Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[riu/] | ريوق

Definisi : terpulas, tergeliat, terpelecok, terpelekok: capik ~; patah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[riu/] | ريوق

Definisi : tergeliat (bkn kaki, tangan dll); terseliuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
riuk (kata kerja)
Bersinonim dengan tergeliat, terpelecok, terpelekok, terpulas, terpiuh.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu yang manakah betul sekiranya saya ingin memecahkan suku kata untuk perkataan-perkataan berikut: (perkataan-perkataan berikut akan diajar kepada budak-budak prasekolah) 1) ra.di.o ATAU ra.dio 2) ci.um ATAU cium 3) pe.ri.uk ATAU pe.riuk 4) ti.ung ATAU tiung 5) ti.up ATAU tiup 6) di.a ATAU dia 7) du.ri.an ATAU du.rian 8) si.a.pa ATAU sia.pa 9) a.ir ATAU air 10) ba.u ATAU bau 11) da.un ATUA daun Terima Kasih

Pemecahan (pemenggalan) suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan (berbeza dengan pemecahan sebutan). Pemecahan suku kata bagi senarai yang tuan berikan adalah seperti yang berikut:

(1)  ra.di.o

(2)  ci.um

(3)  pe.ri.uk

(4)  ti.ung

(5)  ti.up

(6)  di.a

(7)  du.ri.an

(8)  si.a.pa

(9)  a.ir

(10) ba.u

(11) da.un

Sila rujuk Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, DBP.

Tatabahasa13.08.2014

Kembali ke atas