1. Sesuatu ayat boleh dimulakan dengan perkataan dengan dan untuk. Contoh:
i. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan pada minggu hadapan.
ii. Untuk makluman tuan, kerja gotong royong akan dimulakan pada minggu hadapan.
2. Kata pemeri adalah tidak boleh digunakan pada permulaan ayat kerana kata pemeri adalah merupakan unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa utama dalam predikat. Pemeri hal itu dilakukan secara huraian tentang subjek oleh predikat dan hanya boleh hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 263.
Thanks for clicking. That felt good.