Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rom.pa.kan]/[rom.pa/.kan] | رومڤقن

Definisi : kejadian merompak: ~ itu ber­laku sewaktu mereka tidak ada di rumah; ~ bersenjata rompakan dgn (si perompak) meng­gunakan senjata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rom.pa.kan]/[rom.pa/.kan] | رومڤقن

Definisi : 1 kejadian merompak: ~ itu berlaku di sebuah bank di Kuala Lumpur. 2 hasil merompak: Barang-barang ~ itu disembunyikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rompak
Kata Terbitan : merompak, rompakan, perompak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
definisi & pengenalan rompakanRompakan didefinisikan sebagai mencuri dengan cara memecah rumah orang, mengambil barang orang secara paksa atau perampasan barang dan harta secara paksa.Makna12.01.2007
Polis menahan sebuah kereta yang dinaiki oleh dua orang lelaki, yang dipercayai digunakan dalam satu rompakan kedai emas. Soalan: Mengapakah perkataan "dipercayai" boleh digunakan dalam ayat tersebut? ini kerana kalau diaktifkan imbuhan "diper....i" akan menjadi "memper...i", sedangkan imbuhan "memper...i" hanya boleh menerima empat perkataan iaitu "memperingati, mempersuami, memperisteri, memperkawani".Ungkapan 'dipercayai' dalam ayat tersebut boleh digunakan kerana perkataan tersebut menggunakan imbuhan di-...-i bukannya diper-...-i. Kata dasar perkataan tersebut ialah percaya bukannya caya. Sekiranya perkataan tersebut hadir dalam ayat aktif transitif ia akan menerima apitan meN-...-i, iaitu mempercayai bukannya mempeR-...-i.Tatabahasa20.09.2007
apakah perbezaaan antara perkataan tentang dan mengenaiMerujuk kepada buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud "rujukan" sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad, iaitu kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi "hal" yang diperlakukan atau dibicarakan. Contohnya: Mereka berbincang "tentang" masalah negara. Contoh kedua, Kami berbual tentang kejadian rompakan itu. Selain itu, sebagai makluman saudara juga, kata sendi nama tentang juga sering digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai dan mengenai dengan. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud "kena pada". Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut : Tembakan peluru itu mengenai sasarannya. Contoh kedua : Bola yang ditendangnya mengenai palang gol.Lain-lain18.10.2007
Apakah bezanya antara tentang dengan mengenai? Saya lihat beberapa keterangan di bahagian khidmat nasihat mengatakan boleh menggunakan tentang = mengenai. Jika tatabahasa baru mengatakan mengenai tidak boleh digunakan, kenapa syarikat DAWAMA menggunakan 'mengenai kami' di lamannya?Merujuk kepada buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud "rujukan" sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad, iaitu kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi "hal" yang diperlakukan atau dibicarakan. Contohnya: Mereka berbincang "tentang" masalah negara. Contoh kedua, Kami berbual "tentang" kejadian rompakan itu. Selain itu,  kata sendi nama tentang juga sering digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud "kena pada". Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut : Tembakan peluru itu mengenai sasarannya. Contoh kedua : Bola yang ditendangnya mengenai palang gol. Walau bagaimanapun, penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang serupalah dengan penggunaan bentuk kata kerja lain seperti melalui, mengikuti dan menerusi, iaitu berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun kata-kata ini sebenarnya tergolong dalam kata kerja. Contoh penggunaan kata kerja ini sebagai kata sendi nama adalah seperti yang berikut: Antar laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan.Tatabahasa16.12.2012
Apakah perbezaan antara perkataan 'tentang', 'mengenai' dan 'terhadap' serta penggunaannya dalam konteks ayat? Contoh : Pegawai itu memberi taklimat mengenai / tentang pengambilan makanan seimbang. Penggunaan perkataan manakah yang paling sesuai, tentang atau mengenai?1. Kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contohnya:
i. Mereka berbincang tentang masalah negara.
ii. Kami berbual tentang kejadian rompakan itu.
3. Pegawai itu memberi taklimat tentang pengambilan makanan seimbang.

2. Perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut:
1. Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya.
ii. Bola yang ditendangnya mengenai palang gol.

3. Kata sendi nama "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contohnya:
i. Seorang ketua harus bersikap adil terhdap anak buahnya.
ii. Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang.
iii. Air bersifat lengai terhadap logam adi.
Tatabahasa15.09.2012
Tuan,mohon penjelasan tuan tentang penggunaan kata , " demi dan untuk", "agar dan supaya", " tentang dan mengenai". Sekian terima kasih.1. Kata sendi nama "demi" bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya, Rakyat Malaysia Mesti bersatu demi kestabilan Negara. Manakala kata sendi nama "untuk" dan "bagi" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya, Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sedang dibina.
2. Agar dan supaya boleh bertukar ganti penggunaannya.
3. Kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud "rujukan" sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad, iaitu kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi "hal" yang diperlakukan atau dibicarakan. Contohnya: Mereka berbincang "tentang" masalah negara. Contoh kedua, Kami berbual tentang kejadian rompakan itu. Selain itu, sebagai makluman saudara juga, kata sendi nama tentang juga sering digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai dan mengenai dengan. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud "kena pada". Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut : Tembakan peluru itu mengenai sasarannya. Contoh kedua : Bola yang ditendangnya mengenai palang gol.
Tatabahasa23.05.2013
Apakah perbezaan antara 'berdampingan', 'bergandingan' dan 'berdekatan' dari segi penggunaan istilah?

 

 Puan Lee terima kasih kerana menghubungi KNBDBP,

berikut diberikan makan seperti yang ditanya.

berdampingan - berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), berdekatan, berapat-rapat: dia hanya ingin ~ dgn Busu; 2. bergandingan, bersama-sama (menghadapi atau mengusahakan sesuatu): dia harus ~ serapat-rapatnya dgn saudaranya dlm usaha menyelesaikan masalah itu;

 berganding - berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; ~ tangan a) berpegangan tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; ~ tenaga menggunakan tenaga bersama utk melakukan sesuatu, berpadu tenaga, bekerjasama (dgn erat);

berada atau terletak dekat (dgn sesuatu tempat), berhampiran: rakit itu kemudiannya dihanyutkan ke dlm sungai yg ~; kejadian rompakan itu telah dilaporkan ke balai polis yg ~; 2. = berdekat-dekatan; 3. dekat (dgn sesuatu), berhampiran (dgn);

Makna06.01.2010

Kembali ke atas