Saya masih keliru: 1. Ejaan bagi pokok "Jelutong", "Chengal" dan "Nyatoh" bolehkah diubah kepada "Jelutung", "Cengal" dan "Nyatuh"? 2. Adakah nama-nama pokok seperti tongkat ali, kacip fatimah, jelutung, cengal, meranti sarang punai, meranti tembaga dll. ditulis dengan huruf besar (huruf pertama) jika ia berada di dalam teks? Adakah nama-nama pokok ini dianggap nama khas? Contoh ayat: Pak Ali sedang mengusahakan ladang pokok tongkat ali untuk dikomersialkan. | 1. JELUTUNG - tumbuhan (pokok), Dyera costulata; ~ badak sj tumbuhan (pokok renek), Ervatamia corymbosa; ~ laut sj tumbuhan (pokok), Euphorbia atoto; rotan ~ sj rotan, rotan segera (kerai, gelang, kemunting), Daemonorhops geniculatus. CENGAL- ~ batu = ~ emas = ~ sabut = ~ siput sj tumbuhan (pokok yg kayunya keras dan elok utk dibuat rumah dll), Balanocarpus heimii; ~ kampung = ~ pasir sj tumbuhan (pokok besar), Hopea odorata. NYATUH - sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), tabah putih, Palaquium obovatum; 2. = ~ beringin = ~ sondai sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), Payena Lavilandii. 2. Nama-nama pokok tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali di awal ayat kerana nama-nama pokok tersebut merupakan kata nama am. | Tatabahasa | 16.04.2008 |
1.Apakah maksud "berpatah arang berkeratkan rotan" dan " lalang ditiup angin". terima kasih. | Makna lalang ditiup angin ialah pendirian yang tidak tetap. Untuk keterangan lanjut atau mengetahui takrifan peribahasa sela rujuk Kamus Istimewa Peribahasa terbitan DBP. | Makna | 30.09.2009 |
soalan. makna peribahasa berikut. 1. ada air ada ikan. 2. ada rotan ada duri. 3. bagai air titik ke batu | 1. Barang di mana kita tinggal ada juga rezeki(setiap negeri ada adat resamnya sendiri).2. Ada kesenangan tentu ada kesusahannya.3. Amat sukar hendak memasukkan pengajaran yang baik kepada orang jahat dan degil. | Makna | 05.04.2008 |
Apakah maksud perkataan 'melecut' ? sertakan ayat contoh sekali. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna dan contoh ayat/frasa adalah seperti yang berikut: bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); ~ cambuk pukulan cambuk; melecut1. terpancut keluar dgn pantas (spt biji buah yg dipicit dll), terlepas keluar, melecit: baji ~ keluar; 2. memukul dgn cemeti (rotan, cambuk, dll), menyebat: anaknya dilecutnya dua kali; 3. berbunyi spt bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); 4. ki menggiatkan; melecutkan1. menjadikan terpancut keluar (melecit dll); 2. memukulkan, mencambukkan, menyebatkan; lecutanpukulan, sebatan: ia menanti ~ rotan dgn ketakutan yg amat sangat; pelecutalat utk melecut, cambuk, cemeti.
| | | | | | |
| Makna | 02.10.2009 |
Sila berikan maksud peribahasa berikut: 1) jinak-jinak merpati 2) jinak-jinak lalat 3) berdiri di atas pagar 4) terang-terang tanah 5) menangguk di air keruh 6) mengajar itik berenang 7) berkerat rotan berpatah arang 8) makin murah makin menawar 9) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung 10) alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan 11) masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Terima Kasih. | 1. perempuan yang kelihatannya ramah dan mudah didapat, tetapi apabila didekati menjauhkan diri. 2. seseorang yang bercampur dengan orang lain tetapi tidak begitu rapat atau mesra. 3. tidak berpihak ke mana-mana 4. pagi-pagi hari ketika tanah mulai kelihatan. 5. mencari keuntungan dll. sementara ada kekacauan. bagi peribahasa seterusnya sila rujuk Kamus Simpulan Bahasa Edisi Kedua dan Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 05.05.2008 |