Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rit.ma] | ريتما

Definisi : 1. urutan proses semula jadi yg berulang dlm sela masa yg tetap: kiraan ~ dapat mem­bantu jika pusingan haid anda tetap, namun kaedah ini tidak boleh diamalkan jika anda mengalami pusingan haid yg tidak dapat diduga; ~ denyutan jantung; 2. IB irama: salah satu hasilnya ialah ~ drama yg teratur dan agak halus; manakala ~ pula me­rupakan alunan yg teratur dan berulang-ulang sehingga menghasilkan kepuitisan puisi itu; beritma berirama: gerak-geri yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rit.ma] | ريتما

Definisi : 1 turun naik bunyi atau lagu secara teratur; irama: Gimnas hendaklah peka terhadap ~ muzik. 2 ist urutan kejadian atau aktiviti yg berulang dlm sela masa yg tetap, mis denyutan jantung. beritma mengikut ritma; berirama: gerak-geri yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ritma (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan rima, rentak, irama, tempo.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam! Di dalam ayat yang berikut "teka-teki teka tekok...", apakah maksud tekok? Sekian, terima kasih!
Perkataan tekok tidak mempunyai makna dalam konteks tersebut. Dalam karya kreatif, penggunaan sesuatu perkataan lazimnya digunakan untuk menunjukkan ritma dalam sesebuah karya.
Tatabahasa03.06.2020
Saya sedang mengkaji tentang pendekatan pengajaran dari barat iaitu Dalcroze Eurhythmics. Bolehkah saya tukar nama pendekatan tersebut dalam Bahasa Melayu sebagai Euritmik Dalcroze?Dalcroze Eurhythmics diberikan padanan Euritmik Dalcroze atau Dalcroze Method (Kaedah Dalcroze). Dalam bidang kesenian, euritmik ialah sistem latihan muzik untuk memahami ritma melalui gerak anggota yang dibangunkan oleh Émile Jaques-Dalcroze. Istilah23.10.2018
salam sejahtera. dalam pendidikan muzik, salah satu cara mengajar irama dipanggil "rhythm syllable system" dallam bahasa inggeris. bila diterjemah kepada bahasa melayu, ada buku guna "sistem sebutan irama". Tetapi "syllable" itu lebih pada sebutan sukukata. Maka apakah terjemahan yang sesuai bagi "rhythm syllable system"? Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "rhythm syllable system" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah yang dicadangkan ialah sistem suku kata ritma.Istilah21.05.2013
Salam sejahtera, Mengenai lirik lagu rakyat "Ikan Kekek", adakah ejaan "iloi-iloi" di dalam ayat ini betul? "Ikan kekek mak iloi-iloi" Mengikut artikel majalah Dewan Budaya keluaran 1 Januari 1979 dari pengarang Usman Awang, judul yang tertera adalah "Ikan kekek mak eloi-eloi, ikan gelama mak elai-elai". Adakah ejaan ini yang paling tepat? Sekian, terima kasih.Ejaan yang tepat mengikut keselarasan vokal ialah ilui-ilui dan ilai-ilai. Dalam karya kreatif, penggunaan sesuatu perkataan lazimnya digunakan untuk menunjukkan ritma dalam sesebuah karya.Ejaan08.06.2020
Salam sejahtera. Di sini ada satu pertanyaan tentang lirik lagu kebesaran negeri Johor iaitu perkataan 'Nugerahkan dan perkataan naungkan, adakah ejaan bagi kedua-dua perkataan ini betul? atau 'Nugerahkan sebenarnya ejaan yang betul ialah Anugerahkan manakala naungkan ejaan betul ialah naungan? Terima kasih atas penjelasan tuan.
Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

Perkataan yang tepat ialah "Anugerahkan" dan "Naungan" seperti mana yang tuan fahami. 
Untuk makluman tuan, dalam penulisan karya sastera, ada sedikit "kebebasan" diberikan kepada pengkarya untuk menghasilkan karyanya yang diistilahkan sebagai  lesen puitis (poitic License). Kebebasan yang dimaksudkan adalah mengubah suai bahasa seperti ritma, kiasan kata, nahu dan susun kata mengikut keperluan pengkarya itu sendiri bagi melahirkan kesan tertentu.Biasanya lesen puitis lebih banyak melibatkan penyair, cerpenis, novelis dan termasuk penulis lirik lagu.
Sastera30.05.2017
Assalamualaikum. Bolehkah DBP beri senarai lengkap perkataan yang berakhir denyan huruf 'e taling' seperti sate, tauge, wade, dan seterusnya? Susah kerana tiada fungsi pencarian rima akhir di PRPM untuk pembuatan pantun. Sepatutnya ada kerana pantun khazanah kita yang boleh dipermudah dengan adanya teknologi pencarian di PRPM.

Perkataan “sate”, “tauge”,“wade” dan “sake” yang berakhir dengan huruf e-taling ada ditunjukkan dalam PRPM seperti contoh di bawah:

 

  1. (saté) sj makanan yg dibuat drpd potongan kecil daging yg dicucuk dan dipanggang (dimakan dgn kuah)
  2. /taugé/ kecambah kacang hijau dsb yg boleh dibuat sayur. 
  3. (wadé) sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal putih, berbentuk bulat dan berlubang di tengahnya.
  4. (saké) (Jepun) sj arak yg diperbuat drpd beras.

 

Semua perkataan tersebut ditunjukkan penggunaan e-taling dalam kurungan atau diapitkan dengan tanda miring bagi pengguna mengetahui ritma akhir. Tuan/puan boleh mengetahui perkataan yang menggunakan e-taling apabila huraian disertakan dengan teks dalam kurungan atau diapitkan dengan tanda miring.  

Ejaan16.06.2019

Kembali ke atas