Salam sejahtera, Adakah "steered wheel" sesuai diterjemahkan kepada "pengemudi roda" atau "roda dikemudikan"? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Mohon pendapat dan cadangan pihak tuan/puan. Terima kasih. | Mohon tuan/puan berikan penggunaan steered wheel dalam contoh ayat supaya boleh kami cadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 26.10.2018 |
Salam, apakah terjemahan untuk istilah yang merujuk kepada roda/tayar kereta kebal? Adakah betul jika diterjemahkan seperti berikut, trek berantai/roda berantai/tayar berantai. Untuk makluman, perkataan bahasa Inggerisnya ialah Track. Terima kasih. | Penggunaan yang paling sesuai ialah roda berantai bagi merujuk roda yang menggerakkan kereta kebal. | Istilah | 13.09.2012 |
Assalamualaikum, Saya ada terjumpa penggunaan perkataan iaitu BECA TIGA RODA. Apa bezanya dengan BECA RODA TIGA. Mana yang tepat? Terima kasih. | Waalaikummussalam... Kedua-duanya membawa maksud yang sama iaitu beca yang memiliki tiga roda. 'Beca Roda Tiga' merupakan pengggunaan perkataan yang tepat. | Istilah | 17.10.2012 |
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Seorang doktor perempuan sedang membawa pesakit untuk meletakkan di atas tilam. 2. Jururawat itu sedang membawa warga tua menaiki kerusi roda. 3. Jururawat Sakina sedang menyorong kerusi roda yang ada Pak cik Leng. 4. Seorang jururawat sedang membawa seorang lelaki yang duduk di atas kerusi roda itu. 5. Jururawat menolak kerusi roda yang diduduk oleh pesakit itu. 6. Seorang jururawat yang bernama Faizah sedang menyorong seorang pesakit tua. | 1. Seorang doktor perempuan sedang membawa pesakit untuk diletakkan di atas tilam. 2. Jururawat itu sedang menyorong warga tua yang menaiki kerusi roda itu. 3. Jururawat Sakina sedang menyorong kerusi roda yang dinaiki oleh Pak cik Leng. 4. Seorang jururawat sedang menyorong seorang lelaki yang duduk di kerusi roda itu. 5. Jururawat menolak kerusi roda yang diduduki oleh pesakit itu. 6. Seorang jururawat yang bernama Faizah sedang memimpin seorang pesakit tua. | Tatabahasa | 10.08.2013 |
apakah itu aci secra teori?,serta penggunaan aci di stesen janaelektrik?. | Aci merujuk pada batang logam tempat roda berpusing, gandar roda. Saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mendapatkan bahan-bahan berhubung dengan penggunaan aci. | Lain-lain | 13.03.2007 |
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Seorang jururawat menolak kerusi roda untuk pesakit kurang upaya. 2. Puan Sofea menolak kerusi roda yang dinaiki seorang pak cik. | Ayat pertama betul. Ayat kedua dibaiki seperti berikut:
Puan Sofea menolak kerusi roda yang dinaiki oleh seorang pak cik. | Tatabahasa | 05.08.2013 |
1. Ferris Wheel dalam bahasa malaysia ? terima kasih | Padanan Ferris Wheel dalam bahasa Melayu ialah roda Ferris. | Istilah | 03.02.2010 |
Apakah maksud "digilis"? | Digilis bermaksud ditindih dengan benda yang bulat berat sambil berputar berguling-guling, seperti roda kereta api dan sebagainya. | Tatabahasa | 03.05.2014 |
maksud TRANSMISI | (Kej) sistem gear, aci dsb (pd kereta dsb) yg menghantar kuasa drpd enjin utk memutarkan roda kenderaan: model kereta ini dilengkapi dgn sistem ~ gear automatik empat kelajuan. (Sila rujuk KD4 halaman 1713) | Makna | 27.09.2009 |
Apakah istilah yang digunakan bagi basikal yang beroda empat? Dalam bahasa inggeris, kenderaan ini dinamakan 'quadricycle'. Adakah basikal beroda empat boleh digunakan bagi terjemahan quadricycle? Terima kasih. Aznani | Tidak ada istilah yang khusus untuk basikal yang beroda empat. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "tricycle" bermaksud basikal roda tiga, oleh itu "quadricycle" boleh dimaksudkan sebagai basikal roda empat. | Istilah | 14.03.2018 |