apakah perbezaan diantara hujan rintik-rintik dengan gerimis? | Kamus Dewan Edisi Empat mendefinisikan gerimis sebagai hujan rintik-rintik. Oleh itu, tiada perbezaan antara hujan rintik-rintik dengan gerimis. | Tatabahasa | 22.03.2013 |
emak______kain di jemuran kerana hujan rintik-rintik mulai turun. (mengandar/ menarik/ mengambil/ mengangkat) tuan, manakah satu jawaban sesuai digunakan ? tq | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. mengandar - membawa barang dengan kandar, memikul, membalas 2. menghela supaya bergerak ke arah sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret 3. mengambil - memegang (memungut, memetik, dll) sesuatu serta menyimpannya atau membawa pergi dll, menerima dan menyimpan sesuatu 4. mengangkat - i. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan ii. membawa pergi atau membawa dari satu tempat ke tempat lain. Berdasarkan makna yang diberikan dalam Kamus Dewan, perkataan yang paling sesuai ialah mengambil. (emak mengambil kain di jemuran kerana hujan rintik-rintik mula turun) | Makna | 20.09.2011 |
apa makna umpama kendi dengan kurek? yang mana kendi,yang mana kurek? | Saudara, Untuk makluman, tiada ungkapan ini di dalam rekod kami. Walau bagaimanapun makna kendi ialah sj bekas air yg bermuncung (bercerat) dan bertangkai (dibuat drpd tembikar atau tin), manakala makna kurik(bukan kurek) ialah bintik-bintik, rintik-rintik. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 27.12.2009 |
Salam sejahtera. Saya ingin menyemak terjemahan yang sesuai untuk fabrik "heather"iaitu sejenis fabrik berwarna yang dicampurkan poliester hitam atau putih. Mana yang lebih sesuai? Fabrik corak rintik, fabrik corak belang-belang atau fabrik corak capuk. Terima kasih. | Perkataan tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sungguhpun demikian, berdasarkan konsep yang diberikan, kami mencadangkan fabrik heather diterjemahkan kepada fabrik rintik atau fabrik kurik. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.08.2018 |