Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rin.ti.han] | رينتيهن

Definisi : 1. suara mengerang (kerana kesakitan dll), keluhan, keluh-kesah: kedengaran pula olehnya ~ dan igauan isteri­­nya; 2. kesedihan yg dilahirkan dgn kata-kata, jeritan, keluhan, ratapan: rintihan ang­gota kesatuan itu terhadap penindasan se­tengah-setengah pihak majikan; 3. ke­su­sahan hati, kesedihan: rintihan yg dideritai oleh segolongan manusia; suara itu penuh rintihan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rin.ti.han] | رينتيهن

Definisi : suara orang mengerang atau mengeluh kerana sakit dll; keluhan: Kedengaran olehnya ~ bapanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rintih
Kata Terbitan : merintih, rintihan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan tanda baca koma yang mana adalah betul? (contoh ayat ialah lirik lagu) 1. Bungalah mawar, aduhai sayang, tumbuh di taman 2. Bungalah mawar, aduhai, sayang, tumbuh di taman 1. Oh, sayang, kembalilah kepadaku 2. Oh sayang, kembalilah kepadaku 1. Oh, Tuhan, dengarlah rintihan hambamu 2. Oh Tuhan, dengarlah rintihan hambamuPenggunaan tanda baca yang betul seperti yang berikut:
  1. Bungalah mawar, aduhai, sayang, tumbuh di taman!
  2. Oh, sayang, kembalilah kepadaku!
  3. Oh, Tuhan, dengarlah rintihan hambamu!
Untuk lebih memahaminya, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 255.

Lain-lain06.02.2023
saya sekadar ingin memastikan penggunaan kata seruan aduh dan aduhai. apakah perbezaannya? Apakah kata seruan yang sesuai bagi ayat di bawah: _________ , kasihan sungguh pengemais itu? saya merujuk dalam Kamus Dewan menyatakan maksud kata aduh (mengeluh kerana kesakitan dll) sementara aduhai(rintihan). Maka apakah penggunaan kata seruan yang sesuai? pada pendapat saya secara logiknya, ayat ini merupakan satu keluhan dan bukan rintihan.

Saudara,

Berdasarkan kedua-dua makna kata seru yang sesuai ialah aduhai, bagi menunjukkan rintihan dan rasa kesedihan. 

 

Tatabahasa07.07.2010
______, bilakah aku akan sembuh daripada penyakit ini ! a. dari b.oleh c.cis d.aduhai Kami hadapi masalah dengan soalan ini. Tolong balas segeraKata seru yang tepat untuk ayat ini ialah aduhai.  Kata aduhai adalah utk melahirkan rasa sedih (rintihan dsb): ~ kekanda! Sampai beginilah nasib adinda.Tatabahasa01.06.2010

Kembali ke atas