Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.yal] | رويل

Definisi : IB berlebih-lebih (membelanjakan wang, makan, minum, sikap, dll), serba banyak, serba mewah, boros: dilarang bakhil, di­larang pula ~, dan membuang-buang harta; beroyal-royal membuang-buang (meng­habiskan, membelanjakan) wang dgn ber­lebih-lebihan utk bersuka-suka (berfoya-foya dll): kerana bapanya orang kaya, dapatlah ia hidup ~; meroyalkan memboroskan wang dll; keroyalan perihal royal, keborosan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata royal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkah kata ganti nama bonda di gunakan oleh rakyat biasa (non-royal) untuk menggantikan panggilan ibu/emak?Bonda ialah bahasa halus untuk 'ibunda' yang digunakan oleh kerabat raja.  Walau bagaimanapun,  panggilan bonda yang juga membawa maksud ibu atau emak boleh digunakan oleh rakyat biasa kerana penggunaannya bukan dalam konteks rasmi.Lain-lain05.01.2011
1. Adakah terdapat kajian tentang syair bidasari oleh sarjana tempatan ataupun luar negara dalam rekod dbp. 2. Jika ada boleh kah saya mendapat maklumat para sarjana tersebut dan tpik apakah yang sarjana kaji dalam syair bidasari. 3. Di manakah naskhah asal syair bidasari didapati? 4. Adakah diketahui siapa penulis syair tersebut? 5. Apakah beza baru dengan baharu? Berikan contoh dalam ayat agar mudah saya memehaminya denganlebih jelas. 6. Guru Besar atau guru besar dari segi ejaan huruf G dan B sama ada besar atau kecil? 7.Tulis huruf besar atau kecil untuk sambutan hari guru atau Sambutan Hari Guru Jumpa lagi.

Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan kajian tentang Syair Bidasari pada tahun 1989. Buku tersebut diusahakan oleh Puan Jamilah Hj. Ahmad , seorang Pegawai Penyelidik dari Bhg. Kesusasteraan  Tradisional, Dewan Bahasa dan Pustaka dan kini beliau telah pun bersara.

Naskhah asal Syair Bidasari boleh ditemui di Royal Asiatic Society, London, School of Oriental and African Studies, London, Cambridge University Library, Cambridge, British Musem, London dan Leiden University Library. Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Universiti Malaya hanya menyimpan salinan naskhah dalam bentuk mikrofilem sahaja.

 

Lain-lain15.07.2010

Kembali ke atas