roller skate | luncur ais | Istilah | 15.11.2008 |
salam sejahtera Tuan, Apakah perkataan bahasa Melayu bagi "paint roller"? Terima kasih. | Untuk makluman, istilah "paint roller' tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "roller" yang padanan bahasa Melayunya ialah penggelek. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "paint roller" ialah penggelek cat. | Istilah | 08.02.2013 |
Salam. Saya ingin meminta pandangan berkenaan terjemahan Bahasa Melayu untuk istilah 'facial roller' atau 'beauty roller' yang merujuk pada alat yang digunakan dengan kaedah menggelek pada bahagian wajah. Apakah terjemahan Bahasa Melayu yang terbaik untuk istilah tersebut? Bolehkah saya menggunakan istilah Penggelek Muka? | Cadangan padanan yang sesuai ialah Penggelek Muka. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.04.2021 |
roller bearing galas atau alas? dalam PRPM terdapat dua definisi ini, alas untuk roller adakah betul | 3. Menurut kamus bahasa Melayu DBP, alas bermaksud (Kej) bahagian-bahagian di dlm enjin yg memusingkan suatu gandar atau yg memegang gandar yg berpusing; . Oleh itu penggunaan yang tepat bagi roller-bearing ialah Alas Penggulling. | Istilah | 21.02.2019 |
Salam, Apakah cadangan terjemahan untuk roller-coaster dan bungee jumping? Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "roller-coaster" dan "bungee jumping". Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "bungee jumping" ialah terjun lelabah. Perkataan "roller-coaster" dikekalkan dan diitalikkan ejaannya dalam bahasa Melayu. | Istilah | 04.04.2013 |
Saya ingin bertanya apakah istilah bahasa Melayu yang perkataan berikut: -Variable Refrigerant Flow (VRF) -Private Automatic Branch Exchange (PABX) -Fan Coil Unit (FCU) -Central Direct Expansion System (DX) Water Cooled System -Booster Pump -Roller Shutter atau Fire Roller Shutter - Fire Fighting Pump -Submersible Pump - Air Curtain | Cadangan padanan bagi istilah-istilah berikut dalam bahasa Melayu ialah seperti yang berikut: 1. variable refrigerant flow (VRF) - aliran penyejuk boleh ubah (VRF) 2. private automatic branch exchange (PABX) - ibu sawat cawangan swaautomatik (PABX) 3. fan coil unit (FCU) - unit gegelung kipas (FCU)_ 4. central direct expansion system (DX) - sistem pengembangan langsung pusat 5. water cooled system - sistem penyejukan air 6. booster pump - pam penggalak 7. roller shutter - penutup gendela gulung 8. fire roller shutter - penutup gendela gulung kebakaran 9. fire fighting pump - pam pencegah kebakaran 10. submersible pump - pam selam / pam boleh tenggelam Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 23.04.2024 |
Salam. Apakah terjemahan bagi 'roller coaster'? Terima kasih. | Perkataan "roller-coaster" dikekalkan dan diitalikkan ejaannya dalam bahasa Melayu. | Ejaan | 13.01.2015 |
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "roller" iaitu sejenis spesies burung? Contoh: Lilac breasted roller. | Istilah spesies burung ini ini tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapat padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 09.12.2016 |
ASSALAMUALAIKUM, Bolehkah perkataan menguji terima digunakan bagi tajuk sebut harga seperti di bawah ;KERJA-KERJA MEMBAIKI, MENYELENGGARA SERTA MENGUJITERIMA PINTU 'ROLLER SHUTTER' DI STOR PUKAL MENARA KASTAM JOHOR. Pihak kontraktor perlu membuat pengujian terlebih dahulu bagi memastikan roller-shutter door yang dipasang berfungsi dengan baik Sekian terima kasih | Waalaikumsalam, Untuk makluman tuan/puan perkataan/istilah “menguji terima” tidak terdapat dalam pangkalan data DBP , oleh itu, sila berikan ayat penuh atau istilah dalam bahasa Inggeris supaya pihak kami boleh memberikan konsep dan terjemahan yang betul dalam bahasa Melayu atau berdasarkan ayat tuan, tajuk sebut harga tersebut boleh digunakan seperti ini; KERJA-KERJA MEMBAIKI, MENYELENGGARA SERTA MENGUJI PINTU 'ROLLER SHUTTER' DI STOR PUKAL MENARA KASTAM JOHOR. | Istilah | 11.02.2019 |
1) Mohon perkataan yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk Pintu "Roller Shutter" 2) Adakah "Kejuruteraan Awam" juga boleh ditulis secara rasmi dan berwasit sebagai Kejuruteraan Sivil" 3) | Padanan bahasa Melayu bagi istilah roller shutter ialah penutup gendela gulung dan istilah civil engineering ialah kejuruteraan awam. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 30.08.2023 |