Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rubber


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan perkataan bagi "Rubber bulb" iaitu pam getah yang digunakan dengan pipet dan penitis?Perkataan Rubber Bulb masih belum ada dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP. Cadangan bagi padanan yang bersesuaian untuk Rubber Bulb ialah Pengepam GetahMakna31.05.2016
Lembaga Getah Malaysia akan melaksanakan Malaysian Sustainable Natural Rubber (MSNR). Kami ingin mendapatkan pandangan DBP mengenai padanan yang tepat dalam bahasa Melayu bagi perkataan Malaysian Sustainable Natural Rubber (MSNR).Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Malaysian Sustainable Natural Rubber (MSNR) ialah Getah Asli Mampan Malaysia. Penyemakan dan penterjemahan15.10.2023
MANUFACTURING OF ENGINEERED SEALING SOLUTIONS - PERUSAHAAN KEJURUTERAAN ........ MINTA TOLONG TERJEMAHKAN MAKSUD SEALING SOLUTIONS. Terjemahan yang saya perolehi adalah pengedap tetapi ianya tidak menepati maksud perniagaan yang kami jalankan. Dibawah adalah penjelasan apa itu sealing solutions. Kilang ini menjalankan aktiviti mengilang produk Rubber Seal, Rubber Packer, Injectable Seal Compound/Sticks, Tooling and Machining PartsKami sarankan tuan/puan ajukan soalan ini terus ke Persatuan Penterjemah Negara untuk mendapat istilah yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, dalam data kami terdapat terjemahan secara literal bagi perkataan "sealing" ialah "Pengedap, Penyelakan, Pemateri dan Adangan".Penyemakan dan penterjemahan21.10.2014
TERJEMAHAN TEPAT "RUBBER STAMP" DALAM BAHASA MELAYUIstilah bahasa Melayu untuk "rubber stamp" ialah cap getah.Istilah03.10.2012
Bagaimana untuk menulis LRG RUBBER SDN. BHD. dalam tulisan jawi di papan tanda kilang?Ejaan LRG RUBBER SDN. BHD. dalam tulisan Jawi ialah ايل. ار. جي. روبر سنديرين برحدEjaan24.01.2024
Menterjemahkan perkataan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia1. Write-off (fixed assets) 2. Pecured rubber 3. Retread tyres1. Write-off = hapus kira 2. Precured rubber = getah praawet 3. Retread tyres = tayar celupIstilah03.10.2002
Apakah padanan yang tepat bagi perkataan "setting up" dalam konteks ayat di bawah: "An Act to provide for the establishment of a Corporation to be known as the Malaysian Rubber Exchange for the setting up of a rubber market in Malaysia"? Sekian, terima kasih.

Kami mencadangkan perkataan “setting up” dipadankan dengan perkataan  “membangunkan” atau “mewujudkan”. Padanan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya.

Lain-lain17.08.2021
Apakah padanan yang sesuai bagi terjemahan perkataan "sample" dalam konteks ayat di bawah: "to inspect, sample and grade rubber in any part of the world in such manner as may be deemed expedient" Sama ada boleh menggunakan perkataan "mensampel"? Sekian, terima kasih.

Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk "sample" dalam konteks ayat yang diberikan ialah memberikan sampel atau membuat sampel.

Makna01.09.2021
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan yang sesuai bagi istilah-istilah berikut: 1. Laboratory Dounce Homogenizer 2. Festooning Machine 3. Tobacco Kiln 4. Vertical Carpet Underlay Cutting Machine 5. Tape Layering Machine 6. Rebond Carpet Underlay Form Machine 7. Rubber Carpet Underlay Extruding Machine Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Laboratory Dounce Homogenizer – Penghomogen Dounce Makmal

2. Festooning Machine – Mesin Pemfestunan

 3. Tobacco Kiln – Tanur Tembakau

4. Vertical Carpet Underlay Cutting Machine – Mesin Pemotong Alas Permaidani Tegak

 5. Tape Layering Machine – Mesin Pelapisan Pita

6. Rebond Carpet Underlay Form Machine- Mesin Bentuk Alas Permaidani Ikat Semula

 7. Rubber Carpet Underlay Extruding Machine – Mesin Penyemperitan Alas Permaidani Getah

Istilah27.05.2016
kuat kuasa. 2 patah perkataan ini apabila ada penambahan awal/akhir seperti dikuat kuasa, dikuatkuasakan, penguat kuasa, berkuat kuasa, penguatkuasaan, apabila jadi kata khas Pegawai penguat kuasa/Pegawai Penguat Kuasa/Pegawai Penguat kuasa. Mohon buat ayat contoh bagi memudahkan kami faham. saya pernah membuat tempahan 'rubber stamp'di sebuah kedai yang biasa kakitangan kerajaan buat local order dimana perkataan 'penguat kuasa' dipersoal oleh seorang guru sekolah kerana menjarakkan perkataan tersebut. sekian terima kasih.

Contoh ayat:

1. Kuat kuasa: Larangan ini berjalan kuat kuasa mulai esok.

2. Berkuat kuasa: Mahkamah pun pd tiap-tiap hari memutuskan hukuman yg berkuat kuasa spt undang-undang juga

3. Menguatkuasakan: Negeri itu menguatkuasakan undang-undang melarang menuba ikan.

4. Penguatkuasaan: Kita boleh menyekat amalan negatif melalui penguatkuasaan undang-undang dan program moral yang giat diamalkan.  

5. Penguat kuasa: Dia seorang pegawai penguat kuasa yang tegas.

Istilah22.06.2010
12

Kembali ke atas