Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : <>at ~, dlm /risiko, bahaya/: is the company’s insurance policy at ~?, adakah polisi insurans syarikat itu dlm risiko?; at o’s own ~, atas /risiko, tanggungan/ sendiri; at owner’s ~, atas /risiko, tanggungan/ pemilik; at the ~ of, sekalipun ada risiko: he says what he thinks, even at the ~ of offending people, dia katakan apa yg difikirkannya sekalipun ada risiko menyinggung perasaan orang; at the ~ of o’s own life, sekalipun /menyabung, menggadai/ nyawa sendiri: he rescued the boy at the ~ of his own life, dia menyelamatkan budak itu sekalipun menyabung nyawa sendiri; put st at ~, meletakkan sst dlm risiko; /run, take/ /a, the/ ~, /mengambil, menanggung/ risiko: he runs the ~ of being dismissed if he is caught, dia mengambil risiko dibuang kerja sekiranya dia ditangkap; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. possibility of danger, loss, risiko: there is always some ~ in motor racing, selalunya ada risiko semasa berlumba kereta; 2. hazard, a. (person), (approp n) yg berisiko, berbahaya/: we’re reluctant to employ him as he is a security ~, kami keberatan utk mengambilnya bekerja krn dia berbahaya dr segi keselamatan; /good, poor/ ~, orang yg berkemungkinan mempunyai risiko yg /baik, tdk baik/; b. (thing), (approp n) yg risiko, bahaya: the building has long been a fire ~, bangunan itu sudah lama terdedah kpd risiko kebakaran; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. expose to risk, merisikokan: he ~ed his money on gambling, dia merisikokan wangnya dgn berjudi; ~ o’s life, membahayakan diri; ~ o’s health, membahayakan kesihatan; 2. accept the possibility of, /mengambil, menanggung/ risiko: they are not willing to ~ failure, mereka tdk sanggup mengambil risiko kegagalan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata risk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang tepat bagi "Human Risk" dalam pengurusan risiko.

Kata "Human Risk" tiada dalam pangkalan data DBP. Terjemahan secara langsung Human Risk ialah Risiko Manusia. Untuk keterangan lebih lanjut, mohon kemukakan maklumat seperti konteks dan konsep penggunaan perkataan ini atau contoh ayat penggunaan kata tersebut.

Penyemakan dan penterjemahan07.09.2018
apakah terjemahan Bahasa Malaysia untuk jawatan "Risk Management Consultant"?Istilah untuk 'Risk Management Consultant' ialah Perunding Pengurusan Risiko.Istilah23.07.2011
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Risk Appetite Statement"Kami belum ada padanan yang sesuai bagi perkataan "Risk Appetite Statement". Kami akan maklumkan sekiranya mendapat padanan yang sesuai. Tuan/puan boleh juga kemukakan kepada Persatuan Penterjemah Malaysia untuk bantuan segera (03-92262506)Istilah19.06.2019
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Adakah tepat untuk menterjemah secara langsung istilah pelaburan "risk appetite" kepada "selera risiko"? Terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

risk appetite - kesanggupan ambil risiko

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu
Lain-lain28.06.2021
Bersama ini disertakan sekali nama jabatan di dalam Bahasa Inggeris, saya ingin meminta kerjasama dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memberikan nama jawatan tersebut di dalam Bahasa Melayu yang betul Compliance and Risk ManagementKami mencadangkan frasa Compliance and Risk Management diterjemahkan kepada Pengurusan Pematuhan dan Risiko.Lain-lain06.01.2014
Saya sedang menjalankan kajian berkenaan pengurusan bencana. Terdapat banyak istilah yang berkaitan yang perlu diperjelaskan terutama yang melibatkan terjemahan daripada bahasa inggeris seperti risk, danger, hazard dan disaster yang diterjemahkan kepada risiko, merbahaya, bahaya dan bencana. 1. Adakah terjemahan saya di atas adalah betul? 2.mohon pihak tuan menjelaskan beza antara keempat-empat istilah ini 3. Mohon penjelasan mengenai penggunaan istilah geobencana (geodisaster)dan geobahaya (geohazard). Adakah istilah ini boleh digunapakai atau perlu menggunakan perkataan penuh seperti bencana geologi dan bahaya geologi1. Kamus Inggeris-Melayu Dewan menterjemahkan risk kepada risiko, danger kepada bahaya, hazard terkandung maksud risk dan danger di dalamnya, dan disaster bencana atau  malapetaka. 
2. Tidak ada maklumat tentang perkataan geobencana dan geobahaya dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan perkataan bahaya geologi dan bencana geologi digunakan bagi memberi faham kepada khalayak tentang perkataan tersebut.
Tatabahasa22.01.2015
(1) Apakah perkataan Bahasa Melayu yang boleh diterjemahkan untuk kategori pengguna telefon bimbit dalam konteks ayat berikut : We established four categories of users; casual user, regular user, at-risk user and problematic user. (2) Adakah betul konteks penggunaan perkataan bagi kategori pengguna telefon bimbit iaitu 'pengguna sekali sekala, pengguna biasa, pengguna berisiko dan pengguna bermasalah'?Padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris seperti cadangan di bawah:

Casual user: Pengguna biasa
Regular user:Pengguna tetap
At-risk user:Pengguna berisiko
Problematic user:Pengguna bermasalah

Wala bagaimanapun, cadangan perkataan bergantung kepada kesesuaian ayat dan konteks penggunaan.
Makna03.07.2020
Minta bantuan untuk terjemahan ke bahasa Malaysia untuk nama seksyen di bawah. Technology Risk & Analytics section Terima kasih.Padanan terjemahan yang kami cadangkan ialah Seksyen Risiko Teknologi dan AnalisisPenyemakan dan penterjemahan04.01.2019
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang tepat dalam Bahasa Melayu untuk tajuk penyelidikan saya yang berbunyi "Perceptions on risk behaviours and health seeking associated with HIV/STD among transgender women and menhave sex with men (MSM)". Mohon bantuan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menawarkan khidmat terjemahan daripada bahasa asing ke bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, encik boleh menterjemahkan tajuk tersebut dan menghantar kepada kami untuk semakan penggunaan bahasa Melayu.Lain-lain17.01.2020
Adakah "issuer's credit" boleh diterjemah kepada "kredit pengeluar"? Konteks ayat berkaitan pengeluar bon. "Subject to Issuer’s Credit / Default Risk."Mohon kemukakan takfiran perkataan issuer's credit bagi membantu kami mendapatkan padanan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan28.01.2020
12

Kembali ke atas