Selamat sejahtera, Merujuk kepada jawapan khidmat nasihat bertarikh 27.01.2018, jika bunga ros ialah kata nama am, adakah bunga ros jepun dan Portulaca Grandiflora (nama saintifik bunga ros jepun) tergolong dalam kata nama khas? | Bunga Ros Jepun (Portulaca Grandiflora) ini tergolong dalam kata nama khas. | Lain-lain | 11.02.2021 |
Selamat sejahtera, Merujuk kepada jawapan khidmat nasihat bertarikh 27.01.2018, jika bunga ros ialah kata nama am, adakah bunga ros jepun dan Portulaca Grandiflora (nama saintifik bunga ros jepun) tergolong dalam kata nama khas? | Bunga Ros Jepun (Portulaca Grandiflora) ini tergolong dalam kata nama khas. | Lain-lain | 06.02.2021 |
Saya inginkan kepastian tentang kedudukan perkataan bunga raya,bunga orkid, bunga ros dan bunga refelsia.Adakah perkataan / frasa ini tergolong sebagai kata nama khas, katanama am atau kata majmuk. | Perkataan bunga raya,bunga orkid, bunga ros dan bunga refelsia tergolong sebagai kata nama khas. | Tatabahasa | 18.05.2008 |
Saya ingin bertanya apakah nama-nama tempatan tumbuhan seperti bunga raya, bunga ros, durian belanda dan sebagainya tergolong dalam kata nama am ataupun khas? Terdapat dua jawapan berbeza berdasarkan tahun di arkib khidmat nasihat. Apabila digunakan sebagai tajuk, adakah perlu saya menggunakan ia sebagai kata nama khas? Contohnya 'Pokok Durian Belanda' atau saya masih boleh menggunakan kata nama am iaitu 'Pokok durian belanda'? | Perkataan durian belanda, bunga ros, bunga raya tergolong dalam kata nama dan dieja dengan huruf kecil sekiranya dalam ayat. Bagi penulisan tajuk, lazimnya ditulis dengan huruf besar di awal perkataan kecuali kata hubung yang ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 08.03.2013 |
Pihak kami sedang dalam proses mendaftarkan persatuan baru dengan nama “ Persatuan Kontraktor Gas Se Malaysia” dengan ROS/Pendaftar Pertubuhan. Soalan: Adakah perkataan “Se” perlu bergabung dengan perkataan Malaysia atau berasing menjadi “Se Malaysia” ? Sekian. Terima Kasih | Ejaan yang betul ialah "Se-Malaysia". Tanda sempang (-) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. | Ejaan | 27.04.2023 |
Salam sejahtera; Tujuan: Kami perlukan bantuan DBP untuk menterjemahkan tajuk ini dalam Bahasa Malaysia bagi tujuan pendaftaran dengan ROS TAJUK: ASIA LOGISTICS SUPPLY CHAIN COUNCIL Sekian; Sejuta terima kasih atas kerjasama anda. Kami amat menghargai . | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah MAJLIS RANTAIAN BEKALAN LOGISTIK ASIA. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.06.2016 |
Apa terjemahan "rosehip"? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah rose hip ialah buah ros. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 12.12.2024 |
Dalam keadaan bagaimanakah, Bunga Raya dikenali kata nama khas dan keadaan yang bagaimana pula dikenali sebagai kata nama am? Menurut keputusan carian di halaman web DBP, terdapat jawapan berikut: "Perkataan bunga raya,bunga orkid, bunga ros dan bunga refelsia tergolong sebagai kata nama khas."-18.05.2008 "Dalam konteks kata nama am, dieja bunga raya dan bunga kebangsaan."-13.05.2011 soalan"Bunga Raya ataun bunga raya?" jawapan" bunga raya"-02.04.2011 soalan"bunga raya atau Bunga Raya" jawapan" Bunga Raya"-28.04.2011 | Merujuk Kamus Dewan, ejaan yang betul ialah bunga raya sama seperti bunga ros, teratai dan orkid. Jenis-jenis bunga ini dikategorikan sebagai kata nama am melainkan ada unsur lain yang menjadikannya sebagai kata nama khas seperti tajuk novel. Kami mohon maaf atas kesilapan jawapan tersebut. | Ejaan | 10.10.2012 |
Apakah perbezaan mencantas dan memangkas?Boleh saudara perbetulkan peggunaan kedua-dua perkataan tersebut pada ayat di bawah? Nur Zahidah memangkas/mencantas daun-daun bunga ros untuk mencantikkannya lagi. Yang mana satu penggunaan yang betul?Memangkas atau mencantas? | Dalam Kamus Dewan mencantas sama maksudnya dengan memangkas, iaitu memancung hujung dahan, kepala dan lain-lain. | Tatabahasa | 23.06.2012 |
mohon pencerahan kenapa permohonan nama syarikat saya tidak di luluskan ye? no pendaftaran 23155/2016 , CHEF IN ACTION TWO ENTERPRISE Boleh hubungi saya 0193149183 Pn Ros | Tiada keterangan iklan atau teks bahasa Melayu untuk disahkan. DBP tidak mengesahkan jenama atau logo syarikat. Sila masukkan keterangan dalam bahasa Melayu, seperti "RESTORAN" di bahagian atas sekali. | Lain-lain | 06.06.2016 |