Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ring.ka.san] | ريڠکسن

Definisi : 1. ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dll); 2. kependekan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ring.ka.san] | ريڠکسن

Definisi : sesuatu yg telah diringkaskan; inti sari drpd sesuatu cerita dll; singkatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ringkas (adjektif)
Bersinonim dengan pendek, singkat, padat, tidak panjang;,
Kata Terbitan : meringkaskan, ringkasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan istilah "SINOPSIS" dengan " Ringkasan "?

Menurut Kamus Dewan, sinopsis bermaksud ringkasan yang memberikan gambaran umum tentang sesuatu perkara (novel, drama, filem, dsb), ikhtisar. Ringkasan bermaksud 1. ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dll);  2. kependekan.  Berdasarkan maksud yang diberikan di atas, sinopsis dan ringkasan mempunyai maksud yang sama.

 

Makna30.01.2011
Apakah perbezaan di antara sinopsis cerita dan ringkasan cerita? kerana dalam silibus sastera sekolah menengah terdapat bahagian yang memerlukan murid membuat sinopsis dan ringkasan ceritaBerdasarkan Kamus Dewan Perdana, "ringkasan" bermaksud sesuatu yang telah diringkaskan, manakala "sinopsis" bermaksud keterangan ringkas atau secara umum tentang seusatu penulisan.Lain-lain11.10.2024
Apakah perkataan ringkasan bagi " Yang Berbahgia Datuk" Y.Bhg. atau ada yang terbaru.Kependekkan untuk Yang Berbahagia ialah YBhg. Datuk.Ejaan21.10.2014
Peribahasa dalam ringkasan dan karangan respon terbuka dikira sebagai 1 perkataan saja? contohnya:"katak di bawah tempurung" peribahasa ini dikira sebagai 1 perkataan atau 4 perkataan?Dalam contoh yang diberikan jumlah perkataan ialah empat patah perkataan. Walau bagaimanapun untuk maklumat sahih, sila bertanya soalan tersebut kepada pihak yang berkaitan dengan peperiksaan seperti guru Bahasa Malaysia di sekolah saudara.Ejaan31.03.2012
BAGAIMANA EJAAN RINGKASAN UNTUK AMBASSADOR?... CONTOHNYA, ADAKAH YBhg. AMB. NAZIRAH BINTI HUSSAIN? TERIMA KASIH.

Untuk pengetahuan tuan/puan, singkatan sesuatu perkataan tiada yang standard. Sekiranya difahami oleh orang lain ia boleh digunakan.

Ejaan12.11.2009
Saya ingin mendapat nasihat daripada DBP di antara penterjemahan berikut, yang mana satu adalah lebih tepat. "Summary Statements of Financial Position" - Ringkasan Penyata Kedudukan Kewangan atau Ringkasan Penyata-Penyata Kedudukan Kewangan. Perlukah perkataan "penyata" digandakan? Terima kasih atas nasihat daripada DBP.Terjemahan yang betul ialah Ringkasan Penyata Kedudukan Kewangan.Penyemakan dan penterjemahan07.05.2021
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera. Saya Mohd Sabri Hasan pelajar PhD daripada UKM. Saya sedang menjalankan penyelidikan berkaitan dengan pemprosesan teks bahasa Melayu dibawah penyeliaan Profesor Dr Shahrul Azman Mohd Noah. Penyelidikan saya adalah ringkasan teks automatik pada teks bahasa Melayu. Salah satu teknik dalam ringkasan teks automatik adalah headline summarization. Headline summarization adalah proses menghasilkan satu ayat tunggal daripada teks yang mewakili idea utama. Masalah saya, apakah perkataan bahasa Melayu yang paling sesuai bagi mengantikan 'headline summarization'. Perkataan headline biasanya dikaitkan dengan tajuk utama. Dalam dalam konteks ringkasan teks automatik ia mewakili idea utama dalam bentuk ayat tunggal. Sekian terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah khusus untuk "headline summarization" dalam pangkalan data kami. Berdasarkan penerangan yang diberikan, istilah yang dicadangkan ialah ringkasan idea utama atau ringkasan isi utama.Istilah19.10.2012
Apakah perbezaan antara SINOPSIS dan ABSTRAK? Saya perlu sediakan satu format untuk penulisan ringkasan buku ilmiah yang telah dibaca. Saya keliru sama ada ingin menggunakan sinopsis atau abstak?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, sinopsis bermaksud ringkasan yg memberikan gambaran umum tentang sesuatu perkara (novel, drama, filem, dsb), ikhtisar. Manakala abstrak pula ialah Satu bentuk bibliografi semasa yang memuatkan catatan ringkas tentang maklumat penting di dalam buku, risalah atau makalah yang tersiar di dalam majalah berjilid; disertai deskripsi bibliografi untuk memudahkan penerbitan atau makalah tersebut diperoleh kembali. Penyusunannya mengikut kelas atau subjek. Penggunaannya bergantung kepada konteks ayat. Oleh itu, penggunaan yang lebih sesuai ialah abstrak.Lain-lain08.10.2010
salam.boleh saya tahu istilah (oku) ringkasan kepada "orang kurang upaya" atau "orang kelainan upaya"?Penggunaan yang telah mantap ialah 'Orang Kurang Upaya'.Istilah30.03.2011
Hi, saya selalu mengelirukan terhadap subjek semasa menulis ringkasan. Contohnya, jika subjek yang pertama saya tulis "pelajar yang menguruskan masa dengan baik dapat...", untuk subjek seterusnya boleh saya tulis "pelajar tersebut" atau "pelajar". Boleh saya tulis "kita" juga?

Untuk ayat yang berikutnya, perkataan “pelajar tersebut” boleh digunakan dan penggunaan perkataan tersebut bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Tatabahasa15.05.2024
12345

Kembali ke atas