sejarah bahasa rojak? pengertian bahasa rojak? penggunaannya dalam majalah hiburan? penguatkuasaannya? penggunaannya dalam lirik lagu? kesan daripada penggunaan bahasa rojak? | Artikel dibawah ada kaitan tentang topik tuan : 1. Zurinah Hassan. Jati diri bangsa dalam lirik Dewan Budaya 05 2006. 2. Ramli Sarip Citra bangsa dalam lirik Dewan Budaya 05 2006. 3. La Hami Ahmad Kelemahan Bahasa dalam Lirik Lagu Melayu Pelita Bahasa 09 2001 . 4. Lim Swee Tin Lirik lagu cerminan citra budaya bangsa Dewan Budaya 05 2006 . 5. Ahmad Ramli Melodi + lirik lagu = lagu yang baik Dewan Budaya 02 2007 . 6. Zuraini Abu Bakar Lirik Indah Bahasa Gagah Pelita Bahasa 04 2002 . 7. Wan Mohd. Saophy Amizul Wan Mansor Menentukan Citra Lirik lagu Melayu Pelita Bahasa 07 2003 . 8. Teo Kok Seong Moral dalam Lirik Lagu Under Ground Dewan Budaya 12 2003 . | Lain-lain | 07.12.2007 |
konsep/definisi bahasa rojak | Bahasa rojak ialah satu bentuk bahasa yang digunakan oleh masyarakat dengan mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Bentuk bahasa ini digunakan dalam bidang tertentu seperti bidang pengiklanan dan penyiaran. Contoh bahasa rojak yang digunakan pada satu ketika ialah ungkapan sureheboh.Kata ini diwujudkan dengan menggabungkan kata bahasa Melayu heboh dengan kata bahasa Inggeris sure. Maklumat lanjut tentang perkara ini boleh diperoleh dalam makalah dan kertas kerja yang boleh didapati di perpustakaan. | Lain-lain | 15.06.2007 |
apakah pengertian dan definisi bahasa rojak...asal- usul bahasa rojak dan sejarahnya. | Mohon rujuk bahan ini : 1. Bahasa asing dan bahasa rojak di tv kita | Abu Ubaidah | Dewan Masyarakat | 01/06/1998 | 2. 3. Bahasa Rojak di Malaysia dan Indonesia | Mazlan Nordin | Dewan Budaya | 01/05/2000 | 4. | Lain-lain | 15.07.2008 |
apakah istilah dan definisi bahasa rojak serta bagaiamana sejarah asal- usul mulanya wujud bahasa rojak tersebut???...tq. | Bahasa rojak ialah penggunaan bahasa yang bercampur aduk antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang digunakan secara lisan terutamanya oleh golongan yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Bahasa ini digunakan mengikut aliran pada sesuatu masa. Isu bahasa rojak telah dibincangkan dalam banyak seminar dan majalah terbitan DBP sendiri pernah membuat keluaran khas mengenainya. Sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk mendapatkan artikel yang berkaitan. | Makna | 16.07.2008 |
1. Apakah yang dimaksudkan 'bahasa rojak'?~Jika pertuturan menggunakan bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, tetapi gramatikal, bolehkah dianggap bahasa rojak? | Salam sejahtera, Tuan, Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Situasi ini berlaku dalam konteks lisan sama ada rasmi atau tidak rasmi dan bukannya dalam penulisan, khususnya penulisan ilmiah. Dalam penulisan kreatif seperti dialog komik, ada kecenderungan menggunakan bahasa rojak dalam dialog watak-wataknya. Bahasa rojak tidak menggunakan tatabahasa yang betul. Penggunaan bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, dalam pertuturan walaupun gramatikal, dianggap bahasa rojak. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut. Sekian.
| Makna | 26.07.2017 |
Soalan: 1. Mengapa pencampuran bahasa tidak sesuai dalam sesuatu ayat.... contoh- " kita kena buat adjustment lah".... | Kita seharusnya menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan baik. Bahasa yang dinyatakan ialah bahasa rojak. Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Penggunaan bahasa rojak menunjukkan penguasaan seseorang penutur bahasa Melayu sangat lemah dan tidak mempunyai semangat cintakan bahasa kebangsaan. | Tatabahasa | 29.03.2013 |
apakah bahasa rojak dan bagai manakah cara mengatasinya? | Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Situasi ini berlaku dalam konteks lisan sama ada rasmi atau tidak rasmi dan bukannya dalam penulisan, khususnya penulisan ilmiah. Dalam penulisan kreatif seperti dialog komik, ada kecenderungan menggunakan bahasa rojak dalam dialog watak-wataknya. Bahasa rojak tidak menggunakan tatabahasa yang betul. Cara mengatasi bahasa rojak ialah pengguna hendaklah mengikut sistem dan tatabahasa yang betul, laras yang sesuai dan tidak mencampurkan bahasa Melayu dnegan bahasa-bahasa asing. | Makna | 21.07.2008 |
mengenai masalah bahasa rojak yang di gunakan di malaysia, bagaimana kah cara mengatasi nya? adkah ia memudaratkan bahasa melayu? atau menjatuhkan martabat bahasa melayu? | Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa rojak jejaskan bahasa MElayu : Lia, Agatha. Dewan Siswa.1/06/2006. 2. Bahasa rojak mencemarkan bahasa Melayu . Juanaidah Ahmad Ghazali.Pelita Bahasa. 1/06/2004 3. Bahasa rojak nilai rasmi bahasa kebangsaan luntur. Awang Sariyan. Dewan Masyarakat.1/07/2004 4. Bahasa rojak perosak bahasa Melayu. Nik Safiah Karim. Pelita Bahasa.1/06/2004 | Lain-lain | 18.01.2008 |
sila berikan maksud sebenar bahasa rojak dan terangkan dengan lebih terperinci.Terima Kasih. | Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Situasi ini berlaku dalam konteks lisan sama ada rasmi atau tidak rasmi dan bukannya dalam penulisan, khususnya penulisan ilmiah. Dalam penulisan kreatif seperti dialog komik, ada kecenderungan menggunakan bahasa rojak dalam dialog watak-wataknya. Bahasa rojak tidak menggunakan tatabahasa yang betul. | Makna | 09.03.2008 |
implikasi-implikasi bahasa rojak | Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Bahasa rojak ialah bahasa yang tidak menggunakan tatabahasa yang betul. Implikasi atau kesan penggunaan bahasa rojak boleh merosakkan bahasa Melayu dan pengguna tidak dapat membezakan antara bahasa yang betul dengan tidak, melahirkan bangsa Malaysia yang tidak berdaya maju dan kurang berilmu dan seterusnya boleh menyebabkan hilangnya jati diri kita sebagai masyarakat Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan lain. | Lain-lain | 06.02.2009 |