Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = negeri ~ sl Byzantium (Istanbul), Turki; 2. ibu negeri Itali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist singkatan bagi read only memory (ingatan baca sahaja). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Adakah anda bermaksud : ram,Rom,rem,room,rim

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rom


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Untuk "Gallo-Roman" dalam bidang sejarah yang mana satu terjemahan betul? Gallo-Rom atau Gaul-Rom? Atau kedua-duanya boleh digunakan?
Menurut kamus Collins dalam talian, Gallo- dihuraikannya sebagai a combining form representing Gallic in the formation of compound words. 

Daripada sumber Google Books pula menunjukkan ada penulis yang meminjam kata Gallic (Gallic-Roman) kerana Gallic ialah kata Inggeris dan bentuk adjektif untuk Gaul.

Dalam data kamus DBP, padanan kata Gallic ialah Gaul, manakala padanan kata Roman ialah Rom (empayar, kuasa).

Jadi untuk konteks sejarah, gunakanlah "zaman Gaul-Rom" atau "bahasa Gaul-Rom" untuk merujuk kepada era apabila budaya Gaul dan Rom bercampur di wilayah Gaul (Perancis kuno).

Ejaan20.05.2025
Tuan Munsyi, kata "Rom" atau "Roma" betul bagi padanan kata "Rome" dalam bahasa Inggeris?Ejaan yang betul ialah Rom.Penyemakan dan penterjemahan10.05.2015
Adakah perkataan purba dalam Mesir purba, Yunani purba, Rom purba sepatutnya huruf besar? Atau kecil?

Huruf besar digunakan untuk kata nama khas yang merujuk kepada sesuatu yang khusus, contohnya, nama tempat, bangsa, bahasa dan tamadun, seperti Mesir, Yunani dan Rom. Huruf kecil pula digunakan untuk kata nama am atau perkara yang umum sifatnya, sama ada bersifat konkrit atau abstrak. Oleh yang demikian, ejaan yang betul ialah Mesir purba, Yunani purba dan Rom purba.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 84 hingga 86. 

Tatabahasa19.08.2025
Betulkah ayat ini? 1) Sebuah pusat latihan polis di Melaka telah membentuk pelajar untuk menjadi wira negara. 2) Azizul Hasni Awang berjuang berhabis-habisan untuk memartabatkan sukan negara. 3) Tentera Rom telah menguasai salah satu daerah di parsi setelah menumpaskan raja Hercules. 4) Erry menolong ibunya mengangkat barang di dalam kereta.
  1. Ayat yang diberikan adalah betul
  2. Ayat yang diberikan adalah betul
  3. Ayat yang betul ialah Tentera Rom telah menguasai salah satu daripada daerah di Parsi setelah menumpaskan Raja Hercules.
  4. Ayat yang betul ialah Erry menolong ibunya mengangkat barang daripada kereta.

Tatabahasa07.07.2022
Apakah sebutan bagi perkataan *mengangkat* dan *berombak*, 1)me.ngang.kat. atau Meng.ang.kat 2)be.rom.bak atau ber.om.bakBerikut merupakan penggalan bagi sebutan meng/ang/kat dan ber/om/bak.Tatabahasa11.01.2013
siapakah golongan marhaen?Dalam bidang sejarah golongan marhaen dikelaskan kepada golongan bawahan atau rakyat biasa dalam tata tingkat masyarakat pada zaman Rom purba, sebab itulah dalam Kamus Dewan rakyat jelata seperti petani, nelayan, dan sebagainya dikatakan sebagai golongan marhaen.Makna04.10.2009
maksud perlindunganMakna perlindungan ialah tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan, dll): pemerintahan Ghassan sentiasa mendapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif;Makna08.11.2009
Assalamualaikum. Berikut ada beberapa ayat yang mengelirukan penggunaan “bawah” dan “di bawah”. Maka, yang manakah ayat yang betul? 1. Kanak-kanak berumur bawah lima tahun dilarang masuk atau Kanak-kanak berumur di bawah lima tahun dilarang masuk. 2. Negeri-negeri di bawah angin atau Negeri-negeri bawah angin. 3. Markahnya di bawah markah saya atau Markahnya bawah markah saya. 4. Di bawah taklukan Empayar Rom atau Bawah taklukan Empayar Rom. 5. Di bawah akta atau Bawah akta. 6. Di bawah pengaruh dadah atau Bawah pengaruh dadah. Terima kasih.

Ayat yang betul ialah:

  1. Kanak-kanak di bawah umur lima tahun dilarang masuk.
  2. Negeri-negeri bawah angin.
  3. Markahnya di bawah markah saya.
  4. Di bawah taklukan empayar Rom.
  5. Di bawah akta.
  6. Di bawah pengaruh dadah.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 226.

Tatabahasa21.02.2025
Dalam terjemahan sari kata rancangan tv untuk perkataan pope, perlukah pope dikekalkan dengan menjadikannya italic? adakah menggunakan perkataan 'paus' salah atau tidak wajar dalam terjemahan Bahasa Inggeris kepada B.Melayu bagi perkataan pope?Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "pope" ialah paus (bidang Sejarah). Dalam Kamus Dewan edisi keempat, paus bermaksud biskop di Rom yg mengetuai gereja Roman Katolik. Oleh itu, perkataan paus adalah betul dan boleh digunakan.Istilah29.05.2012
Hai minta betulkan ayat di bawah : 1) Ali telah membentuk dirinya untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab. 2) Rasulullah memartabatkan wanita di tempat yang tinggi kerana ia mulia di sisi Allah. 3) Ani telah menguasai syarikat itu setelah ayahnya sudah meninggal. 4) Ali merupakan seorang yang tegas dalam kebersihan. 5) Menantu perempuan Eli juga mati semasa melahirkan anak. 6) Sebuah pusat latihan polis di Melaka telah membentuk pelajar untuk menjadi wira negara. 7) Tentera Rom telah menguasai salah satu daerah di Parsi setelah menumpaskan raja Hercules. 8) Kita perlulah membentuk sikap cemerlang di sekolah. 9) Allah yang menguasai segalanya. 10) Mesin itu berfungsi dengan baiknya. 11) Kanak-kanak perlu menguasai ilmu fardhu ain dari sejak kecil lagi. 12) Darah melambangkan nyawa.Pihak DBP hanya memberikan khidmat nasihat bahasa kepada orang awam. Untuk soalan seperti di atas, sila betulkan dahulu ayat tersebut dan kemudian boleh dihantar kepada pihak DBP untuk penyemakan bagi jawapan/ayat yang betul.Lain-lain13.07.2022
12

Kembali ke atas