Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ukuran panjang yg bersamaan dgn 16 kaki atau 5 ela atau 5.03 meter, pol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : satuan ukuran panjang yg panjangnya 16 kaki atau 5.03 meter. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rod I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, saya ingin meminta nasihat untuk terjemahan "Counting Rods", iaitu sejenis sistem angka purba Cina, dalam tulisan Cina ringkas:  Terima Kasih

Istilah counting rod tidak ada dalam pangkalan data kami. Padanan istilah bahasa Melayu untuk rod dalam bidang matematik ialah  batang atau rod. Padanan bahasa Melayu untuk counting ialah pembilang atau bilangan. Cadangan terjemahan ialah rod pembilang atau batang pembilang.

Istilah18.02.2011
1. Manakah lebih gramatis/tepat? 'Lekatkan paku tekan pada rod kaca menggunakan lilin lebur atau lilin cair'? 2. Jika ingin menyatakan larutan akueus klorin tanpa perkataan akueus, yang manakah adalah tepat: 'air berklorin' atau 'larutan klorin berair'? 3. Apakah istilah bahasa melayu untuk 'gas giants' dan 'ice giants' (kedua-duanya merujuk kepada kumpulan planet dalam sistem suria). Terima kasih.1. Dalam pangkalan data DBP, frasa yang digunakan ialah lilin cair
2. Penggunaan yang tepat ialah larutan berair klorin jika merujuk kepada air yang mengandungi klorin. Akan tetapi, jika merujuk kepada klorin yang mengandungi air, frasa yang harus digunakan ialah larutan klorin berair.
3. Untuk soalan nombor 3, kedua-dua istilah tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sungguhpun begitu, kami mencadangkan supaya digunakan frasa Planet Gas bagi istilah Gas Giant dan Planet Ais bagi merujuk Ice Giant.
Istilah25.10.2016
Saya perlu tahu terma berikut di dalam Bahasa Malaysia: 1) Hot rod 2) Flat(merujuk pada lapangan tasik bergaram yang telah menyejat) 3) roadster 3) belly tanker 4) lakester Terima kasih.Untuk makluman Saudara, berdasarkan semakan kami pada masa kini tiada istilah khusus bagi terma tersebut. Pihak Saudara boleh mengejanya secara miring (italic).Penyemakan dan penterjemahan02.11.2015
Assalamualaikum. 1. Bolehkah perkataan "mensanitasi" digunakan untuk "sanitising", dan "pemperibadian" untuk "personalisation"? 2. Apakah terjemahan/ringkasan untuk DBA ("doing business as") yang lazimnya diletakkan selepas nama sah syarikat dan diikuti oleh nama operasi syarikat berkenaan 3. Apakah padanan tepat untuk "probe" seperti "thermometer probe"? 4. Apakah terjemahan untuk "lowboy freezer" yang selalunya digunakan dalam persekitaran komersial seperti di restoran. Alat ini biasanya diletakkan di bawah kaunter. 5. Bolehkah frasa "Introduction to " diterjemahkan kepada "Pengenalan " tanpa sebarang kata sendi?  6. Selain daripada "sarung tangan", adakah istilah lain yang sesuai untuk "mitt" yang dipakai di dapur untuk mengangkat periuk/kuali panas?  7. Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan-perkataan berikut (dalam konteks penyediaan/keselamatan makanan):     - "holding time"  (kata nama)      - "steamwell/steam table" (kata nama)      - "skim"  (kata kerja)      - "skimmer"  (kata nama)      - "drain rod plunger" (kata nama)      - "polishing shortening"  (kata kerja) (salah satu langkah dalam proses membersihkan "fryer" di restoran

1.      1. Cadangan terjemahan bagi “sanitizing” ialah mensanitasikan, manakala terjemahan bagi personalization pula ialah personalisasi

2.      2. Mohon berikan contoh ayat bagi penggunaan ("doing business as") agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang sesuai mengikut konteks ayat.

3.      3. Terjemahan yang sesuai bagi “Probe” ialah kuar yang bermaksud Peranti pengukur yang diletakkan di persekitaran yang akan diukur

4.      4. Terjemahan yang sesuai bagi “lowboy freezer” ialah peti penyejuk beku di bawah kaunter

5.      5. Terjemahan yang sesuai bagi “introduction” ialah pengenalan, jika “introduction to” pula bermaksud pengenalan kepada yang perlu digunakan dalam ayat.

6.     6. Terjemahan yang sesuai bagi mitt ialah mit atau  sarung tangan

7.      7. Terjemahan yang sesuai bagi:

  • holding time - masa pegangan
  • steamwell/steam table - bain-marie
  • skim - skim
  • skimmer - sudip berlubang, penyejat, penyiring atau senduk
  • drain rod plunger – Pelocok Rod Saliran
  • polishing shortening – Penggilapan Lemak Sayuran

Makna22.04.2021
Apakah padanan Melayu bagi <i>cloth bolti>? Saya temukan perkataan <i>dingi> di entri Kamus Inggeris-Melayu Dewan, di entri kedua bagi bolt dalam erti ketujuh: <i>roll of woven fabric, wallpaper, etc,i> ding: <i>a ~ of silki>, sending kain sutera;. Tetapi di contoh ayat pada erti (sense) ketujuh entri tersebut menggunakan perkataan <i>sendingi>. • Saya turut membuat carian ding di PRPM namun, apabila saya menyertakan perkataan kain dalam carian, hasilnya tidak menunjukkan maksud bagi <i>cloth bolti> atau <i>bolt of clothi> tersebut.
Saya merujuk kepada data PRPM bagi kata bolt dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, dan dapatan carian saya adalah seperti yang berikut, iaitu:


bolt2
n
 1. sliding metal bar to fasten door, gate, etc, selak2. metal bar or rod in lock, kancing3. fastening rod or screw to take a nut, bolt4. sliding bar in breech-loading firearm, pengancing5. short arrow for cross bow, anak panah; 6. flash of lightning, panahan petir; 7. roll of woven fabric, wallpaper, etc, gulung: a bolt of silk, segulung kain sutera;


Kemungkinan ada masalah teknikal sewaktu tuan/puan membuat carian tersebut.

Adakah yang sebenarnya tuan/puan maksudkan ialah 'a bolt of cloth'? Jika ya, maka padanannya ialah 'segulung kain'. Berdasarkan kamus Collins English Dictionary dalam talian, a bolt of cloth is a long wide piece of it that is wound into a roll round a piece of cardboard. 

Makna17.12.2023

Kembali ke atas