Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = cerita ~ 1. = buku ~ cerita panjang yg ditulis dlm bentuk prosa, novel: ~ ini diĀ­karang oleh Tuan Hamka sebelum Perang Dunia Kedua meletus; ~ kodian (picisan) roman yg sangat rendah nilai sasteranya; ~ masyarakat roman yg menceritakan hal-hal masyarakat; ~ sejarah roman yg berasaskan sejarah; 2. bp percintaan, romen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = cerita (buku) ~ cerita panjang yg ditulis dlm bentuk prosa; novel. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
roman (kata nama)
Bersinonim dengan roman muka, peroman, rupa, paras, muka, wajah, raut muka, tampang muka, air muka.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagi istilah 'overnight' sebagai adjektif, Kamus Dwibahasa telah memberi contoh berikut: 'we had three overnight guests'. Terjemahannya ialah 'tiga tetamu bermalam di rumah kami'. Di sini adakah 'tetamu bermalam' terjemahan bagi 'overnight guests' dan oleh itu 'bermalam' adalah adjektif? Yang mana kata kerja bagi ayat ini? Harap mendapat penjelasan . Tk.

Tengku Noraidah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

.

Roman" size="3"> Roman">Jawab:  1. Kebanyakan orang mengatakannya demikian, kerana frasa tersebut merupakan Roman">     singkatan frasa tetamu yang bermalam (semalman/satu malam).  Roman">     Kata overnight dapat diterjemahkan sebagai Roman">      (i) semalam atau satu malam. Roman">            Kata  semalam ialah adverba jati yang berfungsi sebagai keterangan. Satu Roman">      malam juga dapat berfungsi sebagai adverba, juga sebagai frasa nama [satu Roman">      (KN)  & malam (KN) penerangnya] seperti dalam ayat:  Satu malam   (subjek) Roman">       / tidak cukup untuknya menyelesaikan kerja itu (predikat).Roman">      (ii) bermalamRoman">             Bermalam ialah kata kerja tak transitif (bukan adjektif), maksud kata ini Roman">       ialah  tidur  semalam/satu malam. Tetapi, kalau bermalaman ertinya lain Roman">       pula.   Bermalaman berbaksud tidur bersama atau berseketiduran.Roman">       (Cuma pandangan saya sahaja: mengapa tidak kita katakan tetamu malaman? Roman">         Kita sudah ada seniman jalanan – fikir-fikirkan!)Roman" size="3"> Roman">   2. Kata bermalam bukan adjektif, tetapi kata kerja tak transitif.  Hal ini ditandai Roman">       oleh awalan ber- pada kata malam itu.Roman" size="3"> Roman">  3.  Berdasarkan ayat:  3 tetamu bermalam di rumah kami.  Subjek ayat ini ialah 3 Roman">       (orang) tetamu; dan predikat ayat bermalam di rumah kami.  Kata kerja Roman">       dalam ayat ini ialah bermalam.Roman">    Roman" size="3"> 

 

Tatabahasa08.04.2009
maksud saya bagi format surat rasmi yang terkini adalah contoh format surat rasmi: (i) adakah alamat kepada pengirim perlu tanda koma? (ii) format tarikh (contoh : 19hb April,2011) adakah ditulis sebegitu? (iii) adakah nama diakhir surat perlu dibubuh dalam kurungan dan huruf besar (contoh: (ROSZIANAWATY)?Puan, Cara menulis alamat, tarikh dan penama orang yang menandatangani surat mengikut gaya Dewan adalah seperti yang berikut: (i)Roman'">            Butiran yang perlu ada pada alamat:a.Roman'">    nama dan gelaran jawatan diakhiri dengan tanda komab.Roman'">    alamat penuh penerima diakhiri degan tanda koma (kecuali baris akhir)c.Roman'">    alamat penerima diakhiri dengan tanda noktah Contoh: Puan Siti Nordiana binti Abdullah,Unit Berita Radio RTM,Jabatan Penyiaran Malaysia,Wisma Radio, Angkasapuri,50614 KUALA LUMPUR.  atau  50614 Kuala Lumpur. (ii)Roman'">          19 April 2010 (iii)Roman'">     Cara  menulis nama orang yang menandatangani surat adalah seperti yang berikut:  Saya yang menurut perintah,    (ROSZIANWATY BINTI ...)Ketua Bahagian ...b.p. Ketua Pengarah     Lain-lain19.04.2011
Syarikat saya bercadang untuk mengadakan promosi untuk satu produk baru yang di adakan dengan kerjasama antara KL Monorail dan bas KL HOP ON HOP OFF, jadi kami sedang mencari 1) Soalan saya, adakah ayat di bawah sesuai digunakan? Ronda-ronda Kuala Lumpur dengan hanya satu tiket sahaja-RM20 2) Apakah makna atau maksud penuh bagi perkataan ronda-ronda? 3) Adakah perkataan lain yang sesuai digunakan bersesuaian dengan perkataan ronda-ronda tersebut.

Roman" size="3">1) Roman">Ronda Kuala Lumpur dengan hanya satu tiket bernilai RM20.

Roman" size="3"> 

Roman">2) makna ronda-ronda

Roman">Ronda:- = merondaRoman" size="3"> 1.berjalan berkeliling kerana berkawal (menjaga keselamatan): polis ~ di jalan-jalan raya utk mencegah berlakunya rusuhan; 2. perbuatan berjalan berkeliling kerana berkawal; 3. = peronda orang atau sesuatu yg menjaga keselamatan (di jalan raya, di laut, di kampung, dll): polis ~; askar ~; kapal peronda; 4. Mn bersiar-siar, makan angin;Roman" size="3"> 

Roman">3) i-Roman">Bersiar-siar

Roman">    ii-  Jalan-jalan

 
Lain-lain16.12.2008
Askm.Saya ingin bertanyakan beberapa soalan mengenai maksud arahan dan soalan:ARAHAN:-Tulis perkataan BETUL pada penyataan betul dan SALAH pada penyataan salah dibawah. Soalan: Ayah,boleh saya tolong ayah mencuci kereta. Jawapan - BETUL. 1. Apakah maksud penyataan dalam konteks arahan ini? 2. Perlukah ayat (soalan)perlu diletak tanda soal di akhir ayat?(kerana tidak salah saya hanya ada perkataan kata tanya sahaja perlu diletak ini kerana ia adalah ayat penyata). 3. Kalau perlu diletak tanda baca,adakah ayat itu salah dan jawapannnya adalah SALAH dalam konteks arahan?kenapa? terima kasih.

Puan Norsyariza,Berdasarkan ayat yang diberikan oleh puan, iaitu: Ayah, boleh saya tolong ayah mencuci kereta.   (1) Dalam menentukan jenis ayat ini, puan disarankan agar mengenal pasti jenis-jenis ayat  dalam bahasa Melayu. Ayat  bahasa Melayu  boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu  (i) ayat penyata, (ii)ayat tanya, (iii) ayat perintah dan (iv) ayat seruan.(i) Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal.  Contoh ayat: Abdullah sedang tidur.(ii) Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Contoh ayat: Siapakah orang itu?(iii) Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu suruhan, larangan, silaan dan permintaan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut:(i) Ayat suruhan (ii) Ayat larangan (iii) Ayat silaan  dan (iv) Ayat permintaan. Roman'"> Ayat suruhan ialah ayat yang digunakan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Contoh ayat: Keluar kamu dari bilik ini!.Roman'">   Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Contoh ayat: Jangan ambil harta orang.Roman'">  Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Contoh ayat: Sila serahkan borang ke pejabat. Roman'">    Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan, seperti minta dan tolong, dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Contoh ayat: Tolong tutup pintu itu. Ayat seruan ialah ayat yang disertai kata seru dan diakhiri dengan tanda seru (!). Contohnya: Aduh, sakitnya kepalaku!

    Berdasarkan ayat puan seperti di atas, maka jelaslah ayat ini merupakan  ayat permintaan. Hal ini demikian, kerana anaknya memohon permintaan untuk menolong ayahnya mencuci kereta.  Tambahan kata yang digunakan ialah "tolong".

 (2) Contoh ayat yang puan berikan ini tidak perlu diletakkan tanda tanya (?) kerana ayat ini bukan ayat tanya atau ayat seruan. 

Tatabahasa23.03.2009

Kembali ke atas