Maksud bahasa melayu | Secara ringkasnya bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di Malaysia, Indonesia dan beberapa Negara lain di Nusantara sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan bagi negara kita Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tentang bahasa Melayu. | Makna | 10.09.2015 |
Apakah maksud Bahasa Melayu? | Secara ringkasnya, merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), bahasa Melayu ditakrifkan seperti yang berikut: bahasa Melayu kata nama 1 bahasa daripada rumpun Austronesia yang paling banyak jumlah penuturnya, iaitu melebihi 200 juta orang, dan menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam dan Singapura; 2 mata pelajaran yang berkaitan dengan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah mahupun di pusat pengajian tinggi; Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), Ensiklopedia Bahasa Melayu (DBP, 2008), Ensiklopedia Bahasa Utama Dunia (DBP, 1998) dan rujukan lain. | Makna | 06.11.2023 |
apakah terjemahan Interface Description Document atau ringkasnya IDD? Istilah Teknologi Maklumat. | Istilah Interface Description Document tidak ada dalam sumber rujukan kami. Berdasarkan contoh lain yang ada seperti page description language, padanannya ialah bahasa perihalan halaman, kami cadangkan istilah Interface Description Document padanannya ialah Dokumen Perihalan Antara Muka. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.12.2010 |
apakah definisi bagi teknologi pendidikan | Secara ringkasnya teknologi pendidikan bermaksud kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal tentang pendidikan. | Makna | 02.12.2008 |
Apakah tugas seorang pegwai tadbir di DBP? | Secara ringkasnya, Pegawai Tadbir di DBP melaksanakan kerja pentadbiran dan fungsi teras DBP, iaitu memartabatkan bahasa, sastera dan penerbitan berbahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh hubungi Pegawai di Bahagian Personel DBP. | Lain-lain | 16.06.2015 |
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "changelog". Secara ringkasnya, changelog ialah satu catatan yang menyenaraikan perubahan atau penambahan baharu terhadap sesuatu, lazimnya selepas satu kemas kini bagi sesuatu perisian atau permainan komputer. Terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi 'changelog' ialah ubah log | Makna | 30.10.2021 |
apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan sumber manusia | Secara ringkasnya bermaksud usaha atau kegiatan membangunkan sumber tenaga manusia untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti. | Makna | 29.01.2009 |
kesalahan kata hubung pancangan relatif | Kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung jenis ini ialah yang. Beberapa contoh ayat yang mempunyai kata relatif adalah seperti yang berikut; 1. Budak yang sedang membaca itu adik saya 2. Buk yang dibeli oleh Ahmad itu buku Sejarah. | Tatabahasa | 11.02.2010 |
Apakah terjemahan kepada JOB COACHING (nama bidang pekerjaan) dan JOB COACH (nama jawatan). Secara ringkasnya, Job Coaching berperanan sebagai pemudahcara/penyelaras bagi kumpulan sasar yang berdaftar dengan JKM (OKU dsb.) untuk mendapatkan kerja di industri. | Kami mencadangkan Job Coaching diterjemahkan kepada Bimbangan Kerjaya | Makna | 06.02.2018 |
Assalamualaikum dan Salam Hormat, Saya merujuk email terdahulu berkaitan istilah ‘inter-empire trade’. Secara ringkasnya ‘inter-empire trade’ merujuk kepada jaringan perdagangan dalam kalangan tanah jajahan dalam empayar (dalam kes ini merujuk kepada empayar British). Saya petik daripada dokumen Persidangan Imperial British pada tahun 1920-an, “Canada is a great exporter to South Africa, and I hope it may be possible, not only with regard to Canada but also with regard to Australia and New Zealand and other portions of the Empire, to make arrangements which will be mutually beneficial and helpful in fostering inter-Empire trade.” Sekian, terima kasih. | Berdasarkan penerangan yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah perdagangan antara empayar. | Istilah | 15.02.2017 |