Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
roman (kata nama)
Bersinonim dengan roman muka, peroman, rupa, paras, muka, wajah, raut muka, tampang muka, air muka.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sudah agak lama saya 'terputus hubungan' dgn DBP sebaik saja saya melangkah ke alam pekerjaan. Saya mempunyai beberapa naskhah cerpen yg pernah disiarkan oleh RTM Sabah hampir 20 thn lalu dan berminat utk dibukukan. Bagaimana prosedur menghantar contoh naskhah tersebut?

Prosedur menghantar manuskrip adalah seperti berikut:

1.Roman'">        Jumlah cerpen sebaik-baiknya 20 cerpen atau lebih.

2.Roman'">       Pastikan anda mendapatkan izin terbit daripada penerbit asal sekiranya anda ingin menerbitkan semula cerpen-cerpen yang telah tersiar  di majalah, akhbar atau terbitan lain.

3.Roman'">       Taip manuskrip anda dalam jarak langkau dua baris (double spacing) pada sebelah halaman kertas sahaja pada kertas A4. Tuliskan muka surat manuskrip secara berurutan daripada cerpen pertama sehingga cerpen terakhir.

4.Roman'">       Sediakan halaman Kandungan serta muka suratnya.

5.Roman'">       Tulis judul manuskrip dan nama penulis pada kulit manuskrip.

6.Roman'">       Jilid manuskrip dengan kemas.

7.Roman'">       Kirimkan satu salinan manuskrip bercetak kepada Ketua Editor Buku Sastera (bagi pembaca dewasa), atau kepada Ketua Editor Buku Kanak-kanak dan Remaja (jika pembacanya kanak-kanak atau remaja). Sertakan satu salinan digital manuskrip tersebut (dalam CD atau disket). Sertakan juga sedikit biodata anda, alamat dan nombor telefon atau e-mel, serta nama waris anda (isteri, anak dsb.) serta alamat mereka.

Lain-lain09.03.2011

Kembali ke atas