Bagaimana terjemah "roti canai double" dan "roti canai triple"? | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi "roti canai double " ialah “dua keping roti canai” dan "roti canai triple" ialah “tiga keping roti canai”. Padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. Untuk makluman puan, pihak DBP tidak melaksanakan kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.05.2024 |
Yang manakah terjemahan yang sesuai perkataan chicken wrap; roti gulung ayam atau roti balut ayam? | Cadangan terjemahan untuk "chicken wrap" ialah "Roti Gulung Ayam." | Penyemakan dan penterjemahan | 09.07.2022 |
Apakah ejaan baku bagi nama makanan di kedai mamak iaitu roti 'naan' atau roti 'nan'? | Ejaan yang betul ialah roti nan | Ejaan | 31.10.2018 |
Salam Sejahtera. Tuan/Puan, Adakah perkataan "pembuat roti" merujuk kepada seseorang yang membuat roti saja? Atau, ia adalah sama dengan perkataan "baker" dalam bahasa Inggeris di mana ia merujuk kepada seseorang yang membuat roti, pastri, kek, puding dan sebagainya? Terima kasih. | Padanan baker dalam bahasa Melayu ialah pembuat roti. Secara khususnya kata nama tersebut merujuk orang yang membuat roti, namun jika dalam konteks yang umum seperti di kedai roti dan kek, umum mengetahui bahawa pembuat roti termasuklah juga pembuat kek. | Tatabahasa | 22.09.2014 |
Saya ingin tahu sumber perkataan 'Canai'. Ada sumber yang mengatakan perkataan 'Roti Canai' timbul dari roti yang dibawa oleh pendatang dari Chennai, India ke Malaysia. Jika teori ini betul, adakah perkataan 'Canai' (mencanaikan) seperti digunakan dalam Bahasa Melayu yang bermaksud mengasah, timbul dari perkataan Roti Canai (Chennai) ini? | Antara maksud canai ialah menggelek (adunan kuih) supaya rata dan nipis: ~ pastri. Konsep ini digunakan untuk 'roti canai'. | Makna | 18.08.2009 |
Saya ingin bertanya.Apakah penggunaan yang betul bagi panggang dan bakar.Misalnya roti bakar.Apabila saya melihat Kamus Dewan edisi ketiga lebih sesuai untuk roti panggang.Tolong terangkan penggunaan yang lebih tepat untuk panggang dan bakar. | Yang lebih sesuai digunakan ialah roti bakar. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, panggang ialah sesuatu yang dimasak di atas bara api, manakala roti dimasak di dalam pembakar roti, oleh itu dinamai roti bakar dan dalam bahasa Inggeris ialah toast. | Lain-lain | 11.09.2009 |
Salam. Boleh saya tahu penjodoh bilangan yang tepat bagi roti yang dipotong daripada sebuku roti? Sekeping ataupun sepotong jawapannya? Terima kasih. | Penjodoh bilangan yang tepat bagi roti yang telah dipotong daripada sebuku roti ialah “sekeping”, kerana berbentuk leper. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1058 mentakrifkan perkataan “keping” sebagai benda yang nipis, pipih atau leper. | Lain-lain | 12.07.2025 |
Manakah yang betul: Tortilla : tortilla, tortila, roti tortila atau roti tortilla | Ejaan yang betul ialah "Tortilla" mengikut ejaan asal dan ditulis italik | Ejaan | 30.10.2019 |
apakah maksud peristiwa bahasa? adakah contoh yang saya berikan di bawah betul ayat - adik makan roti benggali bawah rumah (intonasi mengubah semantik ayat) maksud 1 Adik makan roti, benggali bawah rumah maksud 2 Adik makan roti benggali bawah rumah | Peristiwa bahasa merujuk kepada sesuatu kejadian yang berkaitan dengan perkembangan bahasa. Contoh ayat tersebut betul tetapi perlu ada kata sendi di untuk melengkapkan kedua-dua makna ayat tersebut. 1. Adik makan roti, benggali di bawah rumah maksud 2. Adik makan roti benggali di bawah rumah. | Tatabahasa | 05.11.2010 |
Saya ingin bertanya, bolehkah kita menggunakan perkataan kembang untuk roti yang dimasukkan ke dalam air atau hanya perlu menggunakan ayat : roti itu telah menjadi lembik apabila dimasukkan ke dalam air teh itu ? | Perkataan yang sesuai ialah lembut. Roti itu menjadi lembut apabila dimasukkan ke dalam air teh. | Tatabahasa | 09.07.2013 |