Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata road how


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah tepat jika 'Central Spine Road' diterjemahkan sebagai Jalan Lingkaran Tengah?Untuk makluman tuan, belum ada padanan bahasa Melayu yang rasmi untuk Central Spine Road. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan bagi Central Spine Road ialah Lebuh Raya Utama Tengah. Jalan Llingkaran Tengah ialah cadangan padanan bahasa Melayu untuk Middle Ring Road.Istilah11.02.2014
Apakah erti "road trip" dalam bahasa Melayu? Sekiranya saya menggunakan padanan "perjalanan", maknanya seperti tidak tepat terutamanya dalam konteks "We are going on a road trip". Harap saudara dapat membantu.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "road trip' ialah kembara jalan raya.Istilah23.08.2016
Maaf, saya tidak jumpa ruangan untuk menaip terjemahan yang saya perlukan. Bagaimana untuk terjemah on and off road? Contoh On and off-road bike. Ini untuk kayuhan basikal atas jalan raya serta jalan tanah. Terima kasihPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "on and off road" ialah di atas dan luar jalan raya.Istilah11.11.2016
Salam sejahtera tuan/puan, Saya ingin bertanya tentang konsep "one belt one road", adakah sudah ada padanannya dalam bahasa Melayu? Terima kasih.Salam Sejahtera. Konsep “one belt one road” belum ada padanannya dalam bahasa Melayu. Jika konsep itu hendak digunakan dalam penulisan, perkataan tersebut perlu ditulis dengan tanda petikan atau dalam huruf condong (“one belt one road” atau one belt one road). Sekian. Terima kasih.  Istilah21.06.2017
Apakah maksud yang sesuai bagi "Road Trip"?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "road trip' ialah kembara jalan raya.Makna08.11.2016
Adakah istilah kejuruteraan yang tepat bagi Road Stud adalah pepaku jalan?Padanan bahasa Melayu bagi istilah road stud ialah mata jalan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah13.10.2023
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "Central Spine Road / Expressway"? Adakah "Jalan / Lebuh Raya Tulang Belakang Tengah"?Padanan bahasa Melayu bagi Central Spine Road ialah Lebuh Raya Utama Tengah dan Expressway ialah Lebuh Raya.Makna25.10.2010
Apakah terma road rage di dalam Bahasa Malaysia?Belum ada lagi istilah/terjemahan bagi istilah berkenaan dalam sumber rujukan kami. Cadangan daripada pihak kami terjemahan yang sesuai bagi road rage ialah pemanduan agresifMakna26.05.2017
Saya rasa ada keperluan untuk mencipta istilah luar jalan raya (off-road) yang lebih pendek dan ringkas kerana penggunaannya semakin meluas.Cadangan padanan bagi istilah off-road dalam bahasa Melayu ialah luar jalan raya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah31.03.2024
Apakah terjemahan paling tepat untuk istilah 'Belt and Road' (merujuk pada inisiatif yang digagaskan kerajaan China)?Tuan,

Dalam pangkalan data kami, terdapat perkataan "one belt one road" yang membawa maksud sejalur sejalan (bidang ekonomi).
Istilah28.04.2019
123

Kembali ke atas