Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ruang] | رواڠ

Definisi : 1. sela-sela di antara dua deret (banjar) tiang atau di antara empat tiang (di bawah kolong rumah): besarnya rumah itu tujuh belas ~, ~nya tiga-tiga depa; 2. bahagian yg (dibiarkan) kosong atau terbuka dlm sesebuah bangunan; 3. lubang yg terdapat dlm sesuatu benda, rongga: ~ hidung; ~ dada; 4. rongga yg dibatasi oleh bidang; ilmu ukur ~ penge­tahu­an utk mengira isi (besar) sesuatu benda (kiub, kon, dll); 5. (dlm ilmu falsafah) tempat atau rongga yg tidak ada batasnya, tempat segala yg ada: namun secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ~ mahu­pun waktu; 6. = ~ waktu (masa) jarak antara satu waktu dan waktu lain; ~ waktu yg sempit jarak waktu yg pendek (terhad); 7. = ruangan tempat yg lapang, bilik (bilik dlm rumah, bilik darjah, dll): ~ duduk kami menghadap ke beranda; matanya menyeluruhi ~ bilik darjah itu; 8. petak-petak dlm buah, pangsa; durian lima ~ durian lima pangsa; 9. = ruangan tempat yg lapang dlm kapal (pe­rahu), tempat memuat barang-barang, palka: perahu itu bocor, ~nya berisi air; air ~ air dlm ruang kapal (perahu); 10. = ruangan petak atau kolum dlm surat khabar dll, lajur: satu hal yg baru bagi idea majalah ini ialah dibukanya ruangan-ruangan spt sorotan, cerita pendek, dll; 11. = ruangan petak atau kolum utk angka: sifar di ruangan ratus tidak di­kehendaki kerana 076 serupa sahaja dgn 76; ~ se (puluh, ratus, dll); 12. = ruangan kalangan, lapangan, lingkungan; mencari ruang(an) hidup baharu; tiba-tiba Rosita terbayang di ~ matanya nampak di ling­kungan pandangan mata; 13. peluang atau skop: Islam memberi ~ kpd akal manusia menyingkap rahsia alam tabii; ~ angkasa angkasa lepas; ~ badan rongga pd badan; ~ dalam (tengah) bilik dalam (tengah) dlm rumah; ~ dapur bahagian dapur rumah; ~ depan (muka) bahagian depan rumah; ~ lakon ruang (di pentas dsb) tempat dipersembahkan lakonan (tempat dilakonkan babak-babak cerita); ~ legar ruang yg agak luas di sebelah dalam pintu utama sesebuah bangunan, biasanya terdapat tempat bertanya, tempat menerima tamu, tempat menunggu dsb, lobi, foyer; ~ lingkup = ~ liput(an) = ~ litupan bidang sesuatu kegiatan atau ilmu penge­tahuan atau yg diliputi oleh sesuatu per­bincangan (penulisan dsb); ~ mulut rongga mulut; ~ niaga ruang utk menjadi tempat berniaga (dlm kompleks perniagaan dsb); ~ rias (hias) bilik atau tempat berhias; ruang(an) selisih kolum (petak) yg me­nunjukkan angka selisih (dlm matematik); ~ tamu bilik atau ruang utk menerima tamu; ~ udara a) ruang terhad tempat udara wujud; b) angkasa; c) bahagian atmosfera bumi di atas sesebuah negara, yg dr segi undang-undang terletak di bawah bidang kuasa negara berkenaan: ~ udara Malaysia; bawah ~ Br bahagian di antara penyokong dgn lantai perahu; me­rajukkan air di ~, hendak karam ditimba juga prb marah yg tiada sampai, apabila ia kemalangan ditolong juga supaya kesusahan itu jangan sampai kpd kita; beruang mempunyai atau ada ruang yg kosong atau lapang: bilik itu sempit sehingga tidak ~ langsung utk berbaring merehatkan badan; meruang mengeluarkan kotoran dr dlm perut mayat, menyucikan mayat; ~ senjata membersihkan senjata; ruangan ruang; ~ pojok ruangan dlm akhbar atau majalah yg dikhaskan utk tulisan atau karangan tertentu secara berterusan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ruang] | رواڠ

Definisi : 1 = ruangan tempat yg lapang; bilik dlm rumah dll: Mereka duduk berbual-bual di ~ depan. 2 sela atau jarak di antara dua benda yg berderet: ~ di antara dua tiang itu dua meter lebarnya. 3 = ruangan petak dlm surat khabar dll; lajur. beruang mempunyai ruang atau ada ruang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ruang
Kata Terbitan : ruangan,

Puisi
 

Apa pandang padi paya,
     Tinggi petak dari ruang;
Apa pandang kepada saya,
     Budi tidak bahasa pun kurang.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Beruang bagai durian,
     bernabu bagai cempedak.

Bermaksud :

Keluarga atau sahabat handai yang sudah terpisah jauh. ruang = alur; nabu = isi yang menempel pada bijinya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana yang lebih tepat: ruang lingkup atau ruang litup ?

Kedua-duanya betul, ruang lingkup sama maknanya dengan ruang liput atau ruang litupan.

Istilah29.11.2009
penggunaan perkataan kekangan untuk menyatakan masalah ruang bagi tujuan permohonan ruang.Kekangan bermaksud halangan/sesuatu yg mengekang (menghalang dll). Dalam konteks ayat tersebut,  kekangan untuk menyatakan masalah ruang bagi tujuan permohonan ruang ialah halangan/sesuatu yang menghalang permohonan ruang itu diluluskan.Makna01.04.2010
Assalamualaikum, Saya ada persoalan tentang penggunaan dalam/di dalam. Sebagai editor BM, saya sedia maklum bahawa "di dalam" seharusnya digunakan untuk sesuatu yang ada ruang, tempat, dan masa. Walau bagaimanapun, bagi sesuatu yang kelihatana seperti ada ruang/tempat tetapi sebenarnya ruang/tempat tersebut adalah abstrak/tidak maujud, bagaimana pula? Contoh: "Buffer" ialah ruang dalam/di dalam memori komputer yang membolehkan data disimpan buat sementara. "Bug" ialah kepincangan dalam/di dalam program komputer yang menyebabkan kesilapan berlaku. ... simbol yang digunakan dalam/di dalam suatu senarai seperti -, +, @ dalam/di dalam perisian seperti PowerPoint.Sekiranya merujuk kepada ruang yang abstrak atau tidak maujud, kata sendi yang betul dan sesuai ialah dalam.Tatabahasa29.02.2012
adakah struktur ayat betul? Rumah kelab penduduk eksklusif dengan rekaan bergaya dan mewah, bukan sahaja menawarkan suasana selera untuk bersenam malah satu ruang demi menjalinkan hubungan mesra antara jiran.

Ayat tersebut tidak lengkap dengan keterangan atau maksud yang ingin disampaikan. Misalnya keterangan berkenaan 'ruang' yang dimaksudkan dalam ayat tersebut. Contohnya 'ruang kecil atau ruang keluarga'. Cadangan kami untuk ayat tersebut ialah 'Rumah kelab penduduk jenis esklusif bukan sahaja mewah malah mempunyai ruang yang sesuai untuk bersenam dan juga ruang yang sesuai untuk menjalinkan hubungan mesra antara jiran'. Harap maklum.

Tatabahasa22.07.2008
sy nk tya soaln nie... apakah mksud ''ruang lingkup yang luas''????Ruang lingkup merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud liputan atau litupan bidang sesuatu kegiatan atau ilmu penge­tahuan atau yang diliputi oleh sesuatu perbincangan (penulisan dsb). Jadi mengikut konteks ayat yang dikemukakan 'ruang lingkup yang luas bermaksud litupan atau liputan sesuatu bidang atau pengetahuan yang luas.Makna25.07.2012
Penggunaan laras & gaya bahasa ayat berikut adakah sesuai atau tidak?. DENGKIL BAZAR. DI BUKA RUANG UTK DI SEWA SEKARANG.

Yang betul ialah:

BAZAR DENGKIL

RUANG UNTUK DISEWA

 (Pembaca maklum bahawa kini ruang itu dibuka, apatah lagi jika ada perkataan SILA HUBUNGI:........)

Tatabahasa27.04.2011
ruang niaga - lot shapekedai / ruang perniagaanLain-lain14.11.2008
Tuan, ayat mana yang betul? (1) bau harum durian menusuk hidung memenuhi ruang tamu rumah atau (2) bau harum durian yang menusuk hidung memenuhi ruang tamu rumah"Yang" ialah kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Ayat "bau harum durian" ialah klausa utama dan "menusuk hidung memenuhi ruang tamu rumah" ialah klausa kecil yang lain. Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "bau harum durian yang menusuk hidung, memenuhi ruang tamu rumah."Tatabahasa16.05.2012
Berkaitan Pendaftaran Korpus DBP Tuan/Puan, Seperti pertanyaan dulu,saya masih manghadapi masalah pendaftaran Korpus DBP. Saya telah cuba menggunakan firefox dan explorer. Oleh sebab saya berada di Beijing sekarang, saya juga minta ahli keluarga di Malaysia untuk membuat pendaftaran tetapi permintaan juga ditolak. Oleh itu, dengan pertanyaan ini juga ada lampiran fail yang menunjukkan info yang saya isi dalam ruang-ruang pendaftaran. Sya berharap agar pihak berkuasa dapat beri tunjuk ajar. Sekian, Terima kasih.Saya respons kepada pertanyaan terdahulu tentang Korpus Sastera. Untuk makluman saudara medan Korpus Sastera telah disediakan, walau bagaimanapun masih dalam peringkat pembinaan bahan. Setelah selesai dibina Korpus Sastera boleh diakses oleh orang ramai. Saya sendiri telah cuba mendaftar sebagai penyelidik dan masalah yang sama saya hadapi seperti saudara. Hal ini akan saya kemukakan kepada pengetahuan pihak pentadbir sistem. Sepatutnya penyelidik boleh mendaftar dan menggunakan pangkalan data korpus tersebut.Lain-lain24.03.2011
Salam/ Selamat Pagi, Saya mempunyai pertanyaan berkenaan ayat yang perlu digunakan untuk menggambarkan ruang/ sudut. Untuk makluman, pejabat saya sedang dalam proses mendapatkan Persijilan Amalan 5S. Sehubungan itu, terdapat satu ruang/ sudut yang digunakan untuk proses percetakan (tempat di mana pencetak diletakkan). Soalannya, Apakah nama ruang/ sudut yang betul dan sesuai dengan keadaan tersebut? 1. Sudut Percetakan; 2. Sudut Pencetakan; atau 3. Sudut Cetak. Sila beri tunjuk ajar. Terima kasih. (Nor Hazila binti Haron)Penggunaan yang betul ialah: 1. Sudut Pencetakan - percetakan ialah tempat/syarikat yang mencetak buku, manakala pencetakan ialah kerja-kerja (proses, urusan) mencetak. Sudut Pencetakan bermaksud tempat proses mencetak buku dan sebagainya dilakukan.Tatabahasa04.01.2012
12345678910...

Kembali ke atas