Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.na] | رونا

Definisi : 1. warna: berkain batik lepas ~ biru tua; 2. warna muka, roman muka: ~ mukanya berubah menjadi marah; hilang ~ kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang prb orang yg tidak berwang dipandang rendah; serona sewarna, serupa; berona berwarna, berupa elok warnanya (rupanya); meronai menjadikan sesuatu menarik atau mengghairahkan: cerpen-cerpennya sentiasa dironai oleh aneka latar sosial; meronakan memberikan rona, me­warna­kan: karya sastera yg bernada protes dlm masyarakat Melayu turut ~ corak dan bentuk sastera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rona

Peribahasa

Jikalau tiada rial di pinggang,
     saudara yang rapat menjadi renggang.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maksud Tintarona (dijumpai dalam laman web Utusan Publication). Telah mencari pada kamus dewan. Tiada entri dijumpaiTintarona sepatutnya dieja dalam dua perkataan, tinta dan rona. Tinta membawa maksud dakwat Manakala rona merupakan dialek negeri Kedah yg membawa maksud warna. Kesimpulannya, tinta rona membawa maksud warna dakwat dalam bahasa standardnya. T.kasih.Makna14.07.2008
Wujudkan perkataan 'tona' untuk menggambarkan warna misalnya 'tona kulit, tona hitam'? Carian saya menemui 4 padanan di dalam istilah namun tiada yang berkaitan dengan warna.Bagi warna, perkataan yang tepat untuk "tone" ialah rona. Sila rujuk makna rona dalam Kamus Dewan.Makna12.02.2007

Kembali ke atas