Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ruam] | روام

Definisi : bintil-bintil merah pd kulit (pd anak-anak kerana biang, peluh, dll); ~ panas ruam yg gatal-gatal yg disebabkan oleh radang pd kelenjar peluh; meruam timbul ruam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ruam] | روام

Definisi : bintil-bintil merah pd kulit (yg disebabkan oleh peluh dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ruam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'Badan adik yang dipenuhi ruam itu menyebabkan dia asyik bergaru sejak tadi' apakah kesalahan ayat diatas?. Terima kasih Tuan.Ayat yang lebih gramatis ialah "Badan adik yang dipenuhi ruam itu telah menyebabkannya asyik bergaru sejak dari tadi"

Penggunaan kata tugas "telah" dan "dari" menyebabkan ayat tersebut lebih gramatis.
Tatabahasa18.07.2013
berdasarkan jawapan yang diberi oleh Tuan.. Salam sejahtera RAHMAT B. RAMLI, Soalan : 'Badan adik yang dipenuhi ruam itu menyebabkan dia asyik bergaru sejak tadi' apakah kesalahan ayat diatas?. Terima kasih Tuan. Jawapan : Ayat yang lebih gramatis ialah "Badan adik yang dipenuhi ruam itu telah menyebabkannya asyik bergaru sejak dari tadi" Penggunaan kata tugas "telah" dan "dari" menyebabkan ayat tersebut lebih gramatis. tetapi.. Sejak bermaksud mulai atau dari. Penggunaan kedua-dua kata secara berurutan mengandungi unsur lewah, iaitu berlebihan atau tidak diperlukan kerana penggunaan salah satu daripada kata tersebut telah melengkapkan ayat. boleh Tuan jelaskan..Penggunaan dari dan sejak secara berurutan dianggap lewah. Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa19.07.2013
apakah istilah bahasa Melayu baku bagi penyakit kulit (kemerah-merahan) pd bhg muka atau pipi bayi (mungkin berpunca drpd lelehan air susu yg melekat pd kulit). Di Brunei kami menggunakan istilah kurap susu. Terima kasih.Istilah bagi penyakit itu dipanggil ruam, iaitu bintil-bintil merah pada kulit (pada anak-anak kerana biang, peluh, dll).Lain-lain04.03.2010

Kembali ke atas