Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah SW" mereka tetap terima dengan tabah dan rasa syukur. sekian sahaja jawapan ringkas dari saya. saudara boleh mendapatkan kefahaman yang lebih lanjut dengan membaca esei-esei dan kritikan berkaitan novel tersebut daripada buku-buku terbitan DBP.
| Sastera | 14.03.2012 |
Tolong jelaskan secara ringkas tentang 1. Ayat gramatis 2. Ayat majmuk 3. Ayat Aktif 4. Ayat pasif 5. Ejaan yang betul, powerpoint, power point atau Power point. Terima kasih. | 1. Ayat gramatis ialah ayat yang dibina mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. 2. Ayat majmuk ialah ayat besar yang terdiri daripada dua ayat kecil atau lebih. 3. Ayat Aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. 4. Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. 5. Ejaan yang betul ialah powerpoint atau tuan boleh juga menggunakan slaid persembahan. | Tatabahasa | 29.11.2013 |
Minta jelaskan secara ringkas beza penggunaan 1. ialah 2. adalah 3. merupakan Terima kasih. | Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal.250). | Lain-lain | 11.01.2011 |
1. Life & Style 2. Experience a new life.And a new style Boleh tolong terjemahkan dalam bahasa Melayu dlam perkataan yang ringkas | 1. gaya dan kehidupan 2.alami hidup/ kehidupan baru 3.gaya baru/ terkini | Tatabahasa | 26.11.2007 |
Boleh terangkan kepada saya tentang penggunaan tanda seru (!) dari segi tatabahasa. Adakah tanda seru ini boleh membawa maksud seseorang itu marah atau rasa kurang jika digunakan di dalam konteks ayat yang dihantar melalui sistem pesanan ringkas. Contoh 1): Oh, anda sungguh cantik!- adakah ayat ini merupakan ayat penyata dan dalam nada memuji? Contoh 2): tidak boleh satu rumah kerana bukan muhrim! - adakah ayat ini ayat penyata dan menunjukkan penyampai itu sedang marah? Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu. Sekian, terima kasih | Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak!
| Tatabahasa | 25.02.2014 |
Mana ayat yang betul? 1. Ganesh makan roti tetapi adiknya makan biskut. ATAU Ganesh makan roti dan adiknya makan biskut. 2. Kek pandan itu murah dan sedap. ATAU Kek pandan itu murah tetapi sedap. 3. Masakan ibu Rizal ringkas dan berkhasiat. ATAU Masakan ibu Rizal ringkas tetapi berkhasiat. Terimakasih. | Kata hubung “dan” didapati mengimplikasikan maksud kesinambungan atau pertalian, menggabungkan dua item yang setara, serentak, maksud sebagai tambahan, perlakuan berurutan, penjelasan lanjut, menambahkan sifat atau sesuatu suasana, dua atau lebih suasana yang berlaku serentak dan sebab akibat. Sementara, kata hubung “tetapi”, mengimplikasikan maksud pertentangan, memberikan penjelasan lanjut, petunjuk kesinambungan untuk meneruskan perbualan atau pertanyaan, penafian, keadaan atau tujuan yang tidak tercapai, dan pembetulan. Oleh hal yang demikian, ayat 1,2 dan 3 lebih sesuai menggunakan kata hubung "dan". Terima kasih. | Tatabahasa | 22.05.2017 |
1) kata ganti nama diri ringkas "ku" boleh digunakan di awal dan akhir perkataan. Contoh: Kubaca Ibuku Soalan saya: Bolehkah perkataan tuan aku menjadi tuanku dalam ayat?Tidakkah penggunaannya mengelirukan kita?Seperti kita ketahui tuanku ialah gelaran untuk raja. | Tuanku bermaksud tuan yg mulia (dalam percakapan dengan raja), oleh itu kita tidak menggunakan tuanku untuk yang selain daripada raja dan boleh digantikan dengan majikanku, pegawaiku dan sebagainya. | Tatabahasa | 20.12.2008 |
1.Boleh tak pihak tuan nyatakan serba ringkas tentang sumbangan DBP dalam pembinaan Bahasa melayu. 2. saya masih keliru dengan penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia.Adakah di sekolah sekarang dirujuk sebagai subjek Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Terima kasih di atas penjelasan ini. | Sumbangan DBP dalam pembinaan bahasa Melayu telah bermula selepas penubuhannya pada tahun 1956. DBP telah membina kosa kata untuk kamus dan istilah dalam pelbagai bidang, membuat penyelidikan bahasa Melayu, membuat perancangan bahasa seperti sistem ejaan dan tatabahasa, sebutan baku, dan menerbitkan buku dalam pelbagai bidang ilmu bagi menyebarluaskan bahasa Melayu. Sila rujuk laman web DBP dan Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mendapatkan maklumat lanjut. Bagi maksud penggunaan bahasa Melayu dan bahasa malaysia, selagi dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, bahasa Melayu masih menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, maka penggunaan bahasa Melayu masih kekal. Namun, bagi maksud komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping bahasa Melayu. | Lain-lain | 20.05.2008 |
PERKATAAN RINGKAS : Sila nyatakan bagi perkataan berikut ; (1) Pengarah. (2) Penolong (3) Jabatan (4) Timbalan (5) Komander (6) Briged (7) Pegawai (8) Pemerintah (9) Batalion (10) Kompeni (11) Pelatun (12) Seksyen (13) Kontinjen. | Soalan tuan tidak jelas. Untuk carian makna, tuan boleh menggunakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu dengan melayari prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 27.09.2013 |