Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; merintang terletak melintang: batang kelapa ~ di jalan itu; merintangi 1. menggalang: Sungai Kelantan yg dirintangi beting-beting; ada sebatang batang pinang yg ~ parit itu digunakan sbg titi; 2. menghalang-halangi, menyukarkan (perjalanan dll): beberapa faktor sosial yg ~ kemajuan kaum tani kita; 3. mengacau, mengganggu, mengusik: usaha-usahanya digagalkan oleh pemerintah kolonial, segala kerjanya dirintangi; merintangkan meletakkan merintang, meĀ­rintangi sesuatu dgn: polis ~ sekatan-sekatan di jalan; terintang terhalang, terganggu; rintangan sesuatu yg merintangi, halangan, gangguan: tiadanya pendidikan yg mustahak ini akan menjadi ~ besar utk kanak-kanak melanjutkan pelajaran; perintang 1. sesuatu yg digunakan utk meĀ­rintangi; 2. orang yg merintangi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rintang
Kata Terbitan : merintangi, terintang, rintangan,

Peribahasa

Tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya.

Bermaksud :

Tidak akan terganggu seseorang yang cekap itu melakukan pekerjaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan rintang rusa oleh tanduknya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara impian dengan cita-cita? Adakah dua perkataan tersebut sama maksud? Jika tajuk 'Impian Saya', murid menulis impiannya menjadi pemain bola sepak. Adakah itu betul?Adakah jawapan tersebut tergolong dalam 'cita-cita' atau 'impian'?Perbezaan antara impian dan cita-cita:

Impian bermaksud sesuatu yg diimpikan; cita-cita yg bukan-bukan atau angan-angan.

Cita-cita bermaksud:
1. Harapan, hasrat, keinginan (yang kuat). Contoh: Cita-citanya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak.
2. Maksud, tujuan yang hendak dilaksanakan. Contoh: Aku rintang pekerjaannya itu dgn cita-cita yang luhur.

Jika dilihat maksud bagi kedua-dua perkataan itu, tajuk yang lebih sesuai ialah Cita-cita Saya bagi merujuk keinginan untuk menjadi pemain bola sepak.
Istilah30.07.2015

Kembali ke atas